"Sehun! Apa kau buat dekat sini?" Chanyeol yang baru keluar dari bilik menuju ke arah sehun yang sedang khusyuk menari. Kemudian semua datang ke arah sehun dengan tujuan untuk practise tarian terbaru mereka. Ala...yang diorang buat mv dengan ji hyo tu. Minggu depan baru sambung. Sebab hujung minggu ni majlis perkahwinan belah ji hyo pulak.
"Wey! Kau tak dengar ke aku tanya ni?" Chanyeol menepuk bahu sehun setelah musik berhenti. Sehun malas hendak melayan chanyeol. Kalau layan nanti keluarlah soalan mengarut tahap petala langit tu.
"Oh sehun~ enggan melayan diriku lagi~" chanyeol mula mendendangkan lagu yuna versi sehun sambil membuat tarian sotong. Sehun pergi menghidupkan kembali lagu tadi. "Dah lah tu sehun. Nanti esok kau tak bermaya. Esok kan kau ada fotoshoot pre-wedding kau" pesan suho lalu menutup kembali lagu itu.
Sejak dua menjak lepas sehun kahwin ni, dia jarang bercakap. Cuma jawab soalan yang perlu je. Dan yang paling exo bimbang, sekali pun dia tak pernah telefon or jumpa ji hyo noona @ isterinya.
"Ok lah. Kalau macam tu aku masuk tidur dulu" kata sehun meninggalkan kawan-kawannya. Mereka berpandangan sesama sendiri. "Orang baru lepas kahwin memang macam tu ke?" Tanya chanyeol. Yang lain buat muka menyampah.
"Kau ni memang bengap ke buat-buat bengap?" Tanya D.O sambil mengetuk kepala chanyeol. Chanyeol menggosok-gosok kepalanya. "Boleh tak kau jangan tanya pasal kahwin dekat sehun?" Kata baekhyun. Dia tahu yang sehun sekarang tengah frust sebab kena kahwin tiba-tiba.
"Lah...tanya pun salah ke? Betul apa? Dia kan dah kahwin. Sepatutnya dia duduk dengan bini dia. Bukan dengan kita" chanyeol mempertahankan diri. "Masalahnya, kau tahukan yabg dia tu kena kahwin paksa? Lagi mau tanya ka?" Kali ni suho pulak mengetuk kepala chanyeol. Chanyeol mengaduh kesakitan.
"Ye. Aku tahu. Tapi tu tak semestinya dia boleh lari dari tanggungjawab sebagai seorang suami. Seorang suami mestilah beri perlindungan pada isteri dia. Bagi nafkah zahir dan batin tu semua" jelas chanyeol sambil mengeluarkan semua falsafah yang dia tahu. Semua tercengang bila chanyeol mula berceramah.
"Sejak bila pulak kau pergi kursus perkahwinan, chanyeol?" Tanya lay. Agak lawak tahap dewa la pulak bila si capang ni berfalsampah bagai. Kan? Kan?
"Aku ni sentiasa bersedia hyung" jawab chanyeol dengan bangganya. "Bersedia konon! Ni hah! Dia google tanggungjawab seorang suami" baekhyun menunjukkan telefon milik chanyeol. Jelas terpampang satu page menunjukkan 'tanggungjawab seorang suami' dekat situ. "Hek eleh!" Mereka meninggalkan chanyeol yang tersengih sendirian.
#situasi ji hyo#
'Ergh! Lagi tadi omma asyik telefon je. Tanya itulah! Inilah! Haih! Aku tak kisah pun pasal persiapan kahwin aku tu semua. Lagipun ni majlis kedua kononnya majlis yang betullah' ji hyo membebel di dalam hati.
Ji hyo melihat keadaan apartmen miliknya. Appa sehun kata dia akan memberi sebuah rumah kepada mereka. Tapi...aku tak nak tinggal dengan sehun. Aku nak tinggal sendiri. Aku malu dengan dia. Aku dengan dia dah boleh jadi macam mak dengan anak. Nanti apalah yang orang akan cakap bila dapat tahu pasal perkahwinan kami.
Tapi ni bukan ke apa yang dia nak? Dia dapat sahut cabaran heechul. Tapi dah tamat pun cabaran tu. Maksudnya aku dapat sahut cabaran dia pada hari ke 37. Gitu? Ye lah kot.
#keesokan hari#
"Ok, pose macam ni" jurugambar tersebut menyuruh dahi mereka bersentuhan. Lepas tu aksi lain. Pastu lain pulak. Dah tu, macam ni pulak. Gaya nak terbang pun ada.
Malam tu, gambar sehun dan ji hyo dikeluarkan di media. Dalam masa tak sampai seminit, pelbagai komen dan cemuhan diterima.
'Apesal sehun nak kahwin dengan orang tua tu?' Antara satu komen yang diterima.
'Ji hyo tak sedar diri! Dah lah tua. Nak kahwin dengan orang muda pulak tu!' Makin panas hati ji hyo bila membaca.
Akhirnya ji hyo mematikan telefonnya. Biar tak ada sesiapa yang dapat mengganggunya.
#situasi sehun#
"Kesian ji hyo. Macam-macam orang komen" baekhyun duduk sambil melihat telefon di tangan. Sebenarnya masing-masing sedang memegang telefon melihat komen-komen masyarakat terhadap perkahwinan sehun dan ji hyo.
Sehun sudah mematikan telefonnya. Dia tak sanggup baca apa yang ditulis diruangan komen itu. "Wey! Orang ni tulis 'ji hyo! Tak ada orang lain ke yang kau boleh jadikan anak ikan selain sehun?!" Baekhyun membaca komen tersebut dengan kuat. Yang lain hanya bersimpati dengan ji hyo.
Sehun dalam diam menghela nafas berat. Aku yang salah! Bukan ji hyo. Dia tahu kebenarannya. Ji hyo cuma pak sanggup je. Sepatutnya dia yang dipersalahkan. Ah! Ni tak boleh jadi.
"Hyung, aku keluar kejap. Tak payah tunggu aku balik" sehun berjalan ke arah bilik. Dia menyarungkan sweater hitam dan kemudian mengambil kunci kereta.
"Dia nak pergi mana tu?" Tanya baekhyun. Yang lain mengangkat bahu. "Sehun, jangan mabuk!" Pesan suho sebelum sehun beredar. Sehun mengangguk. Aku bukan nak pergi minum.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Antara 2 Umur
Fanfiction'Cinta tak mengenal usia' Hah! ye lah tu. Tapi mesti ada kisah di sebalik dua umur itu. Sehun-terlalu amatlah muda(hiraukan kesalahan tatabahasa di situ). Perlu kahwin untuk menyelamatkan maruah keluarga. Song Ji Hyo-tak ada lah tua sangat tapi kala...