Masa yang dinantikan telah pun tiba. Perkahwinan kali kedua buat sehun dan juga ji hyo. Boleh tahan ramai jugak lah yang hadir kalau nak dibandingkan dengan majlis di rumah sehun hari tu.
Di dalam bilik pengantin, sehun dan ji hyo sedang bersiap-siap. "Cantiknya noona!" Puji exo. Mereka akan menjadi 'pengapit' sehun dan ji hyo sama macam majlis di rumah sehun. Ji hyo tersenyum. "Hai...orang kat sini tak nak puji ke?" Sehun yang berada di belakang mereka memerli. Dia pun hensem apa?
"Wuu~ sehun oppa! Oppa!" Mereka membawa watak peminat yang sedang melihat kehenseman sehun. "Eii! Korang ni" sehun memuncungkan mulut. Mereka termasuk ji hyo ketawa.
"Aigoo...tak senonoh pengantin buat muka macam tu lah" ji hyo menarik sehun ke sisinya lalu menepuk perlahan bibir sehun. Sehun teruja sambil membuat eye smile. "Nasib noona la dapat husband tak matang" perli baekhyun. Sehun menghentak-hentak kakinya. "Noona! Tengok tu..." sehun sepertinya merajuk. Ji hyo hanya mampu tergelak. "Dah dah le tu. Tak payah nak ambil hati sangat. Diorang tu jealous sebenarnya" ji hyo membetulkan sedikit rambut sehun.
Saat itulah sehun merenung wajah ji hyo dari dekat. Sementara ji hyo sedang khusyuk membetulkan rambutnya, dia mengambil kesempatan menilik wajah cantik milik isterinya.
"Err...kitorang keluar dulu eh?" Chen tiba-tiba memecah suasana. "A'ah betul tu" kata suho pulak. Bukan apa, diorang dah geli geleman tengok 2 orang tu. Rasa macam nak tercabut anak tekak. Orang lain pun kahwin jugak, tapi tak de lah sampai bersweet-sweet depan orang lain.
"Ok" jawab mereka singkat. Mereka baru sedar yang dalam bilik tu ada orang lain. Setelah exo keluar, keadaan jadi awkward balik. "Noona, you did a great job" kata sehun sambil menunjukkan thumbs up. Ji hyo tersenyum. "Kita buat macam ni sampai habis majlis eh?" Kata ji hyo sambil menunjukkan jari kelengkingnya. Sehun mengait.
Diorang in character sebenarnya. Tapi sehun tak pernah pulak berlakon sebenarnya. Dia cuma buat aegyo macam apa yang selalu dilakukannya. Dan masa dia merenung ji hyo tadi, dia memang mahu merenung isterinya. Sebab ji hyo hari ni cantik sangat. Hari tu pun cantik tapi disebabkan hari ni dapat makeup lama sikit dan dress yang sepadan, noona memang nampak lain dari kebiasaan.
Sama juga dengan situasi ji hyo. Dia cuma geram tengok kecomelan sehun. Jadi dia layan sehun macam budak kecil. Bukannya sebab dia nak menghayati character.
'Kalaulah dia tahu...' bisik hati mereka serentak.
"You may now kiss your bride" kata paderi itu. Sedari upacara perkahwinan kali kedua itu berlangsung, sehun sudah tidak gementar lagi. Dia mampu memberikan senyuman sepanjang majlis itu berlangsung. Tapi part ni dia gabra. Kiss?
Ji hyo nampak muka sehun cuak. Dia simpan senyum. Dia teringat pada majlis lepas yang sehun hanya mencium pipinya. Tapi tak tahu kali ni dia nak kiss pipi lagi ke apa.
Ahli exo yang menjadi pengapit mula tak senang duduk. Lips sehun! Lips! Nak aje mereka menjerit supaya sehun mencium bibir ji hyo.
Sehun memegang pipi ji hyo dengan kedua tangannya agar wajah ji hyo mendongak memandangnya.
'Chuppp!' Lama. Bibir? Tak lah. Dahi.
Kedengaran keluhan dari penonton. Exo menjulingkan mata ke atas. Pipi lah, dahi lah. Apa lah budak sehun ni meracau. Kiss lah bibir!
Tiba masa untuk membaling jambangan bunga. Exo berdiri dibelakang sekali kerana ramai yang berpusu-pusu ingin menangkapnya. Mereka hanya melihat orang ramai dengan muka selamba. 'Benda macam tu pun orang nak berebut ke...? Aikk! Apa ni?' Tengah-tengah chanyeol mengutuk orang ramai, jambangan bunga itu tepat melayang ke arahnya. Jadi, cepat-cepat dia sambut.
"Tahniah bro! Lepas ni kau pulak!" Kata exo sambil menepuk-nepuk tangan. Chanyeol menggaru belakang kepalanya. Dia membelek bunga tersebut. Ramai juga orang yang melihatnya lain macam. Akhirnya dia terpinga-pinga sendirian. Kemudian dia tersengih. 'Mengarut je benda ni' fikirnya. Ada orang cakap, kalau dapat sambut jambangan bunga ni, maksudnya giliran kita untuk kahwin tak lama lagi.
Disebabkan ketidakpercayaan chanyeol, dia memberi jambangan bunga itu kepada seorang wanita yang dia tak tahu bagaimana rupanya. Tapi yang pasti, dia nampak wanita itu memakai gaun paras lutut warna pink. Kemudian dia berlalu.
"Awak!" Suara wanita memanggilnya sejurus dia memberi bunga itu. Chanyeol menoleh dan membuat muka tak berminat. Perempuan itu melihat bunga itu dan teragak-agak bertanya soalan. "Untuk saya ke?" Chanyeol mengangguk kemudian meneruskan perjalanannya yng terbantut tadi. "Terima kasih!" Dia dapat mendengari suara wanita itu lagi. Chanyeol kemudian mengangguk tanpa menolehkan muka. Dia kemudian tersengih sendiri.
"Kau pesal sengih-sengih?" Sapa baekhyun dari belakang. "Haih...senyum pun jadi hal ka?" Rungutnya. "Kalau kau senyum sebab gembira nampak perempuan cantik, memang lah tak de hal. Tapi kalau senyum sorang-sorang, tu namanya 3 suku" ketawa baekhyun. 'Heh! Tak guna betullah kau ni kawan. Memang aku nampak perempuan cantik pun'

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Antara 2 Umur
Fanfiction'Cinta tak mengenal usia' Hah! ye lah tu. Tapi mesti ada kisah di sebalik dua umur itu. Sehun-terlalu amatlah muda(hiraukan kesalahan tatabahasa di situ). Perlu kahwin untuk menyelamatkan maruah keluarga. Song Ji Hyo-tak ada lah tua sangat tapi kala...