Sehun menghempas perlahan pintu biliknya. Hanya lampu tidur sahaja yang dibiar terbuka. Dia membasuh muka dan menggosok gigi sebelum menukar baju tidurnya.
Tok! Tok! Tok!
Pintu biliknya diketuk. Siapa lagi kalau bukan isterinya daripada bilik sebelah. Sehun tidak menjawab. Pintu itu berkuak perlahan. Ji hyo dengan baju tidurnya yang agak jarang masuk menutup pintu biliknya.
"Sehun baru balik ke?" Tanya ji hyo sambil duduk di birai katil. Sehun yang masih berdiri menghadap tingkap hanya memandang ji hyo dengan pandangan kosong. "Tak lah. Aku baru nak keluar ni" balasnya selamba.
Ji hyo sedikit terkilan. Sehun menukar cara panggilan. Dia marah aku ke? Selama ni hubungan dia dan sehun agak baik. Bolehlah kalau nak di ajak bergurau. Tapi malam ni, kenapa?
"Sehun dah makan?" Tanya ji hyo lembut. Sehun senyum senget. "Apesal? Nak bagi aku makanan? Nak bagi lauk apa? Lauk yang macam kau bagi dekat Dong wook tu ke? Erm...sedap jugak. Fresh! Tak ada siapa usik" keluar jugak sindiran pedas dari mulut sehun. Dia juga tak percaya dirinya yang mengeluatkan ayat seperti itu.
Ji hyo terkedu. Sehun dah tahu ke? Bodoh! Tanya soalan bodoh! Memanglah suaminya dah tahu. Sebab tu lah marah macam ni. Yang aku ni pun satu. Kenapa tak bincang watak yang aku pegang dengan dia dulu. Salah aku jugak.
Sehun hanya melihat ji hyo yang terkulat-kulat di hujung katil. Entah kenapa hati yang marah tiba-tiba jadi lembut bila melihat wajah isterinya. Dia melihat ji hyo atas bawah. Rambutnya dilepaskan. Agak wangi walaupun jauh dari aku. Baju dia...tak de baju yang tertutup sikit ke yang dia boleh pakai? Perlu ke baju hitan yang agak jarang tu jugak yang dia pakai?
"Sehun...noona minta maaf" ji hyo mendekati sehun dan memegang lengannya. Perlu ke kau datang dekat? Bau haruman mandiannya menusuk ke dalam hidung. Argh! Aku ni kenapa? Time-time macam ni nak terpesona dengan noona.
Sehun kembali sedar. Dia tak boleh terpengaruh. Dia menolak kasar tubuh ji hyo ke almari pakaian. Ji hyo tersentak dengan perlakuan sehun. "Kau memang tak tahu malu eh? Kau tahu kan yang kau tu bini aku? Senang-senang je nak berlakon aksi macam tu? Tak fikir maruah aku ke?" Keras bisikan sehun di telinga ji hyo.
Tapi mendekatkan diri pada ji hyo adalah satu kesilapan yang paling besar buat dirinya. Dia bagai dirasuk. Hidungnya menjalar ke setiap wajah ji hyo. Wangian ji hyo membuatkan dia terpana. Perlahan-lahan bibirnya mendekati pipi ji hyo. Satu ciuman diberikan.
Ji hyo cuba menolak sehun. Tapi apa dayanya sebagai perempuan. Pipinya telah jadi mangsa sehun. Dia tak mahu diperlakukan sebegini. Sehun dalam keadaan marah. Dia mungkin tak sedar apa yang dibuatnya sekarang.
Rontaan ji hyo tidak berhasil. Malah sehun memegang kedua-dua belah lengan ji hyo dan menolaknya ke almari. Ji hyo tersepit di antara sehun dan almari tersebut.
Bibir sehun mula menerokai bibir ji hyo. Dia lemas. Lemas dalam keasyikan asmara. Begitu juga ji hyo. Tapi ji hyo sedar itu bukanlah apa yang diingininya. Dia menangis tanpa mengeluarkan bunyi kerana bibirnya sekarang dikunci.
Esakan kecil dari ji hyo mematikan perbuatan sehun. Sehun merenungnya dalam terang lampu tidur. Nafasnya cuba dikawal. "Noona...noona tak kisah apa yang sehun akan buat pada noona malam ni" dalam esakan ji hyo bersuara. Mana mungkin dia menolak kalau itu adalah keinginan suaminya. Mungkin selama ini dia tak perasan akan keinginan sehun yang satu itu. Mungkin selama ini dia tak peka.
Sehun terkedu mendengar luahan ji hyo. Apa yang aku dah buat ni. Sehun meraup mukanya kasar. Tubuh mereka dijarakkan. Dilihat ji hyo yang sedang teresak-esak. Tangannya menarik lengan ji hyo dan menolaknya keluar dari biliknya. Pintu dihempas.
Kanapa dengan aku ni? Apa yang aku dah buat? Aku tak akan sentuh dia. Aku jijik. Tapi kenapa dia nangis? Bukan dia dah biasa kena berlakon macam tu? Ah! Perempuan. Luar kata tak mahu tapi hati meronta-ronta kata mahu.
#keesokan pagi#
"Siap cepat. Ikut aku balik rumah omma" ji hyo yang sedang berkebun terpinga-pinga. Wajah sehun yang tak beriak dipandangnya. Apesal tiba-tiba nak balik rumah omma ni? Banyak soal pulak kau ni. Cepatlah siap. Karang mengamuk budak tu kang.
Ji hyo bersiap pantas. 5 minit je tau. Makeup pun tak pakai. Kunci rumah dan masuk ke kereta. Sehun dah tunggu lama dalam kereta ni sebenarnya. Suasana senyap sepanjang perjalanan. Tiada perbualan dan tiada celoteh radio. Hanya bunyi enjin kereta yang membelah jalan raya. Rasanya cengkerik yang menumpang dalam kereta ni dah habis buat konsert exoluxion dah.
"Omma." Sapa ji hyo mesra. Manakala sehun menegur mr. Oh. Seohun pula dah pindah ke new york lepas perkahwinan tak jadinya itu. Mereka masuk berbual di ruang tamu.
"Sehun, ajak lah ji hyo petik buah mangga belakang rumah tu" suruh mrs. Oh. "Nak buat apa?" Dengan muka tak beriak dia bertanya. "Makanlah. Manalah tahu bini kamu ni mengidam ke. Tak delah kecur anak kamu tu" ji hyo hanya mampu tersengih. Sehun dengan muka poyonya.
"Perut kamu ni dah ada isi belum?" Tanya mrs. Oh sambil mengusap perut ji hyo. Ceh gaya macam aku ni dah ngandung 8 bulan je gamaknya. Ji hyo.menggeleng. "belum ada rezeki omma" jawab ji hyo. Mrs. Oh tersenyum dan pergi ke dapur. Kini tinggal ji hyo dan sehun sahaja berada di ruang tamu. Mereka masih awkward mengenai malam tadi sebenarnya. Sehun mendekati ji hyo. Lengannya ditarik agar ji hyo lebih dekat dengannya. "Macam mana nak ada isi, aku nak bagi kau tak nak" bisik sehun. Ji hyo memandang sehun. Mamat ni betul ke tak? Ada kang yang terbang ke bulan cakap pasal benda ni tengah hari buta ni.
"Apa tunggu lagi? Cepatlah" mrs. Oh datang ke arah merela dengan membawa beg plastik. Sehun dan ji hyo menjarakkan diri masing-masing. "Jom, omma. Ji hyo memang suka makan mangga ni" ji hyo meninggalkan sehun sorang-sorang di ruang tamu. Bukan mangga je yang kau suka makan, semua benda kalau boleh kau nak makam kan? Sengih sehun.
YOU ARE READING
[C] Antara 2 Umur
Фанфик'Cinta tak mengenal usia' Hah! ye lah tu. Tapi mesti ada kisah di sebalik dua umur itu. Sehun-terlalu amatlah muda(hiraukan kesalahan tatabahasa di situ). Perlu kahwin untuk menyelamatkan maruah keluarga. Song Ji Hyo-tak ada lah tua sangat tapi kala...