Bab 8

2K 150 9
                                    

"Sehun" suara mrs. Oh memanggil sehun. Sehun mengundurkan diri dari exo. Mereka berjalan masuk ke bilik pengantin. Ji hyo sedang duduk di birai katil sambil seohun duduk di sisinya. Appa pula sedang berdiri berpeluk tubuh. Perlahan-lahan pintu bilik ditutup.

"Omma nak minta maaf sebab sehun jadi mangsa keadaan" kata mrs. Oh sambil memeluk sehun. "Ji hyo, aunty minta maaf" kata mrs. Oh kali ni pada ji hyo.

"Tak pe aunty, ji hyo tak kisah cuma macam mana ji hyo nak terangkan pada keluarga ji hyo?" Kata ji hyo perlahan. Sehun smirk. 'Tak kisah?' Apa maksud noona 'tak kisah'? Dia memang sudi kahwin dengan aku? Jadi betullah pasal kontroversi tu? Yang dia ni memang desperate nak kahwin?

"Macam ni, kita bincang dengan keluarga kamu untuk kahwinkan ji hyo dan sehun betul-betul. Maksudnya sekarang ni kamu memanglah suami isteri tapi kamu diamkan dulu. Lepas perkahwinan di pihak ji hyo berlansung baru kamu hidup sebagai pasangan yang betul" kata mrs. Oh.

"Nae" jawab sehun dan ji hyo hampir serentak. "Kamu berdua berehatlah dulu" mrs. Oh menambah sambil menepuk-nepuk katil. Rasanya dia suruh sehun dan ji hyo tidur di ditu.

"Tak pe aunty. Saya kena balik. Lagi pun saya ada shooting drama" kata ji hyo. Mrs. Oh terberhenti. "Kamu ni artis ke?" Ji hyo mengangguk. "Patutlah macam pernah nampak" kata seohun sambil memetik jari. "Drama apa tu ek namanya? Err.." mrs. Oh dan seohun berfikir panjang. "Haa! Emergency couple kan?" Sekali lagi ji hyo mengangguk sambil tersenyum. "Yang mana satu seohun?" Mrs. Oh masih tak dapat mengecam ji hyo. "Ala...yang ada choi jin hyuk tu" kini baru mrs. Oh teringat. Dia pantas mendekti ji hyo dan memuji lakonan ji hyo.

"Kalau macam tu, kena siarkan dekat pihak media dulu sebelum kamu kahwin" fikir mr. Oh yang dari tadi diam. "Betul jugak" sahut mrs. Oh. "Kalau macam tu, nanti kami sekeluarga bincang dengan keluarga kamu" mr. Oh membuat kesimpulan.

"Lagi satu ji hyo, sehun, appa tahu kamu berdua kahwin secara paksa. Dan appa tak nak kamu berdua berlakon macam kamu berdua tu intim sangat. Just be yourself, ok?" Sambung mr. Oh sebelum melangkah keluar dari bilik. Sehun dan ji hyo meneguk air liur. Mr. Oh ni mesti banyak tengok drama. Sebab tu dia tahu antara lakonan dengan bukan. "Seohun, appa nak bincang dengan kamu sikit" kali ni giliran seohun menghadap mr. Oh. Muka dia macam baik tapi garang. Fuh!

Sehun dan ji hyo menghantar mrs, mr oh dan seohun keluar dari bilik. Kemudian suasana dalam bilik jadi...

Krik!! Krik!

Ji hyo yang menyedari dia masih belum sedia untuk pulang ke rumah pantas mengambil bajunya sewaktu datang tadi. Sehun yang perasan ji hyo mahu menukar pakaian cepat-cepat keluar dari bilik.

"Err...sehun" ji hyo teragak-agak hendak memanggil dongsaeng yang merangkap suami barunya itu. Sehun yang hendak menutup pintu menjengah ke dalam. "Tolong..." ji hyo teragak-agak menunjuk belakang badannya. Sehun mula menggaru kepala.

'Apa yang noona nak ni? Nak suruh aku garukan belakang dia ke? Mintak simpang!' Fikir sehun dalam hati. Ji hyo menarik sehun ke dalam bilik dan menutup pintu bilik. Mereka saling menghadap kemudian ji hyo membelakangkan sehun. Dia menunjukkan belakang badannya.

'Dia memang suruh aku garu belakang dia ke?' Desis sehun naif. "Cepatlah!" Ji hyo menarik rambutnya ke tepi. Sehun teragak-agak hendak menyentuh badan ji hyo walaupun secara berlapik.

"Cepat lah buka zip tu" suara ji hyo menegur lagi kerana sehun tidak mengikut arahnnya. 'Bukak zip rupanya!' Sehun menepuk dahi. "Apa yang tepuk dahi pulak tu. Cepatlah, saya nak balik ni" rungut ji hyo. "Ok ok" sehun malas nak dengar ji hyo membebel lagi.

Tapi tatkala sehun memegang zip baju pengantin itu, bermacam-macam perasaan bermain di benaknya. 'Tak rasa ke ni aksi 18xx? Aku ni kecik lagi tau. Jap aku dah 21 dah pun. Apa nak takut. Takutlah wey!'

Saat itu sehun tutup mata. Perlahan tangannya membuka zip pakaian ji hyo. Dan saat itulah pakaian ji hyo terdedah perlahan-lahan menampakkan belakang tubuhnya.

Klik!

Bunyi pintu dibuka mengejutkan pengantin baru tersebut. Sehun pantas membuka mata tapi terpandang belakang badan ji hyo yang terdedah. Sehun menoleh ke kiri sambil memicit batang hidung. Kemudian dia memandang siapakah gerangan yang masuk ke dalam bilik tanpa mengetuk pintu. Siapa lagi kalau bukan seohun!

Seohun tersengih seperti kerang busuk di muka pintu. Kemudian dia keluar kembali serta menutup kembali pintu.

Flashback
"Omma, seohun nak tolong ji hyo bukak baju pengantin tu kejap" kata seohun sebaik sahaja perbincangan 3 beranak itu tamat. Seohun berlalu ke bilik pengantin. Pintu bilik tertutup. 'Kesian ji hyo. Mesti susah dia nak bukak baju pengantin tu.

Baju tu dah lah ikut ukuran aku. Aku yang pakai pun ketat semacam. Sehun ni pun satu, bukan nak tolong bini dia. Layankan sangat exo dia tu' sepanjang perjalanan ke bilik ji hyo, seohun hanya membebel seorang diri. Dia membuka pintu bilik itu tanpa mengetuknya. Sangkaannya sehun tiada di dalam. Namun sangkaannya meleset. Sehun sedang membuka zip baju ji hyo!

Aigoo! Diorang ni memang one step ahead betullah.

End flashback

Sehun keluar dari bilik pengantin itu dengan muka yang merah padam. Dalam fikirannya hanya satu, exo. Dia perlu mencari exo bagi menenangkan fikirannya.

Tu dia. Exo sedang melantak dekat set buffet. Melantak je lah tau. Sehun mendekati mereka dan turut sama melantak. Pelbagai makanan disumbatkan ke dalam mulut sebaik sahaja dia sampai ke situ.

Mulut yang lain ternganga luas. "Hhmmkau...henafah?!" Tanya baekhyun dengan mulut penuh. "Hhafhah?" Tanya sehun balik. "Hhmmkau...fuh henafahhh?!" Jerit baekhyun dengan makanan yang terkeluar dari mulut. "Hhaihg! Fuha ha helan hulu fhahaanan fuh!" Marah chanyeol sambil mengetuk kepala baekhyun. Baekhyun menjelingnya. Dia pun makan sambil cakap.

"Haih! Telan lah dulu baru cakap" marah suho. "Kau kenapa sehun?" Tanya suho balik. Bila tengok si maknae ni makan tak ingat dunia, mesti ada something happen.

Sehun tak menjawab malah menyumbat mulutnya dengan pelbagai makanan. Suho menggeleng. "18xx la tu"jawab kai selamba sambil menyuapkan kek ke mulutnya. Exo memandang kai. Sehun tercekik. Macam mana dia tahu?

"See? Dengan muka merah padam sampai ke telinga dia tu. Aku dah agak dah!" Jawab kai dengan double smirk. Yang lain memandang sehun. Sehun buat muka cuak. "Biarlah...hal pengantin baru" kata-kata lay membuatkan muka sehun bertambah merah. "Pppfffttt hahaha....!" Yeah! Kai's right.

[C] Antara 2 UmurWhere stories live. Discover now