Bab 4

1.9K 141 6
                                    

Misi Mencari Suami (10)

9 hari terbazir macam tu je. Ji hyo menggeleng-gelengkan kepala. Ni semua sebab dia ada shooting dekat LA. Balik je korea, kena buat rakaman RM pulak.

"Ji hyo, nah kopi" gary menghulurkan secawan kopi panas. Mereka sedang berehat sebelum meneruskan game yang seterusnya. "Terima kasih" jawabnya lemah. Memang sekarang dia terlalu lemah. Banyak shooting dan banyak memikirkan denda heechul.

"Kang gary, awak...umph...err.." ji hyo terfikir sama ada boleh atau tidak dia bertanya soalan ini. "Kenapa?" Gary nampaknya seperti mengambil serius tentang soalan ji hyo. "Awak...nak kahwin dengan saya tak?" Ji hyo takut-takut.

Gary tergelak. "Awak bergurau kan?" Ji hyo terdiam sebelum mengikuti gary ketawa. "Mestilah saya bergurau!" Ji hyo memukul peha gary. Aku tak bergurau lah!

"Pandai kau buat lawak!" Gary masih tak tahu kebenarannya. "Aku anggap kau macam adik aku tau" tambah gary dengan deraian tawa yang masih berbaki. Ji hyo tersenyum kelat. Mangsa utama yang disangka boleh menyelamatkan keadaan tak dapat menolongnya.

Misi Mencari Suami (15)

Macam mana ni? Lagi 15 hari berbaki. Sorang pun tak nampak tanda-tanda boleh menyelamatkan aku. Tolonglah! Sesiapa?

Dia ingat lagi dua hari lepas,

Ji hyo menyertai satu laman web untuk mencari jodoh. Kemudian ada lelaki yang mengajaknya blind date. Sebab terdesak, ji hyo pergi dan yang datang bukan tahap anak gajah. Bapak gajah! Makan punyalah pelahap.

Lepas tu tak de duit nak bayar. Ji hyo pulak memang tak bawak duit. Lelaki tu marah-marah then dia tinggalkan ji hyo dekat restoran tu. Terpaksalah ji hyo bekerja mebasuh pinggan mangkuk selama 5 jam untuk melangsaikan bil itu.

Waktu dekat dapur, ji hyo sempat mengusha sorang chef ni. Tapi mak aih! Hati kuali. Keras tak boleh nak pikat.

Cuba pulak nasib dekat sorang waiter ni. Hensem tapi punyalah garang. Basuh pinggang tak bersih sikit je dah lempar dulang naik ke langit. Tak boleh buat laki betul.

Langkah kakinya dilajukan di atas platform. Stress tapi tak boleh minum. Apa lagi, gim lah jawabnya. Rasanya ini kali kedua dia pergi ke gim. Kali pertama tu pun sebab shooting.

"Ji hyo shi!" Seseorang menegur dari belakang. Suara yang tak asing bagi ji hyo. Kim Joong Kook. Apa mamat kuat membebel ni buat dekat sini? Oh lupa. Ni gim. Mana-mana gim dekat korea ni kan rumah si badang ni.

"Awak buat apa dekat sini?" Tanya joong kook. Dia pun berlari di sebelah ji hyo. "Makan jemput-jemput" selamba ji hyo menjawab. "Aigoo. Saya tahulah awak tengah bersenam. Tapi macam pelik la pulak" joong kook ketawa.

"Kim joong kook, jom kahwin?" Ajak ji hyo. Mungkin sebab dia dah lama mengenali joong kook sebab tu lah dia boleh berterus terang. Macam dengan gary hari tu.

"Yah! Apa awak merepek ni? Awak tahu tak kahwin ni bukan perkara main-main? Awak kena bersedia dengan tanggungjawab. Kena ada kerja tetap. Kena ada komitmen bla bla bla...kena bersedia bla bla bla...faham?"

Ji hyo menjulingkan mata ke atas. "Faham" jawab ji hyo nak tak nak. Joong kook tidak puas hati. "Awak ajak saya kahwin? Awak tahu saya ni bla bla bla...bla bla bla..." dia bebel lagi!

Akibat kebosanan yang melampau dan telinga dah bernanah dengar dia punya bebelan, ji hyo pantas meninggalkan joong kook sorang-sorang.

Misi Mencari Suami (18)

"So? Ada lagi 12 hari. Kau dah ada calon?" Suara heechul kedengaran sinis di hujung talian. Ji hyo terdiam. Mungkin ini masanya dia mangalah. Dia dah tak sanggup jalankan denda ni. Sekali pun dia dapat berkahwin, tapi bukan dengan jejaka idamannya yang dia sendiri tak tahu bagaimana rupanya.

"Ji hyo?" Heechul memanggil ji hyo kerana tiada sahutan daripadanya. Satu nafas panjang dilepas. "Kau je lah kahwin dengan aku" heechul di hujung talian terkejut beruk. Aku yang kenakan denda, dia kenakan aku balik.

"Banyak cantik muka kau. Kau kalau nak mengalah cakap cepat" heechul memberi peluang kepada ji hyo. Tapi ji hyo senyap.

'MENGALAH' adalah satu perkataan yang tak pernah wujud dalam kamus hidup ji hyo. "Ak...aku teruskan" suara ji hyo seakan tersekat di kerongkong. Sejurus itu talian di matikan.

Heechul melihat telefonnya. Betul ke apa tindakan yang aku buat ni? Tak rasa kejam sangat ke denda aku? Kahwin ni berkaitan dengan masa depan. Yang ji hyo ni pun satu, apesal dia ambil serius sangat denda aku ni. Haih! Ji hyo ji hyo. Dari kecik sampai besar tak pernah berubah. Keras kepala.

Misi Mencar Suami (22)

'Staf drama akui song ji hyo cuba menggodanya'

Ji hyo terkejut dengan kontroversi pada pagi itu. Dia membuka page koreaboo dan membaca artikel tersebut.

Seorang staf drama menulis dalam twitternya 'song ji hyo memeluk saya dan tindakannya telah membuat isteri saya cemburu.'

Seorang lagi menulis 'song ji hyo cuba mencium saya sewaktu saya sedang menyoleknya'

Kemudian keluar satu lagi bukti yang menunjukkan song ji hyo bertemu dengan seorang lelaki gemuk dan kemudiannya terpaksa bekerja di restoran itu untuk melangsaikan hutang.

"Argh!!" Ji hyo menjerit kegeraman. Benda ni tak sepatutnya terjadi. Ni semua sebab heechul. Apesal la dia denda aku sampai macam ni sekali.

#Situasi heechul#

Aku tak sangka ji hyo serius sampai macam ni sekali. Perlu ke aku call dia suruh batalkan denda tu? Tak pe. Aku nak tengok sejauh mana dia boleh pergi.

#situasi gary#

Satu berita yang sangat menggemparkan. Ji hyo terdesak sangat ke nak kahwin? Maksudnya hari tu dia serius ajak aku kahwin? Tapi aku dengan dia tak lebih dari seorang kawan.

#situasi ji hyo#

Ji hyo menulis pesanan dalam weibonya. Dia menulis 'saya minta maaf kepada pihak yang terlibat. Saya berbuat demikian untuk menghayati lakonan saya sahaja'

Post!

Harap-harap ada lah orang percaya.

[C] Antara 2 UmurWhere stories live. Discover now