*mature content here! Under 13 shuh jauh jauh
Ji hyo ingin melelapkan mata. Dipusing kiri dipusing kanan. Penat. Tapi tak boleh tidur. Aduh! Lecehlah cenggini.
Ni semua sebab perangai suaminya. Entah kenapa sejak seminggu dua ni macam tak nak layankan sangat dirinya. Kalau aku kat tingkat atas, dia turun bawah. Kalau aku kat dapur, dia masuk bilik. Kalau aku kat ruang tamu, dia pergi dapur. Dah kenapa? Nak kata sebab malam yang dulu tu, rasanya tak ada pape yang perlu dimalukan lagi. Benda dah lepas. Takkan sebab kejadian tali bra nya putus waktu dekat rumah omma tempoh hari? Heol! Kantoi ngan readers. Kalau sebab tu, rasanya aku yang patut lari sebab malu. Gila tak malu woi. Rasa macam nak bungkus muka masuk beg plastik hitam tau.
Takkan sebab aku terlepas cakap hari tu? Bukan terlepas tapi memang sengaja cakap. Nak bagi husband tu sedar sikit. Apa yang kau cakap sampai dia mogok kat kau ni? Cer citer cer citer.
Cerita dia cenggini:
Suatu malam yang indah lagikan dingin, (ayat tu macam nak kena penampo je) ji hyo sedang baring di sofa menonton tv. Tak delah best mana pun cerita ni. Tapi layankan je lah memandangkan tengah bosan tahap petala langit ketujuh ni.
Tiba-tiba dirasakan hujung sofa pada bahagian kakinya terbenam. Seperti ada orang duduk. Ji hyo pun bangun untuk melihat siapakah gerangan itu. Siapa lagi kan kalau prince charming, oh sehun. Disebabkan rasa tak selesa baring depan dia, ji hyo pun menarik kakinya dan bersila. Dihadapnya muka sehun yang sedang menenungnya. Ya, sehun sedang menenungnya. Entah kenapa dirasakan tenungan sehun bukan setakat pada wajahnya tapi menjalar ke seluruh tubuhnya. Disebabkan tak sedap hati, ji hyo menarik kolarnya sedikit menutup bahagian dada yang tak terdedah pun sebenarnya.
Sehun mereneung ji hyo dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Entah kenapa dia rasa semacam malam ni. Rasa apa? Rasa macam nak makan orang (?) Pervert? Tapi tu lah kenyataannya. Dan dia pulak mana boleh sesuka hati nak makan orang. Sorang je lah yang dia boleh makan. Wanita yang sah miliknya di depan ni. Dan hati nya meronta-ronta mahu memiliki ji hyo. Dia tak betah melihat ji hyo disentuh orang lain tapi dirinya sebagai suami masih belum mendapatkan haknya yang satu itu.
Sehun merapatkan kedudukan mereka. Ji hyo pula tak berganjak. Cuma wajahnya sedikit cuak. Wajah sehun pula macam...macam...(boleh sebut ke ni? Tapi aku dah rated mature tau) gersang! Yes. Itu dia. Memang muka nampak macam gersang. Perlahan-lahan wajah sehun didekatkan dengan ji hyo. Hembusan nafas suaminya itu berada di sekelilingnya.
Meremang bulu roma jap. Ji hyo menaikkan selimut ke paras leher. Tak sanggup nak rewind memori minggu lepas.
Bibirnya diterokai sehun. Lembut. Kedua tangan sehun kejap memegang pinggangnya. Ji hyo tak betah. Dia membalas ciuman sehun. Tangannya dilingkarkan ke tengkuk jinjang sehun. Perlahan tangannya meramas rambut suaminya itu. Entah kenapa mereka berdua lemas dalam keasyikan itu. Hanya hembusan nafas kedengaran. Ini adalah kali ketiga bibir mereka bercantum. Tapi kali ni perasaannya lain. Sehun dah mampu terima aku ke?
Sehun meleraikan ciuman panjang mereka. Ji hyo berasa sedih. Ya, dia nak lagi. Dia terbuai dengan ciuman tersebut. Kali ni hembusan nafas sehun beralih ke leher. Tangan yang berada dipinggang di alih ke tengkuk. Dengan lembutnya dia (i'm lost of word!!) Menyentuh(?) Mengkiss(?) Leher ji hyo. Kaki ji hyo bercantum dengan kelakuan sehun. Badannya terasa kejang. Ah! Apa ni semua.
Ji hyo meregangkan kakinya di atas katil. Ingatpun dah mula kejang dah ni.
Ji hyo tak tahu nak buat apa. Dia kehilangan kata. (macam saya jugak). Sungguh dia tak menafikan, dia terbuai dengan tindak-tanduk sehun. Sehun masih lagi meneroka leher ji hyo. Sesekali bibirnya disatukan dengan ji hyo. "Se...sehhunn..." sehinggakan nama sehun sukar disebut olehnya.
Tit! Tit!
Bunyi mesej masuk menghentikan perbuatan mereka. Sehun bengang. Ji hyo menggigit bibir. Siapa yang malaun durjana lagikan biadap ni?! Potong steam betul! Pelukan dileraikan. Sehun meramas rambutnya yang kusut. Mesej dibaca. Suho hyung!!! Siap kau aku kerjakan!
Ji hyo membetulkan suara. "Siapa?" Tanya dia. "Suho" jawab sehun sepatah. Jelas kelihatan wajahnya amat bengang dengan kemasukan mesej tersebut. Mereka berdua diam. Kehilangan kata barang kali. Takkan nak sambung balik pulakkan? Tak manis je(?)
"Awak kenapa?" Tanya ji hyo memecah suasana. Sehun kelihatan bingung dengan soalan itu. "Yelah. Awakkan tak suka saya. Kenapa tadi tiba-tiba awak...err.." malu lah pulak nak ungkit pasal tadi.
"Suka sangat ke aku tak suka kau? Ok. Fine. Jangan harap yang aku suka kau" sehun pergi dari situ. Ji hyo termangu. Betulkan apa yang dia cakap? Tak de kesalahan kosa kata kat mana-mana pun. Kenapa sehun tiba-tiba merajuk? Aduh! Salah tafsir ni.
Dan sampai sekarang, sehun masih tidak menegurnya. Ji hyo mengeluh buat kesekian kalinya. Entah kenapa dia rindu akan belaian sehun malam itu. Bersediakah dia? Hmm...entahlah. Dia kan suami aku yang sah. Apa salahnya kalau aku serahkan segalanya?
*saya minta maaf! Bab ni...ergh!!*

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Antara 2 Umur
Fanfiction'Cinta tak mengenal usia' Hah! ye lah tu. Tapi mesti ada kisah di sebalik dua umur itu. Sehun-terlalu amatlah muda(hiraukan kesalahan tatabahasa di situ). Perlu kahwin untuk menyelamatkan maruah keluarga. Song Ji Hyo-tak ada lah tua sangat tapi kala...