Miuni masuk ke dalam wad Aerin. Aerin menukar bajunya. Tak lama kemudian, Jimin meletakkan bekal makanan keatas meja. "wahhh~ mesti sedap... Nak rasa..." kata Aerin keriangan. "tak boleh... Kau nak tau tak... Perbuatan kau ni membahayakan diri sendiri? Macam mana kalau masa tu tiba tiba besi tu jatuh atas kau? Bla bla bla bla bla bla...... Kau dengaq tak?" leter Jimin. Aerin hanya mengangguk kepalanya. Dia berasa sungguh lapar masa ini. "boleh tak aku makan?" kata Aerin meminta. "tak boleh lagi... Ada orang nak jumpa kau." kata Jimin lagi. Hyona dan Minra hanya bercekak pinggang ditepi katil. "siapa? Nak aku keluar he? Boleh jugak... Jom bawak aku jumpa dia." gurau Aerin. "Aerin... Dalam masa macam ni pon kau nak gurau?" Minra sudah naik angin. "oppa... Oppa boleh masuk dah.." kata Hyona. Alangkah terkejutnya Aerin melihat DK masuk ke dalam wadnya. Dia menarik perlahan selimutnya dan menutup mukanya. Hanya menampakkan matanya sahaja. DK datang menghampiri. Dia bercekak pinggang di tepi katil. "apa yang Aerin buat ni? Aerin tak dengar ka apa yang oppa cakap haritu... Jangan bergerak.. Jangan berjalan dan jangan turun dari katil. Kenapa Aerin degil sangat? Aerin dah buat semua orang susah tau tak?" marah DK dengan suara yang kuat. Aerin hanya menundukkan kepalanya lalu berkata "Aerin cuma..." belum sempat Aerin menghabiskan kata katanya DK dah pon memotong. "kerja menjawab. Oppa dah tak nak dengar dah apa yang Aerin nak kata." marah DK lagi sambil menundingkan jari telunjuknya ke muka Aerin. Lalu dia pergi. Miuni hanya mendengar. Mereka masih bercekak pinggang. Mereka berasa sungguh marah. "korang aku nak bersendirian." Aerin baring dan menarik selimutnya menutup mukanya. Jimin terus memarahi Aerin. "kau orang tak dengar ke? Aku nak bersendirian. Keluar! Aku dah suruh ampa rahsiakan tapi... Tak sangka korang... Tengok apa yang korang dah buat..." kata Aerin lantang. Mereka pun keluar. Aerin mengambil bantainya dan menjerit sekuat hati. Dia hanya boleh menangis dan mengenang semula apa yang DK cakap padanya sebentar tadi.
Petang itu nurse datang ke bilik Aerin. "nurse... Bila saya boleh dapat tongkat saya? Saya nak balik..." tanya Aerin. "kamu belum boleh jalan lagi.. Tunggu lha lagi dua hari.. Baru boleh dapat tongkat." kata Nurse itu. "nurse... Kalau ada orang nak masuk bilik saya kata kat dia yang saya tak ada tau." kata Aerin. Buat masa ni dia tak mau diganggu. Nurse itu hanya mengangguk. "satu lagi nurse.. Bekal atas meja tu nurse ambik lha.. Saya tak nak." kata Aerin lagi. Nurse itu hanya mengambil bekas itu dan keluar.
![](https://img.wattpad.com/cover/53140855-288-k765985.jpg)
YOU ARE READING
4 special girls (malay ff)
Random4 special girl. Wanna know the story? Just hit the button read and keep it safe in your library.😁