28.

185 10 3
                                    



ke mana saja manusia itu mengharap kalau bukan pada Tuhan?
sombongnya manusia.

kali ini aku nekad,
aku akan tinggalkan rasa beban.
aku tidak mahu hati aku tersakiti lagi.

kalau sekali aku tegur,
tidak mahu dengar aku masih boleh tahan.
tapi, kalau kali kedua dan ketiga, keempat serta kali yang ke seterusnya...
aku rasa aku mahu mati.

mengingatkan orang yang tidak mahu mengingat.
ibarat melepas ludah ke daun keladi. membazir liur lebih baik buang tinja.

apa dia ingat,
aku akan selalu ada?
apa dia yakin aku akan selalu ingatkan dia semasa alpa?
aku jua manusia.
bisa berubah tidak kira masa.

aku sudah penat.
lelah menasihat.

jika selepas ini kau cari aku kerana aku tidak menegur,
aku akan bunuh kau bertubi tubi. jangan ingat aku tak berani.

dunia,
isinya sentiasa bermasalah.
banyak ragam.

berhimpun dosa.
berhimpit hina.
berpeluh noda.
bermati cela.

itu lah dia.
manusia.

nak lari mana?
kau memang manusia.
sering digoda.

lemah.
perisai hilang.
keris pun tumpul.
pistol?
picu pun lupa tarik.
nak pakai senapang?

ibaratnya begitu.

kau dan aku.
kita manusia.
yang lahir hina.
bermula dengan nutfah.
membesar menjadi lahmun.

tapi,
hidup.

konon.

berlagak mendabik dada
tinggi.

sesak nafas,
jatuh juga.

sudahlah.

HAKIKAT MANUSIA. ✔Where stories live. Discover now