Bab 20

2.1K 130 4
                                    

"Weh! Kau pesal balik sini? Siap bawak baju bagai. Gaduh ngan noona ke?" Macam tu ke cara nak greet aku? Apa-apa je lah baekhyun. "Aku tak gaduh pun. Noona tak de kat rumah. This whole week. So, daripada aku mereput sorang-sorang kat sana baik aku duduk sini"

Diam tak diam dah dekat 2 bulan sehun duduk dengan ji hyo. Dan pejam celik pejam celik dah dekat 4 bulan usia perkahwinan mereka. Lama tak lama jugak lah tapi tiada perkembangan pun dalam hubungan diorang. Setakat berbual, tengok tv and makan sama-sama tu je. Nothing happen.

"Ooh. Aku pikir kau gaduh ke apa" baekhyun terangguk-angguk. Sehun masuk ke biliknya dan bertemu dengan leadernya. "Noona pergi US ke?" Tanya suho. Sehun sedikit pelik. Macam mana hyung tahu noona pergi US. "Noona call aku. Suruh tengok-tengokkan kau" suho seakan-akan boleh membaca air muka sehun.

#skip#

Kebanyakan petang mereka habiskan masa dengan practise di bilik tarian. Tergeliat segala urat badan ni. Yang leader ni pun satu. Tak de rehat seminit dua ke? Ingat kitorang ni dancing machine ke? Chanyeol yang 70 kg tu pun boleh tinggal rangka menari lama macam ni. Eceh! Hiperbola sungguh ayat.

"Guys, take 5!" Laung suho. Ha! Panjang kaki. Biar tinggi sikit. Panjang umur pun ya jugak. Boleh kitorang sapu duit dia.

Sehun mengelap peluh di dahi. Telefon iphone6 nya dibelek-belek. Kalau ikutkan esok noona balik. Tak sangka kejap je dah seminggu. Noona langsung tak call. Tapi asal aku tunggu dia call? Buang tebiat ke aku ni?

Ikon google ditekan. Cariannya ialah koreaboo. Tengok kontroversi artis kpop sikit. Apa nih? Matanya dikecilkan melihat tulisan yabg terpapar di skrin telefon. 'Netizens rave over song ji hyo acting'

Kenapa dengan lakonan ji hyo? Cepat-cepat sehun menekan tajuk itu. Terkejut beruk dia membaca artikel tersebut. Kalau artikel je tak pelah jugak ni siap gambar + video lagi. Serius ke ni noona? Macam tak percaya je.

Di scroll kan lagi page itu ke bawah. Baca komen pulak.

'Bukan ke dia dah ada suami? Kenapa tak jaga suami dia leklok?'

'My oh sehun!! Tak sangka ji hyo menduakan sehun'

Sehun menutup telefonnya. Dadanya berdebar kencang. Bukan sebab jatuh cinta. Marah. Marah dengan song ji hyo. Perlu ke? Perlu ke berlakon aksi ranjang tu?! Perlu ke?!!

Dia langsung tak sedar ke yang dia tu bini orang. Tak tahu nak jaga air muka suami betul. Kenapa dia tak tolak tawaran tu? Tak boleh ke dia pilih watak yang sesuai dengan status dia sekarang ni?

Aku tahu lah dia tu profesional. Tapi aksi untuk filem tu melampau. Yes, she's not naked but it still urgh!! She's showing part of her body which I don't even touch it!!

"Sehun!" Jerit suho. Sehun tersedar dari kemarahannya. Wajah leader ditenung. Yang si pendek apesal jerit-jerit? Ingat orang pekak ke? Sehun bangun dan mengambil posisi nya. Kali ni dia menari dengan begitu bertenaga. Tapi disebabkan tak fokus, banyak step yang salah.

"Kau ok tak ni?" Tanya suho setelah practisw tamat. "Aku ok lah" jawabnya acuh tak acuh. Yang dia tahu hanyalah satu. Tidur. Itu je cara nak lupakan semua ni.

#keesokan harinya#

Setiap ruangan rumah itu dijengah. Sehun tak balik lagi ke? Dia tahukan yang aky balik hari ni? Tak pelah. Mungkin ada jadual la tu.

Exo

"Kau tak balik? Noona balik hari ni kan?" Tanya kai yang datang sambil membawa mi segera. "Aku penatlah nak drive. Esok lah aku balik" jawab sehun. Kalau boleh dia langsung tak mahu pulang. Dia jijik melihat isterinya. Berlakon tak patut-patut.

#esoknya#

"Kau tak nak balik ke?" Tanya suho sewaktu dalam kereta. Mereka baru lepas buat show. Sekarang ni pulak hujan renyai-renyai. "Penatlah nak balik hari ni. Hujan pulak tu. Takut ngantuk" jawab sehun letih. Sengaja dibuat letih. Biar hyungsss nya tak perasan yang dia tak mahu pulang ke rumah.

#esoknya#

"Baliklah. Mesti noona tunggu kau" nasihat suho. Mamat putih melepak ni ditenungnya. Kali ni memang tak boleh nak bagi alasan. Sebab hari ni tak ada schedule dan tak hujan dan tak penat. "Hmm...malam sikitlah. Tak de ramai orang kejar" balas sehun. Sebab dia balik naik teksi. Mamat depan ni bukannya nak bagi aku pinjam kereta dia pun.

Tepat jam 11 malam sehun bergerak keluar dari dorm. Kakinya melangkah ke bus stop. Menahan teksi yang lalu di situ dan pulang ke rumahnya.

Rindukah ji hyo padanya? Kalau rindu kenapa tak call? Nak tinggu aku call dia ke? Memang tak lah aku nak call. Lepas aksi yang kau dah buat tu. No way la 'my dear wife'. Sehun tersenyum sinis. Tak mahu lah gelak macam orang gila. Karang pak cik teksi kata aku ni kurang siuman pulak.

"Home sweet home" katanya. Hanya dia saja yang mendengar. Sweet ke? Rumah tu dah gelap. Hanya lampu luar saja yang dibuka. Noona dah tidur lah tu.

Sehun membuka pintu dengan kuncinya. Sah! Memang noona dah tidur. Ah! Lantak lah. Lagi bagus kalau dia dah tidur. Tak payah aku nak ngadap muka dia.

[C] Antara 2 UmurWhere stories live. Discover now