Mereka dah lihat rumah yang diberikan oleh appa sehun. Sebulan lepas majlis. Lama tak? Lama kan? Tu pun 5 minit je ji hyo dan sehun meronda kawasan rumah tersebut. Lepas tu mereka kena bergerak ke show masing-masing.
Hidup serumah? 5 minit tu jelah. Lepas tu, kau buat hal kau. Aku buat hal aku. Jumpa batang hidung pun tak. Tapi hari ni, mereka akan nampak batang hidung masing-masing. Sebab hari ni nak sambung musik video yang dari hari tu tak siap-siap. Exo lah busy sangat.
Ji hyo membawa watak sebagai perempuan yang direbutkan dalam mv tersebut. Ramai yang boleh berlakon macam D.O, chanyeol, baekhyun, suho, lay, xiumin dan chen. Tapi kai dengan sehun tak pernah ada pengalaman berlakon yang banyak. Setakat exo next door tu jelah.
Part D.O, ji hyo dating dengan dia dekat kedai makan. D.O tunjuk skill memasaknya. Waktu dekat dapur tu lah banyak adegan sweet-sweet. Makan suap-suap la...(apa-apa yang korang bayangkan sweet di dapur)
Baekhyun pula, director suruh dia tunjukkan watak happy go lucky nya. Date dekat funfair. Waktu tu lah nak lari pegang-pegang tangan bagai.
Lay pulak, adegan sweet dekat taman. Piknik sama-sama, naik basikal sama-sama.
Xiumin, date dekat shopping mall. Kat situ nampak yang xiumin layan ji hyo beli macam-macam baju. Poket tebal bolehla...
Chen, yang ni sweet. Si peminjam bahu kala sedih. Pengelap air mata kala berjujuran. Pelawak hebat waktu otot senyum gagal berfungsi.
Suho, bawak ji hyo pergi melancong satu korea. Tapi tak adalah 'satu' korea sangat. Nampak macam pergi melancong banyak tempat je.
Kai, aku dah cakapkan yang dia ni tak pandai berlakon? Tapi mak ai! Muka dia ni memang seposen. Buat je apa yang director suruh. Dan hasilnya memang tup tup lah kebabomm!
Chanyeol dengan sehun masih belum shoot lagi part diorang.
"Chanyeol, waktu ji hyo lalu kat dinding tu, awak tahan dia pakai tangan" arah director tersebut. Adegan yang dilihat dalam exo next door. Halang perempuan tu jalan. Itulah yang dia suruh buat.
Sekarang ni ji hyo sedang di apit dengan tangan chanyeol di kiri dan kanan nya. Belakang pulak dinding. Mereka saling menghadap. Tunggu director bagi arahan dulu.
"Kiss!" Jerit director itu.
Chanyeol dan ji hyo tergamam. Kiss? "Kiss bibir dia!" Arahnya lagi. Ahli exo dah tergelak-gelak. Sempat ji hyo kerling wajah sehun. Ketawa?! Wah! Bini kau nak kena kiss kau boleh ketawa. Chanyeol memandang directornya.
"Tak kiss tak boleh ke?" Tanya chanyeol. "Kiss je lah!" Jawab director itu selamba. Chanyeol memandang ji hyo. Kemudian pandangan dikalih kepada sehun yang sedap ketawa.
"Apa kata kalau sehun yang buat part ni?" Chanyeol memberi idea. Ketawa sehun mati. Ji hyo kelu. Perlu ke sehun? Aku lagi rela kena cium dengan kau daripada dengan suaminya itu. Memang gila tapi sehun mana reti kiss orang.
"Kenapa pulak sehun?" Tanya director itu bingung. "Diorang kan suami isteri. Tak sedaplah kalau saya kiss ji hyo depan sehun. Baik sehun je yang kiss sendiri" chanyeol dah mengapi-apikan sehun.
"Ok. Tapi part chanyeol kena tukar dengan sehun la" ujar director tersebut. Part sehun adalah bersukan. Main basketball dengan ji hyo. "Boleh je" setuju chanyeol.
Kemudian mereka berehat sekejap. Mereka seperti berbincang sesuatu. Ji hyo pula sibuk di makeup kan.
"Ok kita sambung" laung director. Sehun dan ji hyo sedang berdiri di hadapan sebuah sofa panjang. "Tolak dia" arah directot tersebut. "Bukan kena ada dinding ke?" Tanya chanyeol yang duduk di sebelah director. Sememangnya dinding dengan mereka agak jauh. "Sehun punya version lain" balas nya selamba.
"Cepatlah tolak dia" arah director itu tak sabar. Sehun pula teragak-agak menolak ji hyo. Hasilnya, dia menolak ji hyo seperti orang tengah cari gaduh. Director yang dah bengang itu pergi ke arah sehun.
"Tolak macam ni" dia menolak sehun sehingga jatuh dan terbaring di kerusi. Sesiapa saja yang ditolak seperti itu mestilah memandang si penolaknya yang ikut sekali terjatuh dengannya. Tangan director itu berada di kepala sofa dan sebelah lagi di tempat letak tangan. Menghalang orang di bawahnya dari bergerak. Kemudian muka director itu dirapatkan dan hampir sahaja mencecah bibir sehun. Pantas sehun menolak director tak bertauliah sampai terguling-guling orang tua tu ke lantai. Ji hyo dan exo yang melihat aksi yang meloyakan itu hanya mampu bantai gelak.
"Action!" Maka bermulalah part sehun dan ji hyo. Sehun menolak ji hyo sehingga ji hyo terbaring ke kerusi. "Cut!" Jeritan itu mematikan lakonan mereka. "Jatuh sekali la" arah director. Ahli exo dah tak mampu buat apa-apa kecuali gelak.
Action!
Sehun menolak ji hyo. Dia dan ji hyo jatuh bersama. Posisi tangan yang betul. Tinggal kiss je. Waktu ni, bukannya sehun dan ji hyo je yang nervous, exo sekali dah excited.
"Cut! Yang kau tutup mata tu apesal?" Marah director lagi. Ada ke patut orang yang nak cium tutup mata. Terbalik tu namanya.
Action!
Tolak. Jatuh. Bukak mata.
"Berjanggut aku tunggu kau nak kiss dia" potong director. Sehun bangun dan menggaru belakang kepala. "Tuan director, nanti saya nak buat apa?" Tanya ji hyo. Dia terlupa pulak nak tanya apa role dia nanti. "Kau kaut tengkuk dia. Sehun, pastikan...deep kiss" lepas bagi arahan pada ji hyo, sehun pulak kena ceramah. Deep kiss? Ayat tu dah cukup buat exo gelak guling-guling. "Alah...korang ni macam tak biasa pulakkan" perli director. Makin galak lah exo ketawa.
Sebelum memulakan sekali lagi, sehun sempat berkata pada ji hyo. "Noona, sehun tak pandai la" rungut sehun perlahan. Ji hyo tersenyum. Dia memegang bahu sehun. "Tak pe. Kiss je noona on lips. Tak payah deep kiss" tahulah noona nak buat apa. Sambung ji hyo dalam hati.
Action!
Tolak. Jatuh. Bukak mata. Chupp! Dengan sepenuh keberanian sehun mencium ji hyo. Dan seperti yang dikatakan pengarah, ji hyo kaut tengkuk dia. Sehun sedikit terkejut. Dan seperti yang dikatakan ji hyo dalam hati, dia yang memegang role buat deep kiss tu.
"Cut!" Bunyi ketukan papan menghentikan kiss mereka yang sangat-sangatlah deep itu. "Good job ji hyo" director itu menepuk tangan. Nasib baik lah ji hyo pandai mainkan peranan tanpa disuruh. Kalau tak, sampai subuh esok tak tentu habis part dia ni.
Ji hyo dan sehun telah pun berdiri. Ji hyo tersenyum bangga. Sehun memasukkan tangan ke dalam kocek belakang sambil mengetap bibir. Exo seakan tak percaya. Semua terpaku lihat part sehun dan ji hyo. Caya lah kau maknae!! Dalam hati mereka tabik spring sama sehun.
#situasi kereta exo#
"Rasa apa?" Tanya baekhyun. Dari tadi senyap tiba-tiba keluar suara. Ramai yang tercengang-cengang. Tapi sehun je yang tercengang paling banyak. Sebab yang lain tengah dalam mood kiss sehun dengan ji hyo. Jadi mereka faham apa maksud baekhyun.
"Apanya?" Tanya sehun sebab yang lain hanya diam. "Kau kiss noona. Rasa apa?" Tanya baekhyun sekali lagi. Sehun mencebik. Aku pikir rasa apalah tadi.
"Rasa sayang-sayang hey" balas sehun selamba. Baekhyun yang kegeraman menoleh kebelakang memandang sehun. Sehun membalas pandangannya. "Cakaplah betul-betul" baekhyun mula menyampah. "Tak de rasa apa-apa. Rasa macam kau sentuh bibir orang je" balas sehun. Padahal jantung dia dah macam nak tercabut bila noona tarik dia buat deep kiss.
"Tipu" baekhyun memuncungkan bibir. "Apesal tanya aku? Tanya lah kai. Dia pun pernah kiss yura. Tanya lah dia" sehun merajuk. "Aku ni dah berpengalaman. Kau tu tak de pengalaman. Bagitahu jelah apa yang kau rasa" balas kai.
"Rasa...rasa...strawberi" selepas itu sehun terus pura-pura tidur. Dia pekakkan je telinga dengar soalan hyung-hyungnya itu. "Bagitahu jelah yang kau suka" jawab kai sinis.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Antara 2 Umur
Fiksi Penggemar'Cinta tak mengenal usia' Hah! ye lah tu. Tapi mesti ada kisah di sebalik dua umur itu. Sehun-terlalu amatlah muda(hiraukan kesalahan tatabahasa di situ). Perlu kahwin untuk menyelamatkan maruah keluarga. Song Ji Hyo-tak ada lah tua sangat tapi kala...