Bab 12

2.1K 144 10
                                        

Nak tidur....

Katil....

Ji hyo menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Waa...sedapnya dapat baring. Satu hari tak dapat luruskan badan. Agak-agak tulang belakang pun boleh bercantum. Tak perlu dikira sampai 3, ji hyo dah pun melelapkan mata. Semua tahukan ji hyo kuat tidur?

#Situasi Sehun#

"Bro, pergi la masuk bilik." Suruh chanyeol menepuk perlahan bahu sehun. Disebabkan perkahwinan sehun, mereka turut sama tidur di rumah ji hyo. Lagipun keluarga ji hyo duduk di jeju. Takkanlah nak balik hari kan? Alang-alang dah sampai sini tu, ambil angin la sekali kan. Buat-buat release tension.

Sehun yang sedang minum kopi tersedak. Alahai...lagi tadi suruh masuk bilik. Malam masih muda bro. Baru pukul 10. "Hahah! Cuak letew" kai yang sedar reaksi sehun tergelak. Mereka semua gelakkan sehun. Heh diorang ni, rasa macam nak tendang bagi masuk laut depan tu je.

"Korang ni asyik goreng aku je. Tak de bajet lain ke? Suho tak bagi korang duit eh?" Perli sehun. Mana taknya, dari minggu lepas asyik dia je yang kena goreng. Rasanya kalau nak makan pun dah tak rasa apa-apa. Rasa arang!

"Tengokla, lepas ni siapa pulak yang kena goreng. Aku rasa kau" baekhyun menepuk bahu chanyeol. Chanyeol terkejut. Bukan chanyeol sorang je. Yang lain pun terkejut babun. Chanyeol dah ada awek ke?

"Bro, kau dah ada ke?" Tanya chen pelik. Belum sempat chanyeol menjawab, baekhyun memotong "tadi aku nampak dia bagi bouqet bunga yang dia dapat dekat sorang perempuan ni. Pastu dia tersengih sorang-sorang" yeah! Misi menggoreng chanyeol bermula.

"Habislah kau hyung. Kena masak daging cincang la kau dengan diorang" sehun menakut-nakutkan chanyeol. Biar chanyeol rasa apa yang dia rasa selama ni. Nampaknya dia dah ada geng.

"Korang ni nak masuk masterchef ke apa? Lagi tadi goreng-goreng. Daging cincang lah" perli D.O. Mereka tergelak bila D.O bersuara. A'ah kan? Macam boleh buat program masakan. Mula-mula tumis bawang tak lain tak bukan ialah sehun. Kemudian, masukkan daging cincang iaitu chanyeol seperti yang sehun cakap tadi.

"Korang tak nak masuk tidur ke?" Tanya xiumin yang sememangnya mementingkan waktu tidurnya. Sehun menghirup kopinya sekali gus. Walaupun malam-malam tak bagus minum kopi, tapi kopi la yang paling kaw untuk refresh kan balik badan yang dah lesu sebab seharian tak boleh duduk.

"Aku masuk tidur dululah" kata sehun sambil mengangkat punggung. Walaupun minum kopi, tapi matanya tetap mengantuk. "Sehun dah bersedia dah tu. Siap minum kopi bagai. Nak overtime ke...?" Perli chen.wah! Ni tahap rebus, celur, goreng sekali nampak? Sampai dah merah macam udang kena bakar dah muka aku ni.

Sehun menarik muncung bila kawan-kawannya yang lain gelakkannya. "Dah...dah. korang ni, kesian sehun" sehun bersorak gembira bila xiumin hyung menangkannya. "Btw, goodluck!" Sambung xiumin menyengih. Hek eleh! Kena kencing rupanya. Cepat mulut yang tadinya memuncung panjang balik. Sedepa rasanya. Kalau boleh buat kabel car, dah sampai seoul agaknya.

#Situasi bilik#

Sehun masuk ke dalam bilik dengan dada yang berdebar. Gila tak bedebar woi! Kali pertama tidur dengan perempuan. Sehun terjengah-jengah melihat bayang-bayang ji hyo noona yang sudahpun lelap. Hanya lampu tidur menerangi bilik itu.

Huh! Tak perlulah aku nak risau. Sebab aku tahu yang ji hyo noona ni tidur mati. Lagipun malam ni punyalah noona pakai baju tutup aurat. Ber t-shirst lengan panjang longgar dan seluar tracksuit. Tak delah goyah iman aku nanti kan?

Sehun menghenyak punggung perlahan-lahan atas katil. Pada mulanya memang lah dia bercadang nak tidur sofa. Tapi rasanya tak pelah malam ni. Badan pun dah sakit nak ditambah perit tidur kat sofa? Mahu tergeliat segala urat sarafnya. Dengan perlahan sehun membaringkan tubuh dan lampu tidurnya ditutup. Gelap.

#Situasi Exo#

"Aku tak tahulah macam mana sehun tu tidur nanti" tiba-tiba kai bersuara tatkala semua orang sedang melayan perasaan mendengar deruan ombak. "Huh?" Masing-masing blur.

"Ooh..." suho seakan faham. Sekarang ni tumpuan beralih ke arah suho. "Amende hyung?" Tanya chen. "Sehun tu, sepanjang aku sebilik dengan dia, dia mesti nak peluk sesuatu" kai menyahut. Pengalaman sewaktu zaman trainee nya membuatkan dia cukup masak dengan perangai sehun. Tapi tu waktu trainee. Tak tahulah sekarang ni macam mana sebab sehun kongsi bilik dengan suho.

"Akulah yang selalu kena peluk dengan dia" jawab suho. Hampir semua tergelak. "Bukan ke dia ada bantal peluk?" Tanya xiumin. Setahunya chanyeol yang memberi bantal peluk itu sewaktu hari lahir sehun yang ke 20.

"Dulu...lepas bantal peluk dia tu kena buang dengan D.O" lepas suho. "Kau buang bantal peluk yang aku bagi kat dia?" Tanya chanyeol tak percaya. "Ekstrem sangat. Siap pukul orang pakai bantal peluk dia. Dah lah banyak air liur basi. Najis mughollazoh kau tahu. Aku buanglah" selamba D.O balas. Siap disabdu-sabdukan perkataan mughollazoh tu.

Kemudian suasana senyap. Senyap sampai cengkerik lalu tunduk hormat. "Pffft!!!! Hahaha....." masing-masing gelak sakan lepas dapat mencerna info itu. Maklumlah, jeju ni hutan sikit. Line lambat.

#situasi bilik#

Ji hyo terbangun bila ada sesuatu menghempapnya. Ada hantu ke yang menghempapnya? Berat semacam je. Dahlah dekat dengan laut. Betul ke hantu?

Ji hyo cuba sedaya upaya untuk menggerakkan anggota tubuhnya. Boleh bergerak. Jadi dengan sekuat tenaga macam nak berlawan dengan joong kook dia menolak hantu tersebut.

'Gedebuk!!' Bunyi hantu tu jatuh. Ji hyo pelik. Hantu tu ada jisim.ke? Apesal macam buah nangka tak cukup masak jatuh menyembah ke bumi.

"Aduh..." suara seseorang mengaduh. Ji hyo menjenguk ke bawah. "Se...sehun?"

[C] Antara 2 UmurTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang