tekun aku menunggu ibu. dari tadi ibu masih belum bangun.'hmm, ibu mengantuk sangat kut.' kata aku dalam hati. aku terus membelek belek majalah yang baru aku beli semalam di kedai News.com.
'tak ada apa yang menarik.' kata aku lagi. makin lama aku jadi tak keruan sebab ibu masih belum turun. aku terus bangun dan menghala ke ruang tamu. remote dicapai.
"macam mana nak bukak tv ni?" rungut aku. sejujurnya aku tak hadam lagi cara cara nak bukak tv. selalu, adik aku je yang rajin tengok tv.
'adik!' baru aku teringat. adik pun tak ada. mana dia pergi? batang hidung pun aku tak ketemu. lama betul diorang tidur. aku garu kepala yang memang gatal. berkutu agaknya.
***
"azmi, ibu nak masak ni. azmi tolong ibu boleh?" laung ibu agak kuat. aku terus bangun meninggalkan laptop dan menuju ke dapur.
"apa dia bu?" tanya aku. rupanya, ibu mahu aku mengajarkan adik mengaji lepas maghrib nanti. aku cuma menurut tidak membantah. walaupun aku tahu, aku dengan adik bukannya ngam pun. aku melihat jam di dinding. lagi beberapa minit je pun nak masuk waktu maghrib. aku terus mengambil wuduk dan menunaikan solat maghrib. adik? dia kecil lagi sebenarnya. so, aku ajar dia mengaji iqra' jelah.
"bismillah hirrahman nirrahim." adik memulakan bacaan. aku hanya mendengar. lancar jugak bacaan dia. tapi, sampai di tengah tengah muka surat, adik tersangkut sangkut. jenuh aku mengajar dia untuk sebut huruf tu. dia tak dapat juga.
'tak payah penat penat lah weh. dia kecik lagi. banyak lagi masa dia boleh pakai nak belajar. dah lah.' satu bisikan menerjah telinga aku. betul! kenapa aku perlu susah susah pulak. aku terus bangun dan mengherdik adik.
"kau! nak belajar buat cara belajar."
adik menunduk dan menangis.
"yang kau menangis apahal!" gertak aku lagi. makin kuat raungan dia. aku terus merentap kasar tangan adik. dan aku menolak dia sampai dia tersembam di lantai. berdarah. ada darah di lantai.
"Ya Allah, Azmi!" jerit ibu lalu mendapatkan adik. aku terus keluar bilik tanpa menghiraukan adik dan ibu. aku keluar dari rumah. aku sendiri tak tahu nak pergi mana.
"azmi!" aku dengar laungan suara ibu. ya. ibu sedang mengejar aku sambil mendukung adik.
"tolong ibu nak, adik tak ber...."
~~bamm!!!~~
ibu dan adik pergi macam tu je.
***
"lama betul diorang tidur. tak apalah, aku siapkan sarapan dululah. nanti ibu bangun boleh buat kejutan." aku dengan riangnya ke dapur membuat sarapan pagi untuk ibu dan susu untuk adik.
YOU ARE READING
HAKIKAT MANUSIA. ✔
Short Story(antologi cerpen dan puisi) hakikat manusia; berdosa. dosa dan manusia itu memang tak dapat berpisah. kerana manusia itu sifatnya bukan sempurna. hanya Tuhan yang Maha Sempurna. sebagai manusia pelbagai ragam dan perkara pelik yang suka dibuat. si...