Bab 18

1.9K 134 6
                                    

Sehun menekan loceng berkali-kali. Mana pulak noona ni? Kang ada pintu yang kena pecah ni. Dah lah mood tak baik. Memang silap sikit je angin satu badan ni.

"Ye...ye sabar!" Laung ji hyo dari dalam. Tapi tetamu di luar tak mengendahkan. Loceng ditekan berkali-kali. Hesy! Siapa yang malaun sangat tekan loceng macam nak jahanam tu? Kutuk ji hyo dalam hati.

"Sehun?" Ji hyo terkejut. Apa suaminya buat di sini? Dengan bagasi bagai. Nak pindah sini ke? Sehun mengangkat muka. Muka bengang ditunjukkan. Laju kakinya mengorak langkah ke dalam. Ji hyo yang berada di depan pintu habis dilanggarnya. Bagasi pulak ditinggalkan di depan pintu. Macam lah ji hyo tu orang gaji nak angkut beg kau.

Sehun masuk ke dalam bilik tetamu. Setahunya, ji hyo tidur dalam master bedroom. Tak kuasa dia nak tidur sebilik dengan noona. "Sehun...?" Pintu bilik sehun dikuak. Ji hyo sedang termengah-mengah. Kan dia yang angkat beg sehun naik ke tingkat 2. Boleh tahan berat jugak. Macam angkat beras 5 kampit wo!

Sehun tak mengendahkan. Dia memejamkan mata. Suara tu! Suara tu lah yang paling dia benci. Sebab suara tulah hyung-hyungnya tak berpihak kepadanya. Apa yang bagus sangat dekat perempuan tu? Sampai semua orang nak kesian dekat dia. Huh! Tak paham betullah.

Ji hyo yang perasan tiada tindak balas dari sehun hanya meletakkan bagasi sehun di tepi almari. Muka pulak macam orang nak beranak. Resah semacam je.

"Suho" ji hyo memulakan bicara selepas dia keluar dari bilik sehun. Dia terus mendail nombor suho untuk mengetahui apa yang terjadi. "Noona, ada apa?" Ramah suara suho menjawab.

"Noona nak tanya. Sehun nak tinggal dengan noona ke? Siap angkut beg bagai" tanya ji hyo. "A'ah. Suho yang suruh. Kenapa? Dia masih protes lagi ke?" Jawab suho selamba.

"Adalah sikit. Tak tegur orang langsung" ji hyo mengadu. "Ala...noona tak payah ambik hati. Kalau dia tak nak tegur noona, noona tak payah tegur dia. Main psikologi sikit" nasihat suho. Eh dik, cakap senanglah. Dia tu suami aku. Nak tak nak, aku kena ikutkan je dia. "Erm...oklah" talian dimatikan.

"Sehun...bangun makan" sayup-sayup suara ji hyo mengetuk pintu kedengaran. Sehun menenyeh mata yang masih ngantuk. Mana tak mengantuk, sampai je terus tidur. Membuta tak ingat dunia. Dah pukul berapa sekarang? 10 malam. Hah! Cantiklah tu. Tidur pukul 3 sampai 10 malam. Mesti muka ni dah sembap.

"Sehun..." suara lembut wanita itu masih kedengaran. Apalah mak cik tua ni nak? Sehun membuka pintu. Baru je nak cakap "apa?" Sekali ji hyo dah jatuh atas badannya. Nasib baik sehun cepat menahan badan wanita itu dari menindihnya.

"Eh! Sorry sorry" ji hyo menunduk berkali-kali. Punyalah lama aku ketuk pintu dia, baru sekarang nak bukak. Ceh! Apesal tak bukak esok pagi je? Salah timing pulak tu bukak pintu. Time aku nak menyandar kat pintu dia tu lah nak bukak pintu. Nasib tak menyembah ke bumi hidung mancung aku tau.

"Nak apa?" Muka sehun tidak beriak. Ji hyo mencebik. Menyampah. Ingat aku ketuk pintu dia ni sebab nak ngadap muka dia yabg tak pernah ikhlas hidup tu ke? Aku lebih rela tengok muka babun kat hutan tu tau walaupun kenyataannya muka kau lebih kacak dari babun tu.

"Makan. Awak belum makan apa-apa dari petang tadi" nak tak nak kena la jawab baik-baik. Sehun meneguk air liurnya. Tak sanggup pulak nak kata tak sebab perut memang tengah buat persembahan dondang sayang ni. Rendahkan ego sekejap tak pe kan? Makan je kot sehun sayang ku...ego tang mana nya.

"Kau masak ke ni?" Sehun tengok satu persatu lauk di atas meja. "A'ah. Tapi dah sejuk. Nak panaskan?" Tanya ji hyo sambil tangannya menyusun pinggan. "Tak payahlah. Aku bukannya nak makan banyak sangat. Dah malam sangat dah ni" sehun merasa sesuap. Sedap. Ni kalau panaskan lagi sedap. Apesal lah aku menolak tadi. Heheh kan dah kempunan. Tapi apa aku kesah. Makan je lah!

Eleh!kata tak nak makan banyak konon. Tambah 2 kali tu. Ha, tu nak masuk 3 dah tu. "Tak makan sekali ke?" Tiba-tiba sehun bertanya. Ji hyo tengok lauk dalam pinggan. Dah habis baru kau nak ajak. "Takpelah. Noona dah makan" tipunya. Aku belum makan lagi tau. Punyalah aku kejut kau tapi tak bangun-bangun. Dah ajak makan, habis semua kau cekik. Lapar nihh!

"Kenyangnya!" Sehun menepuk perutnya. Tak buncit pun perut tu. Ji hyo melihat sahaja aksi sehun. Kemudian sehun mengangkat kaki ke ruang tamu. Tv dibuka dan dia baring di sofa. Ji hyo dengan lemahnya mencuci pinggan mangkuk yang ditinggalkan sehun. Laparnya perut!! Kriok kriokkk dah bunyinya.

Ji hyo sempat menjeling ke arah sehun sebelum naik ke bilik. Dia ni...membazir letrik betul lah. Bukan tengok tv, tv yang tengok dia. Ji hyo naik ke bilik dan mengambil selimut. Dia turun kembali dan menyelimutkan sehun.

"Comelnya dia tidur" bisik ji hyo. Macam baby. "Ergh!!" Tiba-tiba perut ji hyo meradang. Ji hyo menekan perutnya. Sakit bebenor ni. Dahlah bendera jepun, tak dapat makan lagi. Nasib baiklah dia tak ada gastrik.

Ji hyo cuba bangun untuk naik ke bilik tapi perutnya mencucuk-cucuk. Ah! Tak payah bangunlah. Tido sini je. Lantai menjadi pilihannya. Time-time senggugut ni memang pinggangnya sakit sangat. Nasib baiklah lantai ni beralas karpet. Harap-haraplah esok senggugut ni hilang.

[C] Antara 2 UmurWhere stories live. Discover now