Bab 10

2.1K 150 10
                                        

'Ding dong!' Bunyi loceng menghentikan tontonan ji hyo. Ji hyo memperlahankan volume televisyen lalu pergi ke arah pintu. 'Siapa pulak datang tengah malam macam ni? Dah nak dekat pukul 11.30 kot'

Dengan ragu-ragu ji hyo membuka pintu. Bahagian belakang seseorang bersweater menunggunya di hadapan pintu. Lelaki tersebut menyedari pintu telah dibuka, memalingkan tubuhnya.

"Noona" panggilnya. Ji hyo mengerdipkan matanya berkali-kali. "Sehun? Apa yang awak buat dekat sini?" Mata ji hyo membulat. Mimpi apa suaminya ni datang ke rumahnya? Takkanlah nak...? Haish! Fikir apa ni!

"Urmm..."sehun memanjangkan leher menjengah ke dalam rumah ji hyo. "Oh! Masuklah dulu" ji hyo membuka pintu pagar dan menjemput sehun masuk. "Urgh! Tulah. Takut fans nampak kan?" Sehun menggaru belakang lehernya. Sebab dia nampak muka ji hyo lain macam.

"Err...duduklah dulu. Noona buatkan air" ji hyo mempelawa setelah menutup pintu. Sehun mengekori susuk tubuh ji hyo dengan ekor mata ke dapur. Dia melihat design rumah ji hyo sewaktu duduk di sofa. Boleh tahan jugak taste noona ni.

"Jus?" Ji hyo memberi gelas kepada sehun. Sehun mengangguk dan kemudian meneguk sedikit jus oren tersebut. Ji hyo hanya berdiri di tepi sofa yang boleh memuatkan 3 orang duduk. Sehun yang menyedari kecanggungan ji hyo menjarakkan diri ke hujung sofa dan menyuruh ji hyo duduk.

"Erm...ada apa datang malam-malam ni?" Ji hyo cuba mematikan suasana cengkerik tadi. "Urmm..." panjang sehun memikir jawapannya. "Saja nak lawat isteri" selamba dia menuturkan ayat itu. Ji hyo terdiam kaku.

"Noona ok ke?" Sehun sebenarnya mahu lihat keadaan ji hyo. Dia rasa serba salah sebab keluarga mereka ji hyo yang di caci. "Huh?" Ji hyo blur. "Komen-komen tu. Noona ok ke?" Sehun memuncungkan mulut menunjuk ke arah telefon ji hyo di atas meja.

"Oh! Ok je. Tak ambil hati pun"jawab ji hyo selamba. Gila tak ambil hati? Macam nak meroyan dia baca komen tu tau! Sedap je orang kata dia tu macam-macam. Dah lah tak tahu perkara sebenar.

"Ye ke?" Sehun mengubah posisi supaya di menghadap ji hyo. Ji hyo juga begitu. Maklumlah, ji hyo ni bukannya perempuan yang awkward-awkward dengan lelaki. Lagipun sehun ni lebih muda darinya. Cuma bila mong dia dah sampai, memang loading tak cukup wifi la jawabnya.

"Sebenarnya sehun datang sini sebab nak mintak maaf dekat noona. Ye la, yang salahnya keluarga Hun, tapi noona pulak yang kena" terangnya. "Noona ok lah" balas ji hyo sambil membuat eye smile.

Hati sehun pada waktu itu meronta-ronta mahu mencubit pipi ji hyo. Comelnya! "Erm...macam mana persiapan kita?" Tanya sehun. Sebab yang banyak menyiapkan persiapan perkahwinan mereka kali ini ialah keluarga ji hyo. Ji hyo tergelak. 'Kita' lawak bhai! "Berjalan dengan lancar" ji hyo cuba menahan gelak. Sehun menggaru dahi. Noona gelak sebab aku gelarkan 'kita' ke?

"Noona" panggil sehun. Ji hyo yang tergelak menoleh ke arahnya. "Kalau noona terasa hati, bagitahu Hun tau" kata sehun bertanggungjawab terhadap ji hyo. Ji hyo tersenyum bangga. Tak sangka sehun yang berumur 21 tahun ni pandai mengungkapkan ayat sebegitu.

"Aigoo!" Tangan ji hyo mencapai rambut sehun dan menggosoknya sehingga serabai. Ji hyo yang menyedari tindakannya keterlaluan menurunkan tangannya. "Kalau noona terasa hati Hun nak buat apa?" Tanya ji hyo manja.

"Err...err..." sehun mula gagap. Dia cakap je. Tak terfikir pun nak buat apa. "Noona ok" sekali lagi ji hyo meyakinkan sehun. Lagi tadi err...err...ni mesti kes bercakap tanpa berfikir.

Mereka berbual dan tergelak sama-sama. Mereka tak menyedari yang jam sudah pun menunjukkan pukul 1 pagi.

"Sehun tak ada schedule ke esok?" Tanya ji hyo yang kerisauan. Salahnya juga sebab ajak sehun berbual macam tak ingat dunia. "Ada. Tapi tengah hari" jawab sehun.

"Kenapa? Noona ada shooting ke esok?" Tanya sehun bimbang. Dia rasa bersalah kalau esok ji hyo rasa mengantuk dekat set. Ji hyo mengangguk. "Esok noona ada flight pukul 10 pagi. Hari sabtu baru noona balik"ji hyo memberitahu sehun supaya sehun tak mencarinya. Dia tak berada di korea sehingga sehari sebelum majlis perlahwinannya. "Sorry noona. Kenapa tak bagitahu awal-awal? Tak pe. Sehun balik dulu" sehun mula melangkah ke pintu.

Tapi sebelum membuka pintu, dia memalingkan tubuhnya. Ji hyo yang mengekori sehun dari belakang brek mengejut. Nasib baik tak accident.

"Noona, sehun nak mintak satu benda" ucap sehun. Sehun menunduk sedikit dan kedua tangannya menggenggam erat pergelangan tangan ji hyo. Ji hyo jadi kaku. Tapi digagahkan diri untuk memandang sehun.

"Waktu majlis kita nanti, tolong berlakon? Even appa sehun kata tak perlu berlakon macam kita ni pasangan bahagia, tapi hari ahad ni tolong berlakon, eh? Sehun nak tunjukkan pada orang yang cakap macam-macam pasal kita ni sebenarnya kita ni pasangan bahagia. Ok?" Ji hyo mengangguk faham. Tangannya menyentuh pipi sehun. "Noona tahu apa yang patut dibuat"

Sehun memandu keluar dari kawasan apartmen ji hyo. Sekejap dia menggaru dahi. Sekejap dia mengetuk-ngetuk stereng. Kemudian tapak tangannya menyentuh pipi sendiri. 'Macam ni ke perasaan bila dah ada isteri?' Sehun menggigit bibir, cuba menahan perasaan gembira yang bergelodak di hati. Akibatnya, bibir dia berdarah. Sehun menyapu dengan ibu jari. My precious lips!

Sehun masuk dengan perlahan ke dalam dorm. Dia tak mahu mengejutkan sesiapa. "Sehun!" Tiba di ruang tamu, seseorang menegurnya dan siapa lagi kalau bukan suho si hot mama!

"Lambatnya balik?" Tanya suho. Sehun menggaru kepala. Macam manalah dia boleh tak perasan yang kawan-kawannya masih terbongkang menonton drama di ruang tamu? "Korang tak tidur lagi ke?" Soalan dijawab dengan soalan. "Tak. Kau dari mana?" Tanya baekhyun yang masih khusyuk dengan drama.

Sehun berjalan mengambil tempat di sebelah kai. Sehun melihat kai yang kuat tidur ni pun masih belum tidur. Dasyat betul penangan drama ni. Drama apa yang diorang tengok?

"Aku tanya ni, kau pergi mana?" Baekhyun mengulang soalan yang sama cuma dengan intonasi meluat. "Pergi rumah noona" balas sehun tak menoleh. "Ha?" Balas mereka semua. Sehun mengerutkan dahi. Pelik sangat ke seorang suami melawat isterinya? Ececeh ayat!

"Ji hyo noona?" Tanya mereka serentak. Sehun mengangguk. "Kau buat apa pergi sana haa?" Tanya baekhyun dengan double smirk. Yang lain pula sudah tersengih-sengih.

"Aku melawat dia je. Apa salahnya?" Ye betul. Memang tak de salah pun kan? "Hai...melawat sampai 3 jam tu buat apa?" Tanya chanyeol pulak. Sengihan mereka makin memanjang. "Mana ada buat pape" jawab sehun pantas. Bukan sebab gabra tapi hanya menjawab perkara yang benar.

"Ye la tu tak de pape. Tu ha, bibir tu kenapa?" Kai yang paling dekat dengan sehun mengajukan soalan. Wajah sehun mula berkerut. Dia menutup bibirnya yang terluka tadi dengan jari telunjuk. "Huu~ sehun~" kawan-kawannya mula mengusiknya. Sehun yang mula malu terus masuk ke bilik. "Wooo~~" suara mereka masih jelas kedengaran mengusik.

'Hai lah nasib. Tergigit bibir sendiri pun jadi isu' keluh sehun.

[C] Antara 2 UmurTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang