Target

66 7 0
                                    

Seo ryong membuka pintu dan membenarkan mereka semua masuk. Mereka berasa sungguh gembira. Mereka duduk di sofa berhadapan dengan katil Aerin. Aerin masih memeluk teddy bearnya. "Aerin.. Sayang... Aerin nak oppa suap ka nak makan sendiri?" tanya Seo ryong. "oppa suap kanlha." kata Aerin manja sambil menarik tangan Seo ryong. Miuni dan Seventeen tertanya tanya siapa lelaki itu. Mereka tidak kenal. "oppa.. Bukak lha topeng dengan jaket oppa. Nanti oppa panas pula. Biar Aerin tolong buka kan." kata Aerin sambil menanggalkan jaket dan topi Seo ryong. DK berasa sangat panas. "thanks Aerin." alangkah terkejutnya mereka apabila melihat lelaki itu adalah Seo ryong.

Seo ryong menyuap bubur nasi itu ke mulut Aerin. Mulut Aerin comot. Seo ryong mengelap bubur nasi di pipi Aerin dan memakannya. Mereka semua terkejut dan tertanya tanya. Siapa laki tu? Boyfreind Aerin ke? Tak mungkin lha Aerin ada laki lain.... Aeein bukannya playgirl. Seo ryong ingin menyuap lagi kepada Aerin. Tapi Aerin menolak. Sekarang dia mengambil sudu di tangan Seo ryong dan ingin menyuap ke mulut abangnya. Seo ryong membuka mulutnya. Tapi sudu di tangan Aerin melencong dari mulut Seo ryong ke mulut nya. Seo ryong mencubit pipi adiknya "nakal" mereka berdua ketawa bersama sama. Geli hati. Apabila dah habis makan.. "oppa~ bawak Aerin jumpa doktor boleh tak?" tanya Aerin manja. Seo ryong mengangkat Aerin. Lalu Aerin memeluk erat pinggang abangnya. Seo ryong berkata "pegang elok elok tau. Kalau tak satgi jatuh.. Sapa susah? Oppa jugak." Aerin mengangguk dan memeluk Seo ryong erat. Mereka berdua pergi ke bilik doktor Jae Hyun. Seo ryong meletakkan Aerin di atas katil yang tersedia di bilik itu. Seo ryong berbincang dengan doktor. Doktor Jae hyun setuju untuk bagi Aerin tongkat. Tapi dengan satu syarat Aerin kena berhati hati. Aerin mengangguk.

Di wad Aerin....
"sapa laki tu? Korang kenal?" tanya Scoup pada Miuni. "kenal cuma kami tak tau apa hubungan mereka. Lelaki tu nama dia Seo ryong.. Takkan korang tak kenal? Dia popular kot." jawab Hyona. Mereka mengangguk "kenal... Tapi kenapa Aerin rapat sangat dengan laki tu? Aerin tu girlfriend aku kot.." kata DK baran. "sabar DK. Kita tak tau lagi apa hubungan depa." kata The8 cuba menenangkan DK. "takkan korang tak perasan laki tu panggil Aerin sayang. Sayang kot. Pastu Aerin boleh pulak bukak jaket dengan topi laki tu." kata DK lagi. Dia sudah tak boleh bersabar. Dia ingin tau jugak sapa laki tu.

Tak lama lepas tu Aerin dan Seo ryong masuk. Seo ryong meletakkan Aerin di atas katil dan pergi mencari tongkat. Aerin bermain dengan teddy bearnya. Tak lama selepas itu Seo ryong masuk dengan sepasang tongkat. Aerin berasa sangat gembira. Seo ryong duduk di sebelah Aerin. Dia mengusap kepala Aerin lalu diciumnya. Mereka sangat terkejut. Tak lama selepas itu Seo ryong minta untuk balik. Aerin memeluk Seo ryong dan mencium pipi kiri Seo ryong. Seo ryong mencubit pipi Aerin. "nakal" katanya lagi. "oppa besok datang lagi tau. Bye" kata Aerin sambil melambaikan tangannya kearah Seo ryong. Sebelum Seo ryong beredar dia sempat berkata "please take care for my sweet heart. I am the lucky guy." lalu pergi balik ke rumahnya.

4 special girls (malay ff)Where stories live. Discover now