Bab 3

2.1K 159 11
                                    

Misi Mencari Suami (1)

"Annyeonghasaeyo!" Ji hyo menegur staf-staf untuk drama terbarunya. Waktu masih pagi, jadi ada beberapa pelakon yang tak sampai lagi. Lagipun role yang dimainkan untuk drama kali ini hanyalah akak kepada pelakon utama, woobin.

"Ji hyo, awak pergi solek dulu" arah director. Ji hyo pergi ke tempat solek di bawah pokok. Maklumlah, hari ni shooting dekat taman.

Ji hyo duduk di atas kerusi yang di sediakan. Dia tersenyum senget melihat juru makeup nya. Mangsa pertama:

Jung Ryo Shi-berkebolehan dalam makeup. Tapi lembut. Tak pelah. Nanti aku cuba deal apa yang patut dengan lelaki tak cukup hormon ni.

"Ok, tutup mata. Saya nak sapu eyeshadow" arah Ryo shi. Ji hyo tak mengikut arahan. "Ji hyo?" Mata ji hyo tidak berkerdip memandang ryo shi. Apa masalah perempuan ni? Dia tidur ke?

Ji hyo mendekatkan mukanya dan ryo shi. Tapi ryo hi pantas kebelakang. Ji hyo tersenyum. Kemudian dia menyentuh pipi ryo shi. "Saya tak nak tutup mata. Saya nak tengok awak je" kata ji hyo lemah gemalai. Ryo shi mula seram sejuk. Pulak dah minah ni?

Ryo shi segera menolak ji hyo sehingga mengakibatkan ji hyo jatuh kerusi. "Argh!!" Ji hyo menjerit. Kepalanya beepinar. Dia memandang langit. Tiba-tiba ada wajah seorang jejaka menghulurkan tangan. Ji hyo simpan senyum. Mangsa ke2?:

Lee jeong kit (maaflah! Author memang ada konflik nak memilih nama)- costume designer.

Ji hyo menggenggam erat tangan jongkit (boleh eh gini). Ji hyo berdiri tegak. Pada mulanya dia mahu menunduk berterima kasih. Tapi tak ekstrem lah pulak. So dia buat macam ni...

"Terima kasih jongkit! Awaklah hero saya. Kalau awak tak ada tadi mesti saya dah tak lama tadi. Terima kasih my prince!!" Ji hyo memeluk jongkit. Jongkit kaku. Apesal. Minah. Ni?

"Jongkit? Jongkit?" Panggilan ji hyo tak bersahut. Ji hyo melihat muka jongkit. Muka cuak. Pesal mamat ni? Pelukan dileraikan. Ji hyo memandang ke belakang. Dia terlihat seorang perempuan dengan perut memboyot menghampiri mereka.

"Oppa! Sampai hati oppa buat wifey macam ni? Dalam diam ada perempuan lain eh? Tak pe oppa!" Perlahan-lahan ji hyo melangkah ke belakang. Heh! Pepandai lah korang hidup.

Pengambaran pada hari itu berakhir pada pukul 10 malam. Hari pertama, dua orang mangsa tapi dua-dua tak boleh pakai.

"Manager nim~ tutup radio tu" ji hyo mengomel di seat penumpang. Radio di bermatikan. Ji hyo merehatkan kepala.

"Miss mong~ macam memikir masalah cinta je?" Tanya manager ji hyo. Ji hyo membuka mata. Tiba-tiba timbul idea. Idea apa? Idea MMS (misi mencari suami). Mangsa ketiga:

Manager kim-tak pernah ambil tahu pasal manager sendiri.

"Oppa! Oppa dah kawin?" Tanya ji hyo. Manager kim tersenyum sebelum menjawab. "Pernah kahwin" ji hyo tertanya-tanya kenapa 'pernah'?

"Oppa dah bercerai lah" sambungnya setelah melihat ji hyo kebingungan. Ji hyo membiat mulut 'ooh'. Ji hyo memejamkan mata. Rasanya tak salah kot kalau aku kawin dengan manager kim. Dekat 8 tahun dia yang jaga aku. Pasal dia duda tu, tak pelah kan, dah ada pengalaman? *double smirk*

"Umur oppa berapa?" Tanya ji hyo tiba-tiba. "39. Kenapa?" Ji hyo terdiam. Muda lagi kot. Muda-muda dah jadi duda. "Oppa tak nak kawin lagi ke?" Manager kim ketawa dengar soalan ji hyo.

"Siapalah yang nak kat oppa ni. Dah lah duda. Anak 8 pulak tu" ji hyo yang sedang membasahkan tekak tersembur. "La...lapan?" Mak ai! Lapan? Like seriously? Lapan?

"Oppa kawin umur 24. Bini oppa pregnent 4 kali semua kembar dua. Tu yang lapan tu" manager kim memberi penerangan. Ji hyo menelan air liur. "Tak pelah manager kim. Saya tidur dulu. Nanti sampai rumah manager tolong kejutkan yek?" Ji hyo cepat-cepat tutup mata. Lapan? Lapan? Cancel!!!!

#Situasi Exo#

Di ruang tamu, ahli-ahli exo sedang menonton drama (saya x suka tengok drama korea. So, pandai2 la nak letak drama apa yek). Sehun yang baru pulang dari rumah keluarganya duduk di sebelah kai.

"Lambat balik?" Tanya suho. Dia tu terlebih caring sebenarnya. Omma sehun pun tak se caring itu. "Banyak lagi persiapan yang belum siap. Tu yang tolong kejap tu" balas sehun sambil melentokkan kepala di bahu sofa.

"Ada yang boleh kitorang tolong?" Tanya suho balik. Yelah...banyak duit bolehlah cakap. "Hyung tolong sorang je lah...tak payah suruh kitorang tolong sekali" rungut baekhyun.

Suho mengetap gigi. Ada je yang dia nak jawab. Sehun tergelak sebelum menjawab "tolong datang je dah cukup."

"Korang kalau kahwin, nak anak berapa?" Tanya chanyeol. Kebetulan drama yabg ditonton sedang menayangkan sebuah perkahwinan. "Chanyeol?" Semua memandang suho.

"What?" Chanyeol membalas pandangan. "Seriously hyung, kau lain macam lah" ketawa kai terhambur. "Entah...minggu lepas cerita pasal kiss. Sekarang cerita pasal anak. Kau dah kenapa?" Tanya xiumin.

"Well, kita masing-masing dah dewasa. Mestilah terfikir nak kahwin, nak ada keluarga. Aku just tanya je korang nak anak berapa?" Chanyeol memberi penerangan. Kelapan-lapan kawan chanyeol tak menghiraukan dia.

Setelah sekian lama, baru ada suara menyahut. "Aku nak 5" kata chen diikuti dengan deraian tawa yang lain. "Sikitnya. Aku nak satu team bola sepak" baekhyun pulak bersuara.

"Gila lah kau ni! Ingat bini kau kilang ke hapa?" D.O menolak kepala baekhyun. "Kita tak de girlfriend. Cuba tanya orang yang dah ada girlfriend tu, dia nak anak berapa?" Suho menunding ke arah kai yang sibuk bermain telefon.

"Kai?" Semua menantikan jawapan kai. Namun kai masih menumpukan perhatian pada telefon. "Aku rasa..." dia berjeda dahulu membuatkan rakan-rakannya tertanya-tanya. "Selagi yang aku mampu" balas kai selamba.

"Gila!" Semua terkejut dengar jawapan kai. "Bukan selagi girlfriend kau mampu?" Tanya suho.meminta kepastian. Kai menggeleng lalu menunjukkan kepada dirinya seperti berkata selagi-aku-mampu.

"Maknae?" Tanya suho kepada sehun. Sehun yang sedang menumpukan perhatian pada drama menoleh. "Aku?" Dia bertanya kembali. Mereka mengangguk. "Tengok pada rezeki lah"

"Wuuu~" tak sangka ayat tu yang keluar dari mulut maknae. Tak sangka. Terkejut tahap babun.

"Tapi kalau kau kahwin dengan noona macam mana? Mesti kau dapat anak sikit" chanyeol cuba menduga menggunakan soalan tahap kbat. "Hurmmm...kalau macam tu akulah yang jadi baby" mereka semua menjulingkan mata ke atas. Ingatkan dah matang, rupanya belum. Ada hati nak jadi baby lagi. Menyampah!

[C] Antara 2 UmurWhere stories live. Discover now