........

91 6 0
                                        

Disebabkan malam ini giliran SVT untuk teman Aerin jadi sehari suntuk Miuni duduk bersama Aerin. Rindulah katakan.

SVT tiba di wad Aerin lambat kerana mereka singgah ke beberapa tempat untuk membeli sesuatu. Sesampainya mereka di wad Aerin, kelihatan Aerin sedang bercerita manakala Miuni duduk dikeliling katil Aerin. Scoups cuba untuk menggemparkan Hyona. Hyona terkejut lalu menampar muka Scoups kuat. "auchhh sakit lha." kata Scoups sambil mengosok pipinya yang terasa sakit. "mian.. Spontan.. Sakit sangat ka?" kata Hyona gelabah. Dia menuju ke arah Scoups. Scoups senyum nakal. Dia nak kenakan Hyona. "auchhh... Sakit tau tak? Cepat lha tolong.. Dah darah ni.." kata Scoups lagi sambil mengerang kesakitan. Hyona gelabah. "apa? Darah? Mana mana?" tanya Hyona gelabah. Dia mengambil tisu di atas meja lalu menyuruh Scoups duduk lalu menarik kerusi kearah Scoups. Scoups duduk. Dia masih menutup mukanya. "awak... Tepi lha tangan.. Saya nak tengok." kata Hyona. Scoups menggeleng. "kenapa pulak? Kata darah... Tepi lha tangan awak, saya nak lapkan." kata Hyona lagi. Scoups masih enggan mengubah tangannya. Jadi Hyona menarik tangan Scoups. Tapi tak berhasil. Tangannya masih terlekat pada mukanya. Hyona mendekatkan mukanya dan memandang tepat ke mata Scoups. "awak nak saya tolong ke tak?" tanya Hyona lembut. Selembut yang boleh. Suaranya boleh mencairkan semua jejaka di seluruh Asia. Scoups membuka tangan di mukanya dan memegang muka Hyona lembut. Pada masa ini Scoups merasa muka Hyona bertukar merah dan panas. "kenapa? Malu? Tadi tak apa pun... Kenapa bila saya pegang muka awak baru awak rasa malu? Luka kat muka awak ni sakit lagi ka?" kata Scoups prihatin. Hyona masih lagi terkaku. Scoups mendekatkan mukanya dengan Hyona. Kali ini jarak diantara muka mereka berdua hanya beberapa sentimeter sahaja. Tak sampai 5 sentimeter. Hyona menutupkan matanya rapat. Dia tak sanggup melihat muka Scoups sebegitu dekat.

Tiba tiba Wonwoo berdeham. "nak buat sweet jangan lha kat sini... Bahaya." tambahnya lagi. Hyona menarik mukanya dan berlari keluar. Malu. Dia tak sangka yang muka mereka akan serapat itu. "Hyon..." Scoups memanggil Hyona. Dia nak mengejar Hyona tapi dihalang oleh Jimin. "tak apa. Biar aku yang pergi tengok. Korang duduk kat sini." kata Jimin lalu menuju ke pintu. "jangan lama sangat tau.." bisik Jeonghan di telinga Jimin. Jimin hanya mengangguk dan berlalu pergi. "tak sangka pulak yang kau boleh buat macam tu.. Rupa rupanya kau lagi suka menyakat daripada DK. Kenapa tak ngaku ja yang kau ada hati kat dia?" tanya Minggyu. "ehhh jap... Oppa suka dekat Hyona ka?" tanya Minra hairan. "takkan lha kau tak tau lagi Minra? Isk isk isk.. Tak patut tak patut." kata Aerin yang diam sedari tadi. "kau pun tau Rin? Kenapa aku tak tau pun? Macam mana kau tau?" tanya Minra pada Aerin. SVT pon tertanya tanya. Tak silap mereka tak bagitau Miuni pun. Mereka memandang DK. DK menggeleng laju. Aerin ketawa. "DK oppa tak bagitau lha... Aerin tau sendiri." jawab Aerin selamba. "macam mana kau tau Rin? Aku tak tau pun.." tanya Minra inginkan jawapan. "adalah~" kata Aerin. Dia enggan jawab. "kau jawab lha.. Kalau tak nasib DK macam kau kot." ugut Minra dan menuju ke arah DK. DK gelabah. Dia melarikan dirinya. Minra mengejar DK. "dah la tu Minra... Tengok Minggyu oppa tu... Jeles dah dia." kata Aerin lagi. Minra berhenti mengejar DK lalu menuju kearah Minggyu. "oppa jeles ke?" tanya Minra. Minggyu memalingkan mukanya kearah lain. "oppa~ jangan lha merajuk..." kata Minra lalu membuat aegyo. Minggyu masih tak pedulikan Minra. Minra menarik tangan Minggyu lalu menyuruh Minggyu duduk. Minggyu duduk nak memuncungkan mulutnya. "alaaa... Tomei tomei ni... Oppa jangan lha merajuk.. Minra nak ugut Aerin ja... Cuba oppa smile sikit." pujuk Minra dengan suara yang comel. Minggyu tersenyum. "ha... Kan comel kalau oppa senyum.." kata Minra lagi. "haih... Dah abis ka belum tu?" tanya Wonwoo spoil the mood. "Wonwoo oppa.. Hushh.. Tengah sweet tu.." kata Aerin lagi lalu meletakkan jarinya ke mulutnya.
Minggyu dan Minra melihat ke arah Wonwoo. Minra mengangguk. Minra menuju kearah katil Aerin dan menanyakan soalan yang sama. Aerin mengalah dan beritahu. "tak.. Aku teka je lha.." kata Aerin selamba. "kau bohong.. Elok elok lha." kata Minra serius. "betul lha.. Aku saja ja teka rupa rupanya betul. Aku agak pon sebab apa yang Hyona cerita hari tu." jawab Aerin.

4 special girls (malay ff)Where stories live. Discover now