salah satu draft yang dikepam.
sebab tak panjang dan idea tersekat.-----
beradab dengan orang, tapi orang pijak kepala kita. berkawan biar beribu, bermusuh tidak perlu konon. aku nak jugak tahu dalam beribu orang tu berapa ramai yang akan datang bantu kau masa kau susah?
tanpa kau sedar, sebenarnya kau punyai musuh. kau tahu?
kenapa aku kata macam ni? sebab aku dah malas nak sentuh isu ukhuwah. plastik semua ni. ukhuwah osem lah, ukhuwah potong kaki. tapi hakikat, dusta. alah patogen gitu gini.
tapi,?
kau kata tak nak bina tembok pisah antara kita. namun, dalam senyap kau cuba kumpul batu bata nak jadikan dinding pemisah tu. maaf aku cakap.
aku lagi suka berkawan dengan buku, berkawan dengan pepejal. sebab, diorang tu batu. keras. tak ada otak. tak punya perasaan. dan tak ada potensi nak buat aku sakit hati. paling paling pun, kertas akan terbang berterabur. tapi, kau buat hati aku hancur.
itu baru beza kau dengan kertas.
jujur, aku tak pandai sorok rasa aku dekat sudut hati paling dalam. aku suka luah. luah apa yang aku rasa aku mahu luah.
heh, kadang aku rasa boddo sebab meluah. sebab suka ambil peduli. padahal, tak ada siapa ambil kisah.
YOU ARE READING
HAKIKAT MANUSIA. ✔
Nouvelles(antologi cerpen dan puisi) hakikat manusia; berdosa. dosa dan manusia itu memang tak dapat berpisah. kerana manusia itu sifatnya bukan sempurna. hanya Tuhan yang Maha Sempurna. sebagai manusia pelbagai ragam dan perkara pelik yang suka dibuat. si...