"Omma nak datang rumah kamu" suara mrs. Oh memecah talian. "Haa?!" Terjerit sehun mendengarnya. Aku tak pekak kan? Aku dengar omma nak datang rumah. Betulkan?
"Yang kamu ni gelabah semacam je kenapa?" Mrs. Oh mula berbaur curiga. "Eh...mana ada" segera diperbetulkan kesilapannya. Aduh makk...macam mana kalau omma tahu yang aku dengan noona tak duduk serumah? Matilanak!
"Boleh tak?" Sekali lagi mrs. Oh meminta kepastian. Sebenarnya dia dah pun mendapat kepastian daripada ji hyo. Dia telah memaklumkan kepada ji hyo akan kedatangannya. "Boleh...apa pulak tak boleh" karang cakap tak boleh, sampai ke kutub utara aku dikejarnya.
"Hm...eloklah kalau macam tu. Sejam lagi omma sampai" talian dimatikan. Fuh! Nasib baik ada masa lagi. Kalau dibuatnya omma kata "1 minit lagi sampai' masaklah aku.
"Hyung, sehun balik dulu eh?" Kata sehun sambil terkocoh-kacah masuk ke bilik. Suho yang sedang berguling-guling atas katil menoleh ke arahnya. "Balik?" Suho mengulang. Nak balik mana? Macam lah dia tu datang dari marikh nak balik ke sana.
"Balik rumah sehun dengan noona. Omma nak datang" mulut bercakap sambil tangan memasukkan baju ke dalam beg. "Kau tidur sana ke?" Tanya suho. Pelik. Seboleh-boleh sehun tak mahu hidup serumah dengan ji hyo. Tinggal dengan kitorang ni pun omma dia tak tahu. Sebab apa? Sebab kitorang bohong pada omma dia. Ni, kalau mrs. Oh dapat tahu memang habis dilanyak si sehun jadi cekodok.
"Tak lah. Ni namanya strategi mengaburi mata omma. Buat-buat macam aku tinggal situ je" nasib baiklah aku ni bijak. Dalam exo ni, aku orang kedua bijak lepas suho. Heh! Ye letew. Marah hyungsss kalau tahu. Shh....! Diam-diam sudah.
"Hyung, pinjam kereta!" Kata sehun sambil mengambil kunci kereta suho di atas rak dan berlari keluar. Suho menggeleng kepalanya.
"Sehun nak lari rumah ke?" Tanya D.O. "kau ni...kalau dia nak lari, tak lah dia cakap" balas chanyeol. "Sehun lari rumah?" Terkejut baekhyun yang mendengarnya. "Yeay!! No more yehet!" Sambung baekhyun. Masing-masing memandang baekhyun. Nak sangat ke exo jadi 8? "Ok ok. Gurau" jawabnya seakan dah boleh mengagak.
#skip#
Mana noona ni? Naik kematu woo jari dail nombor dia. Jangan ada shooting sudah. Mati la aku kalau dia tak de.Ding! Dong! Ding! Dong!
Dah macam nak pecah loceng ni aku tekan. Tak ada jugak yang bukak pintu. Mana noona ni!!!
Tak boleh jadi ni. Nak tak nak dia terpaksa pulang seorang diri. Sehun memecut laju menuju ke rumah mereka berdua. Ah! Bencinya kenyataan ni. Ye, berdua. No more solo. No more single. Berdua!
Aik? Siapa punya kereta pulak ni? Sehun menilik kereta honda jazz putih yang diparkir dihadapan rumahnya. Omma dah sampai ke? Sejak bila pulak omma tukar taste ni? Pakai kereta murah. Kereta mercedes dia dah campak mana? Kalau dia campak masuk laut baik dia bagi aku. Aku ni dahlah asyik rembat kereta suho hyung je. Tak tahu nak isikan minyak pulak tu.
Sehun menjengah ke pintu. Terbuka. Memang betul omma dah sampai ke? Sehun bergegas masuk ke rumah. Sunyi je. Tak de orang pun. Seketika dia terpempan. Bila masa pulak dia decorate rumah ni? Setahunya, 2 minggu lepas, sewaktu dia dan ji hyo melawat rumah ni belum kemas lagi. Perabot pun tak de. Sekarang ni dengan perabot, cat, langsir semua. Siapa yang deco ni?
"Adui! Duii!" Sehun memegang kepalanya yang sakit akibat diketuk. Siapa pulak yang sangat-sangat lah durjana mengetuk kepala beta ni? "Eh, sehun ke?" Suara seorang perempuan bertanya macam tak ada buat salah. Aku mengangkat muka. Noona. Dekat tangan dia ada kuali yang macam d.o hyung selalu guna. Apa pan? Haa! Fry pan.
"Noona buat apa kat sini?" "Sehun buat apa kat sini?" Tanya kami serentak. "Noona duduk sini" "omma nak datang" jawab pun serentak. Jap! "Noona duduk sini?" Berkerut wajah sehun memahami ayat penyata si ji hyo. Ji hyo mengangguk sambil memeluk kuali. Comel.
"Dah lama?" Rasanya, mood detektif sehun dah diaktifkan lepas kena ketuk tadi. "Lama tak lama jugak ah. Seminggu" jawab ji hyo. "Kenapa tak bagitahu sehun?" Penat je dia pergi ke rumah lama ji hyo tadi.
"Kalau noona bagitahu, sehun nak duduk sekali dengan noona ke?" Ji hyo smirk. Sehun ketap bibir. Apalah noona ni. Orang tanya soalan di jawab dengan soalan. Tapi betul jugakkan? Aku nak duduk dengan noona ke? Aku tak nak!
Sehun berhenti menyoal. Nafasnya ditarik perlahan. Hidungnya bergerak sedikit kerana ada satu bau asing menerjah hidung. Bau apa pulak ni? Bau aku ke? Setahu aku, tak pernah pulak ketiak aku ni bau hangit. Setakat mashem tu normallah. Takkan ketiak noona pulak bau hangit?
Ji hyo berganjak ke tepi apabila sehun dengan hidung yang bergerak-gerak tu cuba mendekati nya. Apa ke hal mamat ni? Nak jadi macam anjing pengesan pulak. Aku ketuk pakai kuali ni lagi sekali kang.
"Noona, apa bau hangit ni?" Soalan itu keluar juga. Sebab tadi dia dah bau badan noona. Tak de pulak bau hangit. Wangi je bau. Tergugat iman aku di petang hari ni. Eh?
"Alamak!!!" Ji hyo tak tunggu lama. Kaki cepat dilarikan ke dapur. Sehun melihat gelagat noona. Apa kes tu? Berlari macam tak cukup tanah. Tak cukup tanah cakap. Sehun boleh bentangkan tanah untuk noona. Tanah kubur.
"Auch! Auch! Hing~" muka ji hyo menahan tangis. Telur gulungnya! Hangus. "Noona buat apa ni?" Sehun baru sampai ke dapur. Tak ikhlas sebenarnya dia bertanya. Sebab matanya sekarang ni sedang melihat hiasan dapur. Cantik. Mesti IKEA ni.
"Noona tengah bertukang ni" jawab ji hyo. Dia ni, orang tengah sedih ni boleh tanya kau buat apa. Dah la tadi aku membancuh segala ramuan dengan penuh kasih sayang. Hangus macam tu je. Ni semua si sehun punya pasal. Aku ingatkan pencuri mana terjah masuk rumah aku. Bukannya reti nak beri salam ke hapa. Geram nih! Rasa macam nak sumbat si suami dalam stu daging ni lah pulak. Sabar, miss mong.
"Noona masak ni untuk siapa?" Tanya sehun. Pedulikan apa yang noona perli. Sekarang ni dia macam nak mencekik makanan dalam periuk tu je. Perut dah buat konsert dah ni.
"Kata mak kau nak datang" balas ji hyo. Tak ada mood. Suami dia ni memang lembab pick up ke? Pandai je kau. Baru tadi sehun kata dia member ke2 tercerdiks dalam exo tau(?)
"Oh! Jadi noona dah tahulah?" Opkos lah dah tahu. Tu yang aku masak sedap-sedap ni. Kalah cef 1 tau. "Haih!" Sehun mengeluh. "Mengeluh panjang nampak?" Perli ji hyo. Apa je yang maknae ni fikir sampai mengeluh panjang. Api dapur aku tu pun dah nak terpadam kena silir dia tu. "Nasib baik noona tahu. Tak de lah sehun terkontang-kanting sorang-sorang nanti" kata sehun dengan penuh kelegaan.
Ewah! Ayat. Terkontang-kanting kau. Kau ada? Ji hyo mencebik. Sekarang baru kau tahu aku ni penting ke tak. Hahaha! *evil laugh* dalam hati je. Kang tak pasal-pasal aku pulak kena ketuk pakai kuali.
YOU ARE READING
[C] Antara 2 Umur
Fanfiction'Cinta tak mengenal usia' Hah! ye lah tu. Tapi mesti ada kisah di sebalik dua umur itu. Sehun-terlalu amatlah muda(hiraukan kesalahan tatabahasa di situ). Perlu kahwin untuk menyelamatkan maruah keluarga. Song Ji Hyo-tak ada lah tua sangat tapi kala...