dah banyak kali Tuhan tegur aku. aku sedar bila aku terhantuk. setiap kali tu juga, aku nak berubah. aku tak nak buat benda yang sama. tapi, aku mudah lupa. tak ingat yang aku pernah menyebabkan pisang berbuah dua kali atau sebenarnya mungkin lebih.
ego. aku ego. tak sedar dengan kesilapan diri. dah jauh tersasar. perubahan yang mengejikan dalam diri aku. ya. aku rasa sendiri. sampai aku sendiri jadi benci dengan diri aku. aku jadi takut untuk teruskan hidup aku sebagai aku.
pernah sekali aku kata, aku nak bunuh diri. tak. bukan sekali. banyak kali terlintas. dan setiap kali terlintas tu, aku terbayang api menjulang. aku terfikir, takkan aku nak biar api tu jilat aku. sedangkan aku tahu ia panas.
cuma, tulah. aku tetap aku. walau Tuhan dah tegur aku banyak kali melalui kawan, cikgu, keluarga dan alam. aku masih beranggapan mereka itu sekadar gangguan penghalang untuk aku terus hidup.
aku mengaku, aku tak suka dengan kawan kawan aku. walaupun aku dah cuba sehabis baik untuk bersangka baik dengan diorang, tapi aku kalah. kalah dalam menang. *sinis.
sekarang, aku dapat rasa. walaupun aku masih punya keluarga tapi aku sebenarnya keseorangan. satu satu hati mati dengan sikap aku. aku sedar, apa yang aku benci, itulah apa yang aku diuji. pantulan berhasil.
bukan aku pilih semua ni. cuma, aku terperangkap.
tengok. ego lagi.
cikgu doren : "belajar maafkan diri kamu." "bila kamu belajar maafkan diri kamu, bermakna kamu tak bagi diri kamu peluang untuk ulang kesilapan yang sama."
aku cuba.
seringkali, aku akan rasa dunia sekeliling aku menjengkelkan. sampai aku tahu siapa si penjengkelnya. sampai aku selalu benci dia. memanglah, dia tu yang entah apa apa.
sekali lagi aku ego.
ujian menulis, syaitan akan menghasut.
"kau tambah lah sikit benda yang nampakkan kau tak bersalah." kata syaitan.bila ustaz khamal kata, aku lupa ustaz khamal kata apa.
nah. salah satu ujian lagi. lupa dengan apa nak ditulis.
aku ingat, aku sambunglah.
YOU ARE READING
HAKIKAT MANUSIA. ✔
Conto(antologi cerpen dan puisi) hakikat manusia; berdosa. dosa dan manusia itu memang tak dapat berpisah. kerana manusia itu sifatnya bukan sempurna. hanya Tuhan yang Maha Sempurna. sebagai manusia pelbagai ragam dan perkara pelik yang suka dibuat. si...