Dah dekat seminggu kot aku mogok dengan noona. Tulah, time aku nak berbaik dengan dia, time tu lah dia tanya soalan yang tak sepatutnya. (Masalahnya, 'berbaik' kau tu lain macam). Teruk sangat ke aku layan dia sebelum ni? Pffft!
Sehun mundar-mandir dalam biliknya yang hanya diterangi lampu tidur. Niatnya hendak masuk ke bilik noona. Bukan niat yang bukan-bukan. Tapi sweaternya ada dalam bilik noona. Hari tu dia pinjam tapi tak pulang-pulang. Malam ni pulak sejuk semacam. Tak nak lah aku tidur pakai singlet dengan shorts je. (Seksinya!) Takkan nak masuk bilik noona kot. Alah, masuk je lah. Dah pukul 12 malam kot. Takkan lah noona tak tidur lagi.
Sehun keluar dari biliknya. Pintunya ditutup perlahan. Tapi, dia takut-takut untuk masuk. Tangannya terketar-ketar sama ada nak ketuk atau tak. Alah...tak payah lah. Mesti noona dah tidur. Tak nak lah kejut dia.
Sehun masuk senyap-senyap. Betul sangkaannya. Noona dah tidur. Jadi dia pun memulakan misi mencari sweaternya dengan berbekalkan lampu tidur yang samar-samar cahayanya. Bermula dengan almari di sebelah pintu masuk. Tak de. Drawers dekat cermin solek pun tak de.
Mana dia letak ni? Hanya satu harapan aku. Almari tu. Tapi...masalah. noona tidur hadap almari tu. Dan lampu tidur juga berada di situ. Kalau aku bising sikit je, noona mesti bangun.
Sehun menyelak almari tersebut. Bunyi pintu berkuak. Hisy! Time ni lah nak bising-bising. Tangannya cepat mencari baju yang tergantung dalam almari tersebut. Haa! Jumpa. Jadi sehun terus ambil bajunya dan menutup almari. Dia memandang ke katil ji hyo untuk memastikan ji hyo masih tidur.
"Kuss semangat!!" Sehun melarikan tangannya ke dada. Terkejut tahap cipan dia tadi. Noona dah terbangun. Siap duduk lagi dekat birai katil. Aku ingat hantu mana lah tadi. Terkejut macam nak keluar bunga silat tau. Nasib baik sempat control.
"Sehun..." suar ji hyo serak-serak basah memanggil sehun. Entah mengapa, tapi bagi sehun suara itu seksi. Sehun memandangnya atas bawah. Baju tidur hitam paras peha. Baju yang sama waktu mula-mula aku mahu memiliki dia.
Ji hyo menarik jari jemari sehun. Sehun terpaku. Dia hanya berdiri bak patung cendana di hadapan ji hyo.
Ji hyo bangun dan merapati sehun. Genggaman tangannya masih erat memegang jari runcing milik sehun. Dia memeluk sehun. Entah kenapa malam ni dia rasa rindu sangat pada suaminya itu. Mungkin sebab tadi teringat balik peristiwa minggu lepas tu kot.
"Tolong jangan layan saya macam ni" lirih suara ji hyo. Tubir matanya sudah mengalirkan butir-butir air mata. Entah kenapa sehun rasa terpana. Sweater hitamnya entah kemana dia campak. Dia membalas pelukan ji hyo. Erat. Tangannya mengusap belakang ji hyo. Jahatkah aku selama ni? Kejam kah aku pada isteri aku sendiri?
"Saya janji takkan layan awak macam tu lagi" bisik sehun perlahan. Mereka berpelukan. Lama. Muka ji hyo disembamkan ke dada bidang milik sehun. Dan sehun meletakkan dagunya di atas bahu ji hyo.
"Saya tak boleh nak memiliki awak. Saya tak sanggup. Lepas apa yang saya buat pada awak" bisik sehun romantis. Ada sendu di hujung tangisan ji hyo. Dia sedih mendengar butir bicara sehun. Tapi...dia mahu dimiliki lelaki itu sepenuhnya.
"Saya milik awak" kata ji hyo sambil memeluk erat bahu sehun. Sehun terdiam. Ji hyo meleraikan pelukan apabila tiada reaksi dari sehun. Lelaki itu memang tak mahu memilikinya mungkin.
Ji hyo mengeluh. Sehun tidak memberi respon. Jadi dia berpaling. Mahu menyambung tidur-tudur ayamnya yang terbantut tadi.
Sehun menarik bahu ji hyo. Wanita itu berpusing dan bibir mereka bercantum. Lama. Ji hyo hanya membiarkan. Tidak menolak mahu pun membalas. Tapi air matanya jatuh. Apakah maksud sehun dengan memperlakukannya sedemikian? Adakah sama macam dulu atau dia mahu menerima aku? Sehun, kau buat orang merana sebab cari cinta kau.
"Sorry...sorry sayang" ayat itu yang keluar dari bibir sehun setelah kucupan hangat dileraikan. Hati ji hyo luruh. Dia panggil aku sayang. Betulkan apa yang aku dengar? Aku tak mimpi?
Sehun mengelap air mata yang jatuh dari pipi ji hyo. Dia tak mahu isterinya menangis kerananya. Dia mahu menghapuskan segala tabgosan yang ada pada ji hyo.
Ji hyo memegang tangan sehun yang berada di pipinya. Entah kenapa malam ni dia rasa nak nangis puas-puas. Jadi dia menarik bahu sehun dan membenamkan mukanya ke dada sehun sekali lagi.
"Sayang, janganlah nangis" pujuk sehun sambil mengusap belakang ji hyo. Tapi tangisan ji hyo makin kuat. "Sehun minta maaf sebab layan noona teruk" luah sehun lagi. Kali ni ji hyo angkat muka.
"Jangan cakap macam tu" ji hyo meletakkan jari telunjuknya di bibir sehun. "Noona bukannya sedih. Noona gembira kamu dapat terima noona" ya memang betul. Itulah yang dia selalu berdoa supaya sehun menerimanya. Akhirnya, saat ini sehun dapat menerima sudah cukup untuk membuatkan dia menangis kerana gembira.
"Sehun sayang noona. Sayang sangat-sangat" sehun memeluk ji hyo buat kesekian kalinya. "Noona pun sayang sehun. I love you soo much!" Ji hyo memberi satu kucupan hangat di pipi sehun.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Antara 2 Umur
Fiksi Penggemar'Cinta tak mengenal usia' Hah! ye lah tu. Tapi mesti ada kisah di sebalik dua umur itu. Sehun-terlalu amatlah muda(hiraukan kesalahan tatabahasa di situ). Perlu kahwin untuk menyelamatkan maruah keluarga. Song Ji Hyo-tak ada lah tua sangat tapi kala...