Spoiled the Mood...

72 4 0
                                    

Mereka berada di luar wad. Kelihatan muka masing masing pucat. Tiba tiba S.Coups datang. "Aerin.... Macam mana dengan Hyona?" tanya S.Coups cemas. Aerin hanya mendiamkan dirinya. Tiba tiba beberapa butir air membasahi pipi Aerin. "Aerin.... Kenapa kau nangis? Hyona tak apa apa kan." tanya S.Coups  lagi. Dia berasa semakin cemas. Risau kalau terjadi apa apa dekat Hyona. Aerin menggeleng perlahan. Menandakan Leader Miuni, Hyona tak apa apa. S.Coups menghela nafas lega.

"tapi kenapa kau nangis?" tanya S.coups agak hairan. Aerin hanya menggelengkan kepalanya buat kali kedua. "ohh... Tak apa... Oppa dah tau... Ni sah sebab Aerin rindu oppa kan? Oppa tau oppa hensem... Tak payah lha nak rindu sangat." kata S.coups perasan lalu berdiri. Tiba tiba Aerin menjerit dan menangis. "Aaaaauuu....".

S.coups dan ahli yang lain terkejut dan melihat kearah Aerin hairan. "Aerin.... Awak tak apa apa kan.... Kenapa menjerit?" tanya DK yang tergesa gesa ke arah Aerin. Hampir terjatuh dibuatnya. Aerin mendiamkan diri dan menekup mulutnya kuat. Menahan sakit. "kenapa ni? Tanya DK lagi apabila sampai di depan Aerin. Aerin menunjukkan jari telunjuknya kearah kakinya. Semua mata memandang kaki Aerin. S.coups terkejut lalu menarik kakinya. "patut lha... Rupa rupanya ada 'king kong' pijak kaki dia...." kata Minra selamba. Lalu buat tak tau.

"Sorry Aerin... Oppa tak perasan... Ingatkan batu tadi... Mian... Sorry sangat sangat." kata S.coups perlahan. Dia tak nampak dan tak perasan yang dia pijak kaki Aerin. Disangkakan batu. Aerin masih menekup mulutnya. Dia kemudiannya menundukkan mukanya. Menahan sakit agaknya. DK duduk disebelah Aerin lalu cuba untuk memujuk girlfriend kesayangannya itu. Aerin masih menunduk. DK menarik Aerin dan mata mereka bertentangan. Aerin menundukkan mukanya. Malu agaknya. Tiba tiba DK memegang dagu Aerin dan menyebabkan mata mereka bertentangan sekali lagi. DK kemudiannya mengelap sisa air mata Aerin dengan tangannya. Agak lama mata mereka bertentangan.

Tiba tiba "ishh... Lagi sekali... Ni hospital lha... Hyung janganlah nak buat hal pulak." kata Wonwoo selamba. Malas nak tengok adegan yang sweet itu. Maklumlha... Hatinya belum ditambat oleh mana mana perempuan. "auchh... Sakit lha Jimin... Kenapa  ketuk kepala oppa guna periuk ni?" Wonwoo mengadu kesakitan sambil mengusap kepalanya perlahan lalu memuncungkan mulutnya. "alolo.... Sakit ka? Mian... Jim tak sengaja. Mai Jim tengokkan." kata Jimin lalu melagakkan seakan akan seorang Omma. Dia kemudiannya mengusap kepala Wonwoo lembut.

"wahh... Omma Jimin dah keluar.... Omma... Tengokkan lha oppa Jeonghan pulak.. Rasanya dia dah sakit hati... Tengok lha.. Muncung itik dia dah muncul." kata Minra dengan suara budak budak. Minggyu yang senyap dari tadi terus melihat Minra. "wae?" tanya Minra hairan. Minggyu menggelengkan kepalanya lalu memandang ke hadapan semula. Jimin hanya tergelak kecil dan menuju kearah Jeonghan. "oppa~ jangan lha rajuk... Nanti JimJim nak pergi saloon dengan sapa? Sapa yang nak teman JimJim pergi shopping?" pujuk Jimin dengan membuat suara manja. Lalu mencubit pipi Jeonghan lembut. Jeonghan kembali ceria lalu mencuit hidung Jimin. Mereka ketawa bersama sama. Geli hati agaknya.

Selepas lebih kurang sejam doktor belum keluar, Aerin sudah pun melentokkan kepalanya keatas bahu DK. Mengantuk. Lalu DK melentokkan kembali kepalanya keatas kepala Aerin. Tak lama kemudian mereka berdua tertidur. Begitu juga dengan member SVT yang lain kecuali Minra dan Minggyu.

Minra sudah menguap buat kali ke tiga. Tiba tiba dia menggigil kesejukan. "Awak.... Awak sejuk ka?" tanya Minggyu dengan suara yang agak romantis. 'Melt' hati Minra seketika. Minra mengangguk perlahan. Minggyu membuka jaketnya dan menyarungkan kepada Minra. Akan tetapi Minra masih berasa sejuk dan menggosokkan tangannya perlahan. Minggyu yang nampak akan perbuatan Minra terus meletakkan kedua dua tangannya dan memanaskan tangan Minra dengan mengosongkan tangan mereka bersama. Tak lama selepas itu Minra menyandarkan kepalanya kebahu Minggyu. Lalu tertidur.

4 special girls (malay ff)Where stories live. Discover now