19.

284 21 1
                                    

hari ni, pagi ni. aku dah janji dengan junior aku yang aku nak belanja minum dekat area Kl. entah kenapa aku baik pulak.

junior yang aku nak bawak ni, aku kenal masa minggu orientasi form 1. aku sebagai faci memang rapat dengan adik adik.

aku suka budak. aku layan je, kalau diorang nak anggap aku abang ke, kawan ke. aku tak kisah.

kalau petang tu, selalu jugaklah aku keluar main dengan diorang. kadang tu, dalam satu minggu mesti aku akan duduk tidur rumah diorang. itupun lepas kena pujuk.

bukan apa, malu. lagi lagi yang ada kakak. sebaya dengan aku pulak tu. mak ayah aku tak ada dekat sini. diorang dekat negara lain.

masa mula aku buat aktiviti tidur rumah orang ni, aku macam biasa lah. dilayan sebagai tetamu. aku tak pernah pun tertarik dengan mana mana antara kakak kakak diorang ni. sebab tak pernah jumpa pun. pandai diorang ni menyorok. eh?

tapi, sampai satu masa. dalam komuter. masa ni, aku nak keluar lepak hari minggu dengan sorang junior aku.

"bang, tu lah kakak saya." kata jr. aku pandang tempat yang jr. tunjuk.

'ohh, tu ke kakak dia.' desis hati aku. aku tak tahu apa kakak dia buat dalam komuter yang sama. jr. tak cakap pun. tapi, lawa lah. putih. dah. aku tak nak cerita lebih lebih. so, type padam. type padam. aku decide cerita terus.

lepas kejadian dalam komuter tu, aku mintak nombor telefon kakak jr. tanpa segan silu. biasalah budak junior, diorang ikut je. aku pun tak tahu syaitan mana yang dah berjaya goda aku buat benda benda ni.

so, aku mesej dia. dia balas!

aku borak borak. biasa je mula mula tu. tanya dia sekolah mana. kalau ada masa terluang, tanya dia buat apa. memang best lah sebab dia balas. dan tak tunjuk pun tanda tanda dia tak suka.

bila aku cakap, aku senior adik dia yang sebaya dengan dia. dia kata dia tahu. maksudnya dia stalk aku jugak lah tu dalam diam.

lama lama, aktiviti borak borak ni aku dah bosan. so, aku decide ajak dia couple. dia terima.

aku punya gembira tak payah cakap. sebab aku memang dah lama nak ajak dia couple pun.

faham jelah, bila couple ni. mestilah nak acah acah sweet. aku adalah jugak belanja dia top up. bagi dia hadiah melalui adik dia. lama lama dia diam. adalah dalam dua tiga bulan. aku pun tak banyak tanya.

aku tak tahulah apa masalah dia. bila aku berniat nak tanya, dan dah tanya dah pun, dia kata dia dah pindah. pindah mana? rupanya dia dah pindah sekolah agama. dia kata dia nak putus. ohh, aku respect keputusan dia. sebab, aku macam serba salah pulak dekat dia bila dia kata;

"kita ni, tak banyak pahala. tapi, tambah dosa. mana satu kebaikan kita nak bawak depan Dia nanti? saya minta maaf. saya tak boleh teruskan hubungan haram ni. lagipun, saya malu bila kawan kawan saya kata yang orang couple ni orang yang bermaksiat. saya sedih. tapi, saya tak salahkan diorang. sebab diorang tak tahu yang kawan diorang ni pun couple dalam diam. saya search pasal ni. saya beli buku dan saya baca. saya dapat tahu lelaki yang ajak perempuan couple ni bukan lelaki baik. tapi, saya yakin awak tak macam tu. awak dan saya cuma digoda. digoda nafsu mentah. saya minta putus sebab saya nak awak dan saya berubah menjadi yang lebih baik. dan seperkara, tanyalah Dia. Dia Maha tahu, siapa yang bakal jadi peneman hidup awak. saya tak mampu. nanti, saya ganti segala hadiah, top up dan lain lain tu. saya tak nak ada apa apa lagi antara kita."

aku terkedu. aku lelaki yang tak baik? ohh, apa yang aku dah buat ni?

aku menutup semula kenangan semalam.

"abang, apa yang abang menungkan tu?" tanya junior aku. aku menggeleng.

"jomlah, kesian budak usrah lain tengah tunggu dekat kafe yang kita dah janji semalam." ajak junior ku.aku mengangguk.

perlahan, hati aku berdetak laju. aku bersyukur Dia menjentik hati aku. sehingga aku kenal erti cinta hakiki yang abadi. hanya di sisi Tuhan.

HAKIKAT MANUSIA. ✔Where stories live. Discover now