aku nak bawa kamu semua ke satu kehidupan. di mana, jikalau kehidupan ini wujud. pasti kau dan aku layak ke syurga. atau mungkin neraka tidak akan berjejak.
kehidupan yang aku tidak tahu mahu gelar apa. ianya satu kehidupan yang sangat menakjubkan kita. kehidupan di mana semua manusia beralah dengan perintah.
aku bayangkan kamu dengan satu situasi. situasi di mana seluruh manusia ketika ini sedang bergelap. bergelap kerana thomas edison tidak pernah lahir di dunia. dan ketika ini tiada sesiapa yang memegang kotak bercahaya kerana jenama nokia tidak pernah terkenalkan dan steve job akalnya terencat.
ketika ini tiada yang menunggang kereta kerana wira yang sebenarnya tidak sanggup menjadi kenderaan berpacuan empat roda. jadi, aku pendekkan situasi sesuai dengan zaman nabi. tiada kemudahan. tiada kelalaian. yang ada cuma cinta pada Dia dan cinta pada kekasihNya.
kamu tak rasa cemburukah? setiap antara kita pada ketika itu sedang duduk di atas alas bersama deraian tangis yang tidak dapat dihentikan. sendu sedan menjadi teman. atas asbab takut kepada tuhan. ajaib bukan?
dalam pada kita sepatutnya sedang belajar dalam silibus abad 21, namun dalam situasi yang aku gambarkan itu pastinya kita sedang berguru dengan ulama'. pastinya kita sedang sibuk berperang. pasti kita sedang bersama para sahabat menegakkan tunjang Islam.
wah.
cumanya. kini, aku dan kau telah terpilih untuk menjadi umat akhir zaman. situasi tadi tidak terwujudkan. lalu, tindakan perlu kau dan aku ambil. berjalanlah, kenal Tuhan.
semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat redaNya dan syafaat kekasihnya, Muhammad.
Allahumma solli 'ala sayidina Muhammad, wa'ala ali sayidina Muhammad.
YOU ARE READING
HAKIKAT MANUSIA. ✔
Short Story(antologi cerpen dan puisi) hakikat manusia; berdosa. dosa dan manusia itu memang tak dapat berpisah. kerana manusia itu sifatnya bukan sempurna. hanya Tuhan yang Maha Sempurna. sebagai manusia pelbagai ragam dan perkara pelik yang suka dibuat. si...