satu perkara yang aku susah nak jaga, ikhtilat. sebab tu dalam mana mana cerita aku tak sentuh bab ni. sebab aku sendiri buat.nanti jadi sembang kencang. cakap nak padu, tapi diri sendiri tak laku.
susah. memang susah.
banyak cara kita semua boleh berikhtilat. melalui medium mana mana. lebih lebih lagi sekarang zaman moden.
langgar satu larangan ni buat aku serba salah.
'dosa duh, kau buat ni.'
lagi lagi kalau melebih sampai tak ada benda yang nak dibincangkan.
aku cuba jugak elak. tapi aku nak tanya, mudah tak? kalau ada rasa mudah. cuba kongsi tips.
aku bukan nak cari cara untuk aku boleh teruskan ikhtilat ni. tapi aku perlu cara untuk berhenti daripada berlebih lebih atau lagi bagus, tak payah berikhtilat.
ya, aku sedar benda tu dosa. Tuhan tahu apa yang kita buat. tapi, kenapa kita tak berhenti daripada semua tu?
kataku, payah.
ya, godaan syaitan memang manis. semanis tebu yang tumbuh ditepi bibir. namun, semua kata kata manis itu cuma acahan. aku tertipu.
sedar. sedar. dan aku sedar.
namun, tiada tindakan.
langgar. langgar. dan terus langgar.
bahaya untuk hati yang sedang membangun. lambat laun dia akan lumpuh kalau tak berhenti.
aduh.
sekarang umat kian tenat. kita nampak je ekonomi melayu kita okay. tapi sebenarnya ekonomi kita paling teruk.
kita nampak je ramai orang melayu kita bergelak sakan macam tak ada masalah. tapi, sebenarnya kita diintai masalah tu sendiri.
jadi, berhati hatilah.
Malaysia, kita target seterusnya.
walaupun nampak,
"apa ni, kata nak cakap pasal ikhtilat. asal masuk ekonomi."
ketahuilah. kerana ikhtilat, ekonomi, negara boleh terjejas tahu.
YOU ARE READING
HAKIKAT MANUSIA. ✔
Short Story(antologi cerpen dan puisi) hakikat manusia; berdosa. dosa dan manusia itu memang tak dapat berpisah. kerana manusia itu sifatnya bukan sempurna. hanya Tuhan yang Maha Sempurna. sebagai manusia pelbagai ragam dan perkara pelik yang suka dibuat. si...