"Wah!! Song Ji Hyo. Awak nampak lain hari ni" kata MC Jae Suk sewaktu Ji Hyo memasuki set pengambaran Running Man.
Ji Hyo tersenyum sambil menyelitkan rambut ke celah telinga. Gary sudah mula blushing. Memang dia tidak menyangkal kecantikan Ji Hyo.
"Saya nampak cantikkan?" Kata Ji Hyo perasan. Salah satu sifatnya sejak menjadi ahli running man ialah dia semakin perasantan.
"Noona! Jaga kelakuan sikitlah" marah kwang soo. Ji hyo berang. Dia yang berada di sebelah jae suk berjalan ke arah kwang soo dan menarik rambutnya.
"Argh! Noona! Noona! Saya mintak maaf" cepat-cepat kwang soo menunduk 90 darjah. "Ji Hyo ssi~ awak punya kelakuan tak setanding dengan penampilan awaklah" tegur jae suk manakala yang lain hanya ketawa. Ji hyo mengetap gigi, geram.
Itulah dia, Song Ji Hyo seorang pelakon dan ahli tetap program running man. Dia lah bunga dalam kalangan duri. Dialah racun dan dia juga penawar. Seorang yang tidak dijangka kekuatannya. Berumur 35 tahun tapi masih belum menamatkan zaman bujangnya. Walaupun mempunyai pasangan hari isnin, tapi mereka hanya digelar di dalam rancangan itu sahaja.
#Dorm Exo#
“Noona Ji hyo memang cantikkan?” puji kai. Mereka ber9 duduk di ruang tamu menonton rancangan running man sambil menikmati popcorn. Ceh! Macam tengok wayang je gayanya.
“Kan...dia tu tak nampak macam 35 tahun pun kan?” tambah Xiumin. “Kalau tengok gaya dia, macam sama dengan umur Sehun je” Suho meneguk air di depannya.
Sehun yang sedang mengunyah popcorn tersedak. “Mana sama!” bentak sehun. Semua memandang Sehun. “Tak yah la nak meradang. Tapi betul what? Ji hyo noona memang baby face” suho kembali menghadap tv. Hari ahad macam ni memang diorang layan running man.
“Baby face tu satu. Satu lagi noona memang hebat giler supers! Masa kitorang jadi tetamu kan noona dapat teka semua guli dengan betul. Serius ah perempuan tu. Macam bela hantu pun ada gak” kai mengimbas kembali sewaktu dia dan sehun menjadi artis jemputan RM ep 209. Ji hyo menunjukkan kehebatannya sebagai ace dalam rancangan itu.
"Kan..." sehun tak tahu nak balas apa selain meng'kan…'kan kenyataan kai. Memang ji hyo hebat! Sehun meneguk air coke di hadapannya.
“Dah lah good kisser ” tiba-tiba chanyeol yang selama ini hanyut dalam RM mencelah. Sehun tersembur. Chen tergelak. Baekhyun memandang chanyeol dengan pandangan aku-tak-sangka-kau-pervert.
Yang lain mengekek ketawa. "Betullah! Kau tak tengok ke kiss scene dia dalam semua drama yang dia berlakon. Serius superb!" Chanyeol menaikkan dua ibu jari.
Dalam tawa yang masih berbaki, suho berbicara “aku faham maksud kau chanyeol” kemudian mereka bantai gelak. “What? Betul apa? Kalau aku cari bini, aku akan cari yang good kisser bukannya yang bibir nipis macam ex-girlfriend kau tu” chanyeol menolak tengkuk baekhyun.
Baekhyun melihat chanyeol dengan wajah kau-pesal-nak-cari-pasal-dengan-aku? Chanyeol membalas dengan menjelirkan lidah kepada baekhyun. Mereka tertawa lagi.
“Stop! Kau kutuk aku eh?” muka suhoberubah menjadi masam. “Haa?” chanyeol tak faham. Sejak bila pulak si suho ni ex-girlfriend baekhyun?
“Tadi kau cakap bibir nipis not a good kisser. Maksudnya kau perli akulah kan?” chanyeol berfikir sejenak. Kemudian dia tersengih. "Maksudnya kau perli aku jugak ke?"kata baekhyun. Chanyeol menoleh dan melihat bibir baekhyun. Nipis!
"Aku sekali ke?" Semua mata memandang chen. Yup! Walaupun chen memiliki mulut yang cantik tapi bibir dia nipis. Chanyeol tak dapat menahan gelak. "Tak sangka ramai pulak yang bibir nipis dalam group kita!"
P/s: diorang punya bibir tak de lah nipis sangat. Cuma baek, chen, suho bibir atas dia nipis. Tak caye cek lah:-P
“Habis tu yang good kisser tu cam ne?” tanya baekhyun ingin tahu. Yelah manalah tahu nanti nak ubah ciri-ciri wanita idaman kepada yang berbibir tebal seinci.
"Macam...aku!" Chanyeol tersengih menampakkan barisan giginya. Suho, baekhyun dan chen menjulingkan mata ke atas. "Pada akulah, D.O dengan sehun good kisser" tambah chanyeol sebab tadi dia nampak kawan-kawan dia buat muka meluat.
Semua memandang D.O dan sehun bersilih ganti. Sehun dan D.O cepat-cepat mengetap bibir apabila mereka jadi tumpuan. "Bibir diorang balance atas bawah and tak nipis sangat" kata chanyeol.
"Habis tu, bibir kitorang tak balance ah?" Tanya baekhyun yang dah mula mengepal penumbuk. "Balance tu balance. Tapi nipis. Nanti korang punya bini tak puas cium korang" chanyeol bantai gelak tengok muka 3 jejaka berbibir nipis itu semakin berang.
"Meh sini kitorang tunjukkan sama ada kitorang ni good or bad kisser" perlahan-lahan mereka bangun dan mendekati chanyeol. Chanyeol berlari lintang pukang masuk ke bilik.
"Sini kau! Aku nak gigit kau!" Baekhyun mengejar dari belakang. "Bukak pintu! Kata nak tau aku ni good or bad kisser!" Giliran suho menolak pintu bilik chanyeol. "Kita tengok bibir sapa yang pecah kena gigit!" Chen menjerit dengan highnote nya.
"Hish! Bisinglah diorang ni" rungut sehun di depan tv. Nak layan RM pun tak senang. "Biarlah...itu hal antara budak-budak bad kisser tu je" xiumin menyahut.
Kai yang sedang membelek handphone tersenyum sinis. "Yang pasti aku good kisser" akui nya. "Alah…yelah! Aku tahu lah kau dah ada girlfriend" sehun menolak bahu kai.
"Entah! Bolehlah kau buat eksperimen good and bad kisser kan?" D.O pulak menokok. "Eksperimen Bio chapter berapa tu?" Tanya lay. Semua memandang lay. Lay kebingungan.
"Aku rasa kan, kau kena buat eksperimen tu lah lay. Sebab bibir kau tak tergolong dalam ketegori bibir nipis" celoteh xiumin. Lay memegang bibirnya. "Ye ke? Siapa yang nak kena kiss dulu?" Lay mendekatkan mukanya ke arah orang yang paling dekat dengannya, kai.
"Hyung! Hyung buat apa ni?" Kai menolak muka lay jauh darinya saat bibir lay hanya dua inci dari bibirnya. "Aku nak try je" lay menjuihkan bibir. "Try lah dekat orang lain. Marah Yura(ff wahai encik sotong) kalau dia tahu" kai mengerutkan dahi.
Lay melihat xiumin, sehun, dan D.O. Mereka masing-masing mengetapkan bibir rapat-rapat, tak nak jadi eksperimen lay. "Alah…kau lain. Diorang lain" rungut lay.
"Apa yang lainnya?" Tanya kai pelik. "Kau dah ada pengalaman" selamba lay menuturkan ayat itu. Xiumin, sehun dan D.O tergelak mendengar ayat lay. Kai pulak dah merah padam mukanya. Boleh tahan jugak si Lay ni.
YOU ARE READING
[C] Antara 2 Umur
Fanfiction'Cinta tak mengenal usia' Hah! ye lah tu. Tapi mesti ada kisah di sebalik dua umur itu. Sehun-terlalu amatlah muda(hiraukan kesalahan tatabahasa di situ). Perlu kahwin untuk menyelamatkan maruah keluarga. Song Ji Hyo-tak ada lah tua sangat tapi kala...