EXO TROUBLESOME 1

154 8 2
                                    

"Kim Saeron!!!! Berapa kali kau nak aku panggil kau? Penat tau tak?!" marah Ha Yeon Soo. Saeron yang mendengarnya hanya tersengih.Sememangnya dia dengar panggilan yang dibuat oleh Yeon Soo tapi dia saja ingin melihat muka Yeon Soo marah. Kalau Yeon Soo marah, mukanya akan jadi merah yang tak terhingga hingga kalah cili merah dikampungnya.

"Aku dengar je. Tapi entahla aku suka tengok kau marah. So kenapa kau tak tentu hala panggil aku ni? Dah pukul 8 ke pun?"tanya Saeron. Saeron, Yeon Soo dan Sohyun dah bersepakat untuk menggunakan nama biasa sebagai panggilan mereka. Status untuk Leader,Lead Vocal, Lead Dancer ,Face of the Group dan Maknae hanya digunakan apabila berada di hadapan kamera begitu juga dengan panggilan Unnie.

"Tak la belum lagi. Ada lagi sejam before pukul 8. Sohyun mana? Tak actually Bambam minta nak jumpa. So aku nak la korang temankan aku. Well tempat tu tak jauh pun dalam lima minit kita sampai la kalau naik teksi."bersungguh-sungguh Yeon Soo mengajak Saeron.Saeron mula terdiam.

"Kau tahu kan kalau si Ji Won tu tahu mati kita. Well apa kata kau cakap kat Bambam tu lepas kita debut baru contact balik. Kiranya selesaikan misi debut kita ni dulu baru berjumpa dating bagai."kata Saeron, dia sesungguhnya tak nak buat masalah dengan SM terutama sekali si Kim Ji Won itu. Maklumla bayaran saman kalau buat masalah tersangatlah tinggi. Walaupun mereka semua keluarga yang kaya-raya, tetapi still duit bukannya daun kan.

"Kita pergi senyap-senyap je la. Lagipun aku dah bagitau dia yang kita ok nak pergi. Ala bolehla Saeron. Kali ini je. Lagipun lepas ni dia busy jugak maklumla Comeback dah dekat. Saeron,jebal..."pujuk Yeon Soo. Tak lama before Saeron beri keputusan Sohyun sapa mereka dari belakang. Sohyun yang sedang memegang coffee terkejut melihat Yeon Soo rupa setengah mati memujuk Saeron.

"Apahal ni wei? Ada problem ke? Aku rasa baru beberapa minit aku pergi beli coffee ni korang dah macam ni. Asal Yeon Soo,problem ke?"tanya Sohyun tak puas hati apabila mereka berdua seperti tidak mendengar pertanyaan dia. Yeon Soo terus beralih ke Sohyun.

"Sohyun,actually Bambam nak jumpa. Aku dah cakap ok tapi aku tak ada teman nak temankan aku jumpa dia. Aku malu nak pergi sorang. Temankan aku boleh?"tanya Yeon Soo pada Sohyun. Sohyun yang baru sahaja meneguk coffee di tangannya hampir tersembur air di dalam mulutnya ke muka Yeon Soo mendengarkan permintaan si Yeon Soo.

"Kau gila ke?! Kalau si Ji Won tu tahu macam mana?! Mati kita. Dah la tu kau suruh dia balik lepastu suruh dia focus dekat comeback diorang dan kau focus dekat debut kita ni. Aku tak main-main lagi 25 minit kita boleh guna studio so kau jangan nak buat hal. Aku pun tak jumpa Jonghyun langsung tahu tak bulan ni, so kau tahan je rasa rindu kau. Dah jom. Karang ada yang kena perli lagi." Arah Sohyun dengan panjang lebar.

Sohyun terus jalan ke arah studio mereka dan Saeron mengikuti langkah Sohyun. Yeon Soo hanya pasrah mendengar arahan Sohyun. Even leader yang sebenar bukanlah Sohyun, tetapi sebagai ahli dia mesti mendengarnya juga. Memang betul kata Saeron debut adalah perkara penting bagi mereka sekarang. Dia tidak semestinya perlu jumpa Bambam untuk melepaskan rindu tapi still boleh on the phone.

"So our little junior is outside waiting for us to get out don't they?"kata Baekhyun. Member Exo yang lain hanya gelak kecuali Kai yang masih sibuk practice. Seperti biasa,adat SM junior mesti lakukan segala macam perkara yang senior mereka suruh.Sohyun dan Saeron yang berdiri dekat luar mula memandang jam mereka. Jam sudah menunjukkan pukul 8.15 pagi.

"Diorang tak letih ke nak cari pasal dengan kita? Bukan diorang practice ke? Aku practice habis je mesti nak rehat tak ada masa nak layan benda tak penting ini lain pulak dengan diorang."kata Saeron. Dia penat melihat muka member EXO ini. Dari awal mereka jejakkan kaki ke dalam syarikat ni tak habis-habis nak cari pasal. Ingat yang diorang tu macam bagus sangat je.

"Korang berani tak sekarang? Debut kita dalam 2 bulan kan lebih kurang 60 hari je. So kita pun tak berapa sharp lagi tarian kita and suara kita tak payah cakapla. Bab vocal memang dah tiptop dah. Jom kita masuk je and practice macam biasa."kata Sohyun. Dia sesungguhnya sangat menyampah dengan perangai member EXO yang macam budak-budak. Even budak-budak pun tak mengada macam ni.

"Kau gila ke Sohyun? Dalam tu ada 12 lelaki kau tahu. Kau jangan main-main. Kalau kita ni Girls Generation tak pe la jugak. Ni kita 3 orang je macam mana nak lawan? Ni Yeon Soo ni pun kalau torture lama-lama nangis karang malu je."bantah Saeron terang-terang dengan pantas. Takut dia nak ikut cadangan gila si Sohyun. Masuk sahaja ke dalam studio itu merupakan masuk ke dalam medan perang dan musuh diorang adalah seramai 12 orang dan semuanya LELAKI buat pengetahuan ya.

"Tak la aku tak gila. Ala Yeon Soo kau tak kan la boleh nangis kalau kau tengah marah kan. Kalau kau nak nangis pun tunggu lepas habis diorang keluar okay. Aku rasa kita kena tahan dalam tu selama 30 minit. Yeon Soo kau kuat kan. Ala kalau kau geram sangat kau laser balik je ape susah. Kalau si Ji Won tu datang nak marah kita,don't worry aku ada sebab yang kukuh okay."kata Sohyun dan dia mula menghadap pintu studio mereka. iPhone 6s dikeluarkan dari dalam poketnya dan dia mula menangkap gambar.

"Wei Sohyun, apa yang kau buat ni? Kau gila ke karang diorang ingat kita ni tergila-gilakan diorang. Hisy tak nak aku eh. Geli aku nak minat lelaki macam diorang tu."kata Yeon Soo sebaik sahaja selesai membuat mental preparation. Bambam telah pun balik ke syarikat dia setelah diberitahu Yeon Soo yang dia tidak dapat jumpa dengan dia akibat ugutan CEO Kim Ji Won mereka.Nasibla Bambam tak kecil hati dan memahami keadaan mereka.

"Jangan la risau. Dah semua dah buat mental preparation? So kaja..."kata Sohyun dan dia mula memegang tombol pintu. Member yang lain dekat belakang sudah berdebar-debar hati mereka. Sohyun terus menapak masuk ke dalam studio itu dan keadaan yang bising akibat perbualan antara member EXO terhenti. Sohyun masuk dan terus ke bahagian speaker diorang dan mula pasang lagu.

"Wei kitorang tak keluar lagi kan. Asal korang masuk ha?! Tak hormat ke?"tanya Sehun. Muka dia merah apabila merasakan diri dia tidak dihormati. Sohyun,Saero dan Yeon Soo yang sedang meletak barang mereka berpandangan sesame sendiri. Isyarat mata dihantar agar Sohyun yang membalasnya.

"Kitorang hormat je. Sunbae yang tak hormat kitorang. Sekarang dah pukul 8.30 pagi. Kitorang boleh start guna studio ni pukul 8 pagi sharp. Tapi kitorang tak masuk sebab kitorang hormat Sunbae yang sedang berlatih. Macam Kai Sunbae tu. Tapi kitorang tak akan tolerate sebab ini adalah debut kitorang. So mianhae kalau rasa diri tu tercabar."kata Sohyun selamba. Matanya memandang setiap member EXO.

"Kau... nasib baik kau perempuan kalau tak memang dah kena belasah dengan aku."kata Sehun yang sudah mula mendekati Sohyun. Sohyun memandang tepat ke anak mata Sehun. Junior yang sememangnya tak boleh melawan kata-kata senior dan memandang tepat ke muka senior diletak ke tepi adat tersebut.

"Kau memang cari pasal dengan aku ke hah?!" tanya Sehun dengan nada yang kuat. Tangannya yang mula diangkat tinggi terhenti apabila ada yang menahan tangannya. Kai memegang kuat tangan Sehun yang seperti hilang kawalan. Member yang lain sudah bangun untuk menghalang Sehun membuat perkara di luar batasan.

"EXO kaja. Aku dah habis practice dah pun. So jom la balik. Biarkan la diorang nak guna pun ini hak diorang jugak. Sohyun,Saeron and Yeon Soo mianhae. I am the one who use this studio more than the limit time. I am sorry for all the ruckus that happen and all the best for your practice. Do the best and DEBUT okay."kata Kai sambil tersenyum lebar. Dia juga tunduk sebanyak 90 darjah ketika mohon maaf. Pelahan-lahan semua member EXO keluar.

"Wow! That's a good start for our practice hahaha."kata Saeron. Dia kagum melihat Kai yang sanggup menunduk sebanyak 90 darjah pada mereka. Dia memang lain dari member yang lain. Maybe persepsi dia terhadap EXO berubah sedikit kepada bukan semua annoying.

"So jom practice. Jangan nak curi tulang tahu. Penat aku buat muka selamba tadi sedangkan aku rasa nak nangis je. Lagi satu ada hati Sehun nak belasah aku? Aku ni Kim Sohyun tau anak pak cik Kim Jung Hoo tahu. Aku ada tali pinggang hitam tau."kata Sohyun lepastu semua tergelak.

"Tak ape aku pun ada jugak tapi tali pinggang putih la hahaha and lagi satu aku ni anak pak cik Ha Lee Koh tahu."kata Yeon Soo semua tergelak sakan mendengarnya.Saeron hanya menggelengkan kepala melihat telatah rakan-rakannya. Dia mula memulakan lagu mereka. Yang penting sekarang adalah debut.

Sweetness Of RelationshipWhere stories live. Discover now