Bab 27

2K 122 0
                                        

"Wife!" Sehun tak tunggu lama. Wajah isterinya dikucup lama. Rindunya dia pada ji hyo. Baru beberapa hari tak jumpa. Lepas ni banyak pulak dia nak pergi tour. Heh! Nasiblah jadi geng group paling popular dekat korea ni...

"Tepilah" ji hyo menolak badan sehun. Wajahnya langsung tiada senyuman. Sehun melepaskan pelukan kerana terkejut. Kenapa dengan noona ni.

"Wife tak suka husband balik ke?" Tanya sehun comel. Haruslah. Itu caranya dia memujuk sehun. "Hmm..." masih tiada respon daripada ji hyo. Tangannya masih ligat mengupas epal. "Wife..." sehun memanggil ji hyo. Dia kecewa sebab ji hyo tak melayannya. Ji hyo berjalan terus masuk ke bilik.

Wajah sehun yang meminta perhatiannya tidak dihiraukan. Setiap kali sehun memeluk atau mengucupnya pasti dia menolak dada bidang maknae tersebut. Akhirnya, malam itu mereka tertidur. Seorang hadap kiri, sorang lagi ke kanan.

#keesokan paginya#

Ji hyo tersedar sewaktu jam tepat menunjukkan 7 pagi. Itu pun sebab sehun berlari menuju ke tandas. Lepas tu dengar bunyi orang muntah. Ha! Muntah? Biar betul si sehun ni. Kenapa dia muntah-muntah pulak ni? Keracunan ke?

"Husband! Husband! Bukak pintu ni" ji hyo mengetuk-ngetuk pintu tandas. Tak dibuka. Ah sudah! Takkan dia nak tendang pulak pintu ni. Kalau dia ni joong kook tak pelah jugak. Suara sehun mengeluarkan segala isi perutnya masih kedengaran. Tiba-tiba telefon ji hyo berbunyi minta di angkat.

"Hello?" Suara ji hyo memecah talian. "Noona, ni suho" leader exo rupanya di hujung talian. Tapi apa ke hal pulak si suho ni menelefonnya pagi-pagi buta? "Kenapa telefon noona ni?" Tanya ji hyo.

"Ni suho nak ingatkan, 2 3 hari ni sehun asyik muntah je pagi-pagi. Nak suruh noona tengok-tengokkan dia sikit" suara suho kedengaran risau. Sewaktu tour beberapa hari ni, setiap kali bangun mesti maknae tu muntah. Selang beberapa minit mesti muntah. Tapi pelik gak sebab bila jam tepat 10 pagi, terus berhenti muntah-muntah dia tu.

"Ooh. Pasal tu ke. Ni pun dia tengah muntah sekarang. Boleh noona tahu dia ni keracunan ke apa?" Nak jugak dia tahu suaminya melantak apa sewaktu di negara orang tu. "Tak pastilah noona. Tapi kalau dia keracunan mesti kitorang kena sama. Sebab kitorang makan apa yang dia makan" misteri betullah penyakit sehun ni. "Ok lah. Trimas sebab bagitahu noona" ji hyo mematikan talian.

Serentak dengan itu pintu bilik air terbuka. Ji hyo pergi mendapatkan sehun yang dah macam mayat hidup tu. Double pucat jadinya. "Awak ok tak?" Sambil bertanya sambil memapah sehun ke katil. Sehun mengangguk. Kemudian dia berbaring. Ji hyo mengusap-usap rambut sehun. Kenapa pulak dengan suaminya ni?

Tiba-tiba sehun tersenyum. "Waktu saya sakitlah awak nak belai saya eh. Malam tadi langsung tak nak pandang muka saya" ayat yang menutur keluar mengundang pukulan di dadanya. "Nak sangat sakit ke?" Memang lah niat di hati tak nak layan suaminya itu, tapi kalau dah sakit depan mata takkan nak biarlan mati katak pulakkan.

"Wife, kenapa awak tak nak layan saya malam tadi? Awak marah kat saya ke? Saya ada sakitkan hati wife ke?" Tanya sehun lemah. Ji hyo mengetap mulut. Dia mahu menangis. Bukan niatnya untuk tidak melayan sehun tapi...ah! Biarlah dia diamkan. "Wife?" Sehun mendongak melihat wajah isterinya. Tiada jawapan dari ji hyo. Hanya senyuman yang menghiasi bibir wanita itu.

Sehun mahu bangun dan bersandar di katil. Wajah ji hyo dipandang. Satu kucupan singkat dihadiahkan di bibir ji hyo sebelum sehun lari tak cukup tanah ke bilik air. Tatkala itu jugalah air mata ji hyo yang ditahan tumpah. Sungguh dia cintakan sehun. Dia tak mahu meninggalkan sehun walau apa jadi sekalipun. Tapi mampukah dia?

2 hari sehun berada dalam jagaan ji hyo. Sepanjang merwka bersama, ji hyo layankan sahaja karenah sehun. Sempat juga mereka ke pantai. Menyedut angin petang bersama orang tersayang. Terpaksalah pergi petang-petang sebab pagi tak boleh nak keluar pergi mana-mana.

Betul kata suho, pukul 10 tepat penyakit sehun sembuh. Apa penyakit sehun ni? Nak bawak jumpa doktor tapi sehun pulak meraung-raung siap peluk-peluk lutut tak mahu ke klinik. Baru hari ni dia tahu yang sehun takut berjumpa doktor.

Ji hyo mengusap perutnya. Kandungannya masih dirahsiakan dari pengetahuan sehun. Macam mana la gayanya sehun nak sambut anak yang dikandungnya kalau dia takut pada doktor. Gerenti pengsan punya. Membayangkan hal itu sudah cukup membuatkan ji hyo tergelak.

"Ni gelak sensorang apehal ni?" Tangan ji hyo di seat sebelah diraih dan dikucupnya. "Tak de pape" jawab ji hyo singkat. "Ye ke??" Tanya sehun tak percaya. "Yup. Cuma ingat pasal awak merayu kat saya yang awak tak nak jumpa doktor. Lawak gila!" Ji hyo mengekek ketawa. Takkan dia nak bagitahu yang dia membayangkan sehun pengsan sewaktu menyambut bayi nanti? Pecahlah tembelangnya.

Sehun malu tapi kemudiannya tergelak sama. Nampak je macho tapi satu perangainya yang tak boleh diubah adalah takut dengan doktor. Takut gila-gila. Suasana ceria bertukar menjadi senyap seketika.

Ji hyo membuang pandangan ke luar tingkap. Entah mengapa hatinya meronta-ronta ingin berkata sesuatu. Dia ingin memberitahu sehun bahawa sia tetap mencintai sehun walau apa pun yang terjadi. Tapi dikunci mulutnya rapat-rapat. Takut kalau air matanya tumpah seterusnya memecahkan tembelang yang di jaganya.

"Sayang..." panggil sehun. Ji hyo menoleh. Sehun tersenyum manis. "Janji dengan saya something" sehun menunjukkan jari kelingkingnya. Minta dikait oleh ji hyo. Ji hyo teragak-agak namun masih melakukannya. Janji apa kalau dia tak bagitahu langsung.

"Janji yang sayang tak akan tinggalkan husband walau apa pun yang berlaku" saat itu ji hyo terkedu. Sehun memandang ji hyo sekilas. Takkan nak pandang lama-lama. Tengah drive ni.  Perlahan ji hyo mengangguk.

"Dan sehun nak sayang percya suatu benda" sambung sehun. Ji hyo mengangkat kembali mukanya. "Husband tetap cintakan sayang walau apa pun yang berlaku" sehun berasa puas setelah menuturkan ayat itu. Dia mahu ji hyo tahu bahawa hanya ji hyo pemilik jantungnya itu. Kerana ji hyo lah jantungnya ini mahu berdegup. Tangisan ji hyo tak dapat dibendung lagi. Dia menghamburkan semua tangisannya.

"Wife...husband cakap ni bukan untuk buat sayang sedih" sehun memujuk ji hyo. Nak pujuk lebih-lebih tak boleh la pulak. Takkan nak lepaskan stereng ni. Ji hyo menggenggam erat jari-jemari sehun. Dia meletakkan 2 tangan yang bersatu itu di pipinya.

"Wife janji yang wife tak akan berhenti mencintai husband sehingga maut memisahkan kita" luahnya. Biarlah dia mengaku sekarang sebelum terlambat. Malam ni sehun meneruskan tournya. Entah ke negara mana dia oun tak tahu. Tapi ji hyo mahu sehun tahu setiap derap kaki sehun melangkah walau ke hujung dunia sekali pun, dirinya akan tetap menyayangi sehun.

[C] Antara 2 UmurTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang