Bab 6

1.8K 148 4
                                    

Misi Mencari Suami (30)

Misi apa lagi? Kan aku dah cakap hari ni aku akan mengalah. Tapi sebelum aku call heechul, aku nak datang majlis kakak sehun dulu. Jauh lagi perjalanan ni. Ada lah dalam 30 minit lagi. Mungkin aku datang majlis nya dah start. Tak pelah lambat sikit kan?

#situasi keluarga Oh Sehun#

"Segak tak aku kak?" Sehun berpusing-pusing di hadapan seohun. "Tepilah badak!" Seohun menolak sehun ke tepi. Dia dah siap di makeup kan. Baju pun dah siap di sarung. Tapi ada satu masalah. Kenapa Ji hyuk tak datang-datang lagi?

"Mana ji hyuk?" Tanya omma yang masuk ke bilik persalinan. Seohun gigit bibir. Tangannya dah naik kematu mendail nombor ji hyuk tapi tak diangkatnya juga. "Omma...mana ji hyuk ni? Call tak angkat. Mesej tak berjawab. Omma..." seohun mula risau. Dia hampir manangis tapi di tahan air mata itu suapaya makeup nya tak rosak.

Pintu bilik persalinan tiba-tiba terbuka. Seorang wanita dengan angkuhnya melangkah masuk. Mak ji hyuk. "Omma! Mana ji hyuk?" Seohun berlari ke arah mrs kim.

"Aku bukan omma kau. Dan tak akan jadi omma kau. Kau jangan berangan nak kahwin dengan anak aku!" Tempelak mrs. Kim. Seohun sudah menangis. Dia tak menghiraukan makeup nya lagi. Sehun cuba menenangkan kakaknya itu.

"Mrs. Kim, persiapan dah di buat. Awak tak boleh nak batalkan macam tu je" mrs. Oh masih berbasa basi. "Aku tak pernah bagi kebenaran ji hyuk kahwin dengan anak kau. Anak kau dah hasut anak aku supaya kahwin dengan dia. Lepas tu senang lah kau nak bolot harta aku kan?!" Tuduh mrs. Kim.

'Pang!!' Mrs. Oh menampar wajah mrs. Kim. Sesedap mulut dia je kutuk anak aku. "Kau boleh batalkan perkahwinan ni. Tapi kau jangan sekali menghina keluarga aku. Keluar sana!" Marah mrs. Oh.

Setelah mrs. Oh keluar, keadaan dalam bilik persalinan menjadi suram. "Dah, perkahwinan ni dibatalkan" sebut mrs. Oh dan kemudian berlalu. Seohun meraung dan berlari ke dalam bilik. Sehun pula ditinggalkan sorang-sorang.

"Weh! Pesal tak start lagi ni?" Tanya chanyeol sebaik sahaja ternampak sehun. "Batal" jawab sehun sepatah. "Haa?" Tanya mereka serentak. Amende yang batal? "Perkahwinan ni batal" sehun mahu berlalu sebelum exo menahannya.

"Batal? Apesal pulak?" Tanya mereka. "Mak mentua kakak aku tak bagi anak dia kahwin dengan akak aku" kata sehun turut bersimpati dengan nasib akaknya. "Tapi..." soalan baekhyun tersekat bila dia perasan seohun berada di belakang sehun.

"Sehun..." panggil seohun. "Noona. Kenapa?" Sehun menoleh. Dia ternampak seohun dengan gaun pengntin dan muka comot-comot sebab makeup. "Noona nak cakap sikit" seohun menarik tangan sehun jauh dari exo dan jauh dari tetamu yang hadir.

Dari jauh exo melihat sehun sedang bercekak pinggang. Tangannya pula melurut rambut.

"Tolonglah sehun" rayu kakaknya. "No! Mana boleh main ganti-ganti" sehun membentak. Boleh pulak seohun suruh sehun ganti tempatnya sebagai pengantin pada hari ini. "Tolonglah sehun...akak tak nak omma tanggung malu sebab perkahwinan ni tak jadi"

[C] Antara 2 UmurTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang