Bab 30

3K 173 32
                                        

Ji hyo berjalan meniti gigi pantai di pagi hari. Dia lebih selesa tidak memakai kasut. Tiada sesiapa di pagi hari itu kecuali dirinya. Mungkin penghuni desa ini masih diulit mimpi. Maklumlah, ayam pun belum berkokok.

Ji hyo memalingkan tubuhnya ke arah pantai. Cahaya matahari masih segan untuk memunculkan diri. Angin pantai membuatkan ji hyo.menarik cardigannya. Sejuk.

Terlalu asyik dengan pemandangan pagi sehingga ji hyo tak sedar ada sepasang mata yang begitu hampir dengannya. Ji hyo dapat rasakan belakang badannya terasa panas. Kenapa rasa macam ada orang di belakang aku ni. Kakinya dikunci. Nak lari tak larat. Tenaga dikumpul sebanyak mungkin. Kalau jadi apa-apa tinggal jerit sahaja senjatanya.

Susuk tubuh dibelakangnya memeluk ji hyo dari belakang. Ji hyo bersedia untuk menjerit sekuat hati. Nafas ditarik dalam-dalam. Tapi kenapa bau ni...?

"Noona tak rindu sehun ke?" Suara itu...suara itu...aku kenal dengan suara itu. Tak salah lagi. Memang dia. Aku kenal bau dia. Aku tahu suara dia. Sehun!

Ji hyo tak menjawab. Kalau lah sehun tahu betapa rindunya aku pada dia. "Sehun rindu noona. Sehun tak boleh hidup tanpa noona. Jangan tinggalkan sehun lagi" lirih suara itu dibelakangnya. Ji hyo mengunci mulut. Hanya tangisan berjuraian. Begitu juga sehun. Ji hyo dapat rasakan sehun sedang menangis. Esakan mereka bersatu.

"Noona tak rindu sehun ke?" Sekali lagi soalan itu terpacul dari mulut sehun. Ji hyo menggeleng. Dia tak mahu berikan sehun harapan palsu. "Tapi sehun rindu noona" sehun tak menghiraukan jawapan ji hyo.

"Noona...jom balik. Jom besarkan anak kita sama-sama" esakan ji hyo makin kuat. Macam mana dia nak buat sehun tinggalkan dirinya? "Ni bukan anak kau" sekasar mungkin ji hyo menjawab.

"Tak. Ni anak sehun" sehun memalingkan ji hyo agar mereka saling menghadap. Ah! Wajah itu.betapa aku rindu mahu menatapnya. "Kenapa pasti sangat?" Tanya ji hyo sinis.

"Sebab noona cuma cintakan sehun" serentak dengan itu sehun menyatukan bibir mereka. Lama. Hangat. Hanya ciuman itu saja yang dapat menggambarkan perasaan mereka.

"Baliklah sehun" ji hyo menolak tubuh sehun. "Tak selagi noona tak ikut sehun" sehun menarik lengan ji hyo. "Aku tak boleh bahagiakan kau! Kau cari perempuan lain yang lebih baik daripada aku!" Kini ji hyo sudah terduduk.

"Apa noona cakao ni? Sehun dah cukup bahagia noona ada dengan sehun tau. Tak ada perempuan lain yang boleh bahagiakan sehun macam noona buat" sehun turut melutut di depan ji hyo.

"Aku takkan boleh bahagiakan kau lagi. Sebab tu aku lari. Aku nak pergi jauh dari kau" sayu ji hyo berkata. Sehun masih tak faham. "Noona ada kanser" perit liur ditelan. Sehun tak percaya. "Kanser apa?" Tanya sehun serius.

"Pangkal rahim" jawab ji hyo menunduk. Sehun memeluk tubuh longlai isterinya. Dalam hati dia bersyukur. Sebab kanser pangkal rahim masih boleh dirawat. Hanya dengan membuang rahim itu sahaja. "Kenapa noona perlu sedih?" Tanya sehun.

"Noona tak boleh bagi sehun zuriat lagi" "Shh...noona sepatutnya bersyukur tau. Kita sepatutnya bersyukur. Sebab tuhan masih bagi kita zuriat sebelum rahim noona dibuang. Betulkan?" Sehun memeluk bahu ji hyo.

Ji hyo berfikir balik. Ada betulnya kata sehun tu. "Dan kalau sekalipun kita tak ada zuriat, sehun tak akan cari yang lain. Noona saja cukup buat sehun" sehun mengucup ubun-ubun ji hyo. "Balik dengan sehun eh?" Sehun masih lagi dalam mood memujuk. Ji hyo menggeleng. "Bagi noona masa berfikir" sehun sedikit kecewa. Tapi dia kena hormatkan privasi ji hyo. Jadi dia beri masa untuk ji hyo berfikir dahulu.

#petang#

Sehun melihat kelibat ji hyo di bawah pokok. Isterinya ni memang suka laut agaknya. Tengokalah tu, termenung tengok laut je kerjanya. Sehun menggeleng dan mendekati ji hyo perlahan.

[C] Antara 2 UmurTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang