Bab 19

1.9K 134 3
                                    

Sehun terbangun apabila cahaya mentari masuk melalui celah-celah langsir. Wargh! Dah pagi ke? Adoyai, senaknya perut. Ni mesti makan lewat malam ni.

Sehun mula menegakkan badannya. Eh? Benda apa ni? Dia seperti terpijak sesuatu yang aneh. Sesuatu yang tak boleh ditafsirkan deria rasanya. Dipandang ke bawah. Noona? Apa yang noona buat kat sini? Kemudian dia nampak selimut yang tadinya menyelimutkan dirinya. Noona yang selimutkan aku ke?

Ye lah oh sehun. Takkan selimut tu berjalan sendiri selimutkan kau. Taat bebenor selimut tu. Sehun menunduk melihat ji hyo yang sedang berbaring. Haih! Nak buat apa ni? Nak angkat letak atas sofa ke nak kejutkan dia terus?

Baru je sehun nak sentuh bahu ji hyo, dia dah tersedar. Ji hyo meneyeh matanya. "Sehun...dah pagi ke?" Tanya ji hyo lemah. "Apesal? Noona nak tidur lagi ke? Nak tidur masuk bilik sana" perli sehun. Sebab ji hyo kan suka tidur.

Ji hyo sedar sehun memerlinya. Jadi dia cepat-cepat bangun dari lantai tapi tiba-tiba kepalanya berpinar. Dia terduduk kembali. "Noona ni kenapa?" Risau jugak dibuatnya. Tiba-tiba je jatuh atas sofa. Ji hyo menggeleng tapi muka masih menahan sakit. Dia cuba bangun sekali lagi. "Ergh!!" Sekali lagi dia terjatuh.

"Noona!" Sehun duduk di sebelah ji hyo. "Tak de pape. Senggugut je ni" tapi senggugut kali ni lain macam. Sakit sangat. "Noona nak apa-apa tak?" Tanya sehun gelabah. Yelah, ni kali pertama dia menghadap orang senggugut ni. Mana lah dia tahu nak buat apa.

"Ermm... ambil kan ubat dekat bilik noona" jawab ji hyo dengan susah payah. "Ah...urm...ok" sehun bergegas naik ke bilik. Mana satu ni? Yang ni ke yang ni? Sebab tak tahu yang mana satu, sehun angkut je semua beg plastik bawak turun bawah.

"Noona, yang mana satu?" Tanya sehun. Ji hyo mengambil salah satu beg. Sedang dia membuka pil, sehun pula menuangkan air kosong untuknya. "Noona rehat dulu eh" sehun menyuruh ji hyo baring di sofa dan menyelimutkannya.

#skip#

"Noona, bangun" sehun menggoyangkan tubuh ji hyo. Lama jugak noona tidur. Sekarang ni pukul 10 pagi. Dan lama jugak aku berperang dekat dapur masakkan bubur ni.

Ji hyo membuka mata. Wajah suaminya dipandang. Nak apa kacau aku ni? Sakit ni dahlah tak baik-baik lagi. "Makan sikit" suruhnya. Ji hyo duduk tegak dengan bantuan sehun. "Sehun yang masak ni?" Ji hyo melihat bubur dalam mangkuk tersebut. Sehun mengangguk. "Makanlah. Tapi sehun tak jamin apa rasanya"

Penat tau sambil masak sambil call seohun. Kena tengking berapa kali. Sebab tanya itulah inilah. Tapi nasib baik berjaya. "Sedap" walaupun tak delah macam restoran 5 bintang. Ada rasa lah jugak.

"Kejap eh" sedang sehun menilik wajah ji hyo yang sedang makan tiba-tiba telefonnya berbunyi. Call dari suho. "Kau tak datang practise ke? Merajuk lagi dengan aku? Aku kata pindah je. Tak bermakna kau keluar group ni" bebel suho bertubi-tubi. Apalah masalah jantan bajet hensem ni. Bukannya nak dengar penjelasan orang dulu.

"Hyung, rileks lah. Kau ni membebel macam peluru berpandu lah. Aku tak dapat datang. Jaga noona..."

"Kenapa dengan noona? Kau buat apa kat dia?" Haa...kan dah cakap. Dahlah bajet hensem. Bajet pandai pulak tu.

"Kau ni cuba jangan potong orang cakap. Noona sakit perut"

"Ada show ke?" Tanya ji hyo sebaik sahaja talian dimatikan. "Tak delah. Practise je" sehun duduk di sebelah noona. Bubur dah pun dihabiskan. Sedap sangat gamaknya. "Kalau nak pergi pergi lah. Noona tak kisah" kata ji hyo sambil cuba berdiri. Nak pergi ke dapur basuh pinggan ni.

"Noona, tak payah lah. Biar je sehun yang buat"sehun mengambil pinggan dari tangan ji hyo dan membasuhnya di dapur. Sekembalinya ke ruang tamu, ji hyo sudah pun terlena. Sehun menilik wajah ji hyo. Walaupun ji hyo dah terlena, tapi mukanya masih berkerut. Sakit sangat ke senggugut tu? Manalah dia tahu. Kalau dia perempuan tahulah dia macam mana senggugut tu.

Sehun mencempung ji hyo naik ke bilik. Semenyampah-menyampah dia pada ji hyo, tak adalah sampai jahat sangat nak.biarkan orang sakit tidur kat sofa. Sakit badan tidur dekat sofa tu.

"Sehun, teman noona" ji hyo menarik lengan sehun semasa sehun menyelimutkannya. Mulanya sehun mahu menolak. Tapi disebabkan ji hyo nampak lesu sangat, dia terpaksa menunggu bersama ji hyo dalam bilik itu.

short updt. Sorry!*

[C] Antara 2 UmurWhere stories live. Discover now