7.

848 41 0
                                    


angin bayu yang meniup lembut itu, menerjah ke pipi kasarnya. segala rasa dalam hati, semua sudah terbang bersama deruan nafas yang tidak ditahan kehendak pengeluarannya. mainan kata yang dia pernah mainkan dulu berterabur di bahu jalan bersama penyesalan yang menyapa.

"cheese."

baru tadi dia menyingkap kisah lama. tidak menyangka kesayangannya akan sebegitu terkesan. dalam kepalanya ligat berfikir penyelesaian. tapi, tiada apa. kosong. hatinya mula menolak kejahatan perlahan lahan.

" jadi, benarlah aku akan berubah?"

hatinya semakin gusar. tidak semena mena batu yang sibuk mendiamkan diri di tepi lorong, disepaknya rakus.

"aku tak faham. kenapa?!" dia merengus dengan kasar.

semua yang dia alami adalah satu pengalaman yang tak ada makna. susah untuk dia cakna dan peka dengan keadaan.

"aku cuma mahu kau tahu, aku mahu kita jauh. aku punya hati. namun, hati ini masih perlu dijaga. aku tidak mahu ia rosak sebelum usia." jujur dia menerangkan.

"tapi, kenapa? apa aku yang bikin hati kau menua?" tanya kesayangannya. dia bungkam.

"a..aku...maaf. ini pilihanku." kata dia. dia terus melarikan diri meninggalkan segala rasa di tempat dia meluahkan segalanya. kesayangannya masih terpaku. matanya terkebil kebil menerima keputusan dia.

"aku tahu, jika kita punya jodoh, kita pasti akan bertemu semula. walau diceruk mana kita berada. tapi, biarlah buat masa ini aku pergi mempersiapkan diri. jalan ini aku pilih bukan kerana nafsu, tetapi ini pilihan aku." air mata diseka. tangannya kini basah dan perlahan lahan rasa sejuk menyerap ke dalam urat urat tangannya. mengalir bersama aliran darah merah yang mengangkut oksigen.

-maaflah, cerita ni penggunaan ayat macam apa je. saja sebenarnya. tapi tak apa, just take the point.

-couple bukan pilihan, ia adalah satu kesalahan. yang paling kita tak sedar ada banyak keburukan.

aktiviti ini tidak diiktiraf dalam islam ya, harap maklum.

lastly, couple itu HARAM!

HAKIKAT MANUSIA. ✔Where stories live. Discover now