HAN RIVER

43 3 0
                                    

Selepas 5 hari mereka photoshoot, keesokan paginya mereka semua bangun awal untuk melakukan fitness bersama-sama di Han River. Memang mereka langsung berbeza dari group dari company lain yang akan debut. Mereka boleh kemana-mana sahaja tanpa sebarang gangguan dan future manager mereka. Mereka sendiri tak faham kenapa mereka lain dari yang lain. Kim Ji Won, CEO mereka pun kurang mencari kesalahan mereka kebelakangan ini. Hanya EXO yang masih ada masalah dengan mereka.

"Wei stopla kejap. Aku penat la lari. Hei Saeron pergi belikan air dekat sana tu."pinta Yeon Soo. Dia sudah terduduk akibat kepenatan yang tidak terhingga. Sejak dari mereka bertukar jadual practice dengan EXO, mereka kurang mendapat masa untuk rehat. Hari ini mereka bangun pukul 11 pagi untuk melakukan fitness. Dari kiraannya dalam 2 jam 30 minit sahaja dia dapat melelapkan mata.

"Ehh memandai je kau nak mengarah aku kan. No way. Aku pun penat. Sohyun la pergi. Kau kan rajin lagipun kau ada member kad dengan kedai tu kan?"kata Saeron. Dia dengan pantas menarik tangan Yeon Soo untuk bangun. Selepas lari, sepatutnya mereka tidak boleh terus duduk nanti punggung akan jadi besar. Kata orang atlet la kan...

"Aku memang la ada member kad. Tapi masalahnya sekarang ni, aku dah ada air dekat tangan aku ni. Buat apa aku nak pergi beli sedangkan aku dah ada air? Bukan sepatutnya yang lebih tua kena jaga kebajikan yang muda ke?"kata Sohyun selamba. Dan dia terus keluarkan member kad dari poketnya lalu dihulurkan pada Saeron. Sememangnya walaupun mereka dalam umur yang sama tetapi bulan kelahiran mereka tetap boleh ditentukan siapa yang lebih tua dan siapa yang muda.

"Korang ni kan... suka tau buli aku. Tak ape hari ini hari aku esok hari kome. Watch out okay..." kata Saeron dengan lemah. Yeon Soo dan Sohyun hanya tersenyum lebar melihat Saeron dibuli. Mereka duduk di kerusi yang disediakan di tepi. Kelihatan ramai juga yang berjoging di pagi hari di sini. Sohyun dan Yeon Soo lakukan kerja sendiri.

"Wei Yeon Soo-ah. Kalau aku call Jong Hyun sekarang agak-agak dia angkat tak? Aku malu sebenarnya ni..." kata Sohyun. Jelas kelihatan nombor phone Jong Hyun di dialer. Hanya menunggu untuk tekan sahaja. Yeon Soo yang sedang ralit membaca Wattpad memandang Sohyun.

"Ya! Sohyun! Sejak bila kau pandai nak malu nih? Lain macam je kau hari ni...tu la aku dah cakap jangan bangun awal sangat kau yang tak nak dengar. Tu la pasalnya otak kau putus wayar pagi-pagi ni." Kata Yeon Soo. Dia hanya mendiamkan diri setelah melihat Sohyun hanya mendiamkan diri walaupun dia baru sahaja membuat lawak dengannya.

"Wei Yeon Soo aku serious ni. Dah 5 hari aku tak ada kekuatan nak call dia kut. Kau jangan la main-main. Before ni aku call pun dia tak angkat lepas kejadian press conference tu. Ji Won ada bagi amaran ke dekat dia? Apa yang kau rasa?"kata Sohyun perlahan.

Sementara itu Saeron masih lagi menunggu air yang baru dipesannya sebentar tadi siap. Sedang dia menunggu, seramai 7 orang lelaki masuk ke dalam kedai lengkap dengan topi dikepala mereka serta dengan penutup mulut.

"Jin hyung, 5 cappuchino and 1 mocha."kata orang dibelakang bernama Jin itu. Yang lain mula mengambil tempat duduk untuk menungggu air mereka. Jin terus order air itu dan tidak lama selepas itu dia join yang lain. Mereka semua bermain dengan telefon bimbit dan langsung tidak pandang ke kiri dan kanan.

"Ehem V hyung. Perempuan dekat sana tu macam minat kat hyung je. Asyik usyar hyung je."kata Jung Kook. Dia dari tadi perasan yang perempuan itu kerap kali memandang ke arah mereka. Taehyung terus memandang ke arah tempat duduk Saeron tapi ianya telah kosong dan sebaik sahaja nombor meja mereka dipanggil, peminat mereka telah pun mengetahui identity mereka.

"Ya... Rapmon nanti kau tolong aku ambik air tau yang lain lari dulu tapi jangan Nampak sangat."kata Jin. Semua member BTS sudah mula bersiap sedia untuk lari. Mereka memang dah biasa dengan perhatian yang sebegini. Mereka lakukan seperti yang mereka rancang tetapi peminat mereka terlalu ramai hingga peminat mereka turut mengejar mereka.

Sweetness Of RelationshipWhere stories live. Discover now