Aku bangun pagi dengan rasa pening-pening. Ah! Rasa macam tak nak bangun la pulak. Sehun pulak tak de ni. Pergi jepun katanya. Bosannya duduk rumah sorang-sorang ni. Asyik kena tinggal je.
Ji hyo gagahkan diri mandi dan bersiap-siap ke pasar. Lama dah tak beli barang dapur. Beli apa yang patut je lah. Sebab sehun pun selalu tak de kat rumah. Sibuk dengan tour dia. Kena tinggal lagi lah aku. Huaa!
Ji hyo memakai jeans dan tshirt hitam. Dikenakan dengan ray-ban dan kasut nike roshe run berwarna biru tua.
Pagi-pagi lagi pasar dah penuh dengan orang. Biasalah, ni pasar ikan bukan pasar raya. Ji hyo membeli beberapa ekor ikan, ketam, dan sotong. Masak seafood sedap gak ni.
"Mak cik, bagi saya yang ni" ji hyo menunjukkan kerang yang ada di kedai mak cik itu. Mak cik itu pun segera menimbang mengikut sukatan yang ji hyo nak. "Kamu ni tak sihat ke? Pucat semacam je mak cik tengok" tegur mak cik itu sewaktu ji hyo ingon membayar. Pucat sangat ke muka aku ni? "Pening-pening sikit je mak cik" ji hyo tersenyum. Dia kemudian berjalan ke kedai-kedai lain.
Dah banyak dah beli ni. Cukup lah ni. Boleh buat stok untuk seminggu. Ji hyo berjalan menempuh pengunjung-pengunjung di pasar ikan itu. Tiba-tiba kakinya terasa lemah dan hampir terjatuh. Nasib baiklah tangannya sempat berpaut pada sebatang tiang.
"Unnie! Unnie ok ke?" Seorang remaja perempuan menegurku. Dari arah dia datang aku tahu yang dia adalah anak pemilik kedai depan ni. Ji hyo mengangguk lemah kemudian senyuman diukir. "Betul ni? Muka unnie pucat sangat ni" budak itu cuba memapah aku untuk berdiri tegak. "Ok. Terima kasih dik" kata ku sebaik sahaja kaki ini boleh berdiri.
Langkah dicepatkan ke kereta. Memang pusing sangat dah ni. Sampai kat kereta, enjin dihidupkan dan penyaman udara dibuka. Pintu dikunci untuk langkah keselamatan. Time-time macam ni takut pulak nak drive. Tidur dulu sebelum drive. Biasanya lepas tidur pening ni dah ok.
Ji hyo tersedar selepas 15 minit terlelap. Rasa pening ni dah hilang sikit tapi masih rasa mencucuk-cucuk. Jadi sebelum pulang ke rumah, ji hyo singgah sebentar ke klinik. Tak mahu pening kepalanya makin melarat. Nak dapatkan ubat apa yang patut.
#klinik#
"Puan tak cukup rehat ni. Banyakkan berehat lah ye" pesan doktor itu. Ji hyo hanya mengangguk. Memang sejak dua menjak ni badannya macam tak cukup rehat. Ji hyo bangun untuk keluar dari bilik doktor itu.
"Lagi satu, jaga kandungan kamu elok-elok ye" ji hyo terduduk kembali. "Mengandung?" Tak tahu bagaimana hendak digambarkan perasaannya ketika itu. Di umur 35 tahun ni aku mengandung!
"Berapa umur kandungan saya ni doktor?" Tanya ji hyo. Dia memegang perutnya yang masih kempis. "Erm...kalau nak, kami boleh scan" barang kali doktor tersebut tidak berapa pasti umur kandungannya. Ji hyo tak tunggu lama. Terus dia bersetuju.
"Kandungan puan masih baru. Baru 3 minggu" doktor itu memandang skrin yang menampakkan kandungan rahim ji hyo. Ji hyo menoleh ke arah skrin. Air matanya tumpah walaupun dia tak tahu mana satu bayinya. Tak nampak apa pun dekat skrin tu.
"Ikutkan gambar ni, anak puan macam kembar. Tapi masih belum dapat dipastikan. Nanti kalau dah lama sikit usia kandungan puan, kami boleh periksa sekali lagi. Macam nilah, kami print dulu gambar ni ye" ji hyo mengangguk. Rasa macam tak percaya pulak. Anak dia kembar ke? Tapi tak kisahlah kembar atau tak sebab dengar perkataan mengandung dah cukup buatkan hidupnya bahagia.
Sampul surat yang mengandungi gambar bayinya dipegang. Gembira tak terkata. Ji hyo dah bersedia nak memandu pulang ke rumah. Patut ke dia telefon sehun atau tunggu je sampai dia balik? Tunggu sampai dia balik lah. Suprise sikit.
Telefon ji hyo berdering minta diangkat. "Ye ye baiklah" hanya itu jawapan daripada ji hyo. Ah! Nak apa pulak doktor ni. Nak jumpa aku bagailah. Esok pulak tu. Dah lah esok sehun balik. Nak buat suprise untuk dia. Kacau daun betullah! Nasib baik nak jumpa aku pagi. Sehun pulak balik pada malamnya. Gembiranya nak jumpa husband!!
*sorry sikit. Idea kekeringan. Sebab td jumpa crush! Heheh! Setahun sekali baru jumpa tau.《Maaf saya merepek》

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Antara 2 Umur
Fanfiction'Cinta tak mengenal usia' Hah! ye lah tu. Tapi mesti ada kisah di sebalik dua umur itu. Sehun-terlalu amatlah muda(hiraukan kesalahan tatabahasa di situ). Perlu kahwin untuk menyelamatkan maruah keluarga. Song Ji Hyo-tak ada lah tua sangat tapi kala...