kampung yang sudah lama ditinggalkan itu, kembali dipijak. kelihatan satu susuk tua sedang sibuk membersihkan reban reban kepunyaan ayam dan itik di situ. fattah hanya memerhati sayu."nenek!" laung fattah. orang tua tadi memalingkan wajahnya dengan senyuman paling manis yang dia mampu berikan. fattah dengan keterujaannya, terus berlari dan memeluk neneknya.
"nek, fattah balik nek." kata fattah.
"ya nak, nenek tahu." kata orang tua itu pula.
"tapi, mak de..."
"tak apa, nenek faham." fattah tersentak. ayatnya tadi tergantung. neneknya pula seperti sudah tahu akan bicaranya. sudah lebih 20 tahun, ibu bapanya tidak ke sini. kali terakhir adalah ketika dia berusia 10 tahun. lama.
"jomlah masuk cu." ajak orang tua itu. fattah mengangguk dan merangkul pinggang orang tua itu kemas dan bersama sama masuk ke dalam rumah.
"sama macam dulu." kata fattah sambil memerhati rumah kampungnya. orang tua itu menangguk dan tersenyum. fattah duduk di sofa, sementara orang tua tadi menyediakan minuman.
----------
"eh, tadi aku nampak ada orang muda masuk rumah lama hujung hutan tu." kata samad.
"ye ke kau ni mad?" tanya bidin.
"ilusi je tu. nama pun rumah lama." sambung amin. samad menggeleng.
"tak, aku tak berilusi." jawab samad yakin.
"hishh, kau ni. orang tua tu dah 5 tahun meninggal." kata amin lagi.
---------
"minumlah ya cu, ni ada cekodok sikit ni. nenek goreng pagi tadi." pelawa orang tua tersebut. fattah menyambut huluran cawan berisi teh. dia minum dengan berselera.
"nek, nenek okay ke dekat sini." tanya fattah. orang tua itu mengangguk. fattah tersenyum.
"fattah minta maaf bagi pihak mak dengan ayah. fattah tahu, mak dengan ayah banyak susahkan nenek kan? fattah tahulah, kisah silam mak dengan ayah! fattah benci mak dengan ayah!" kata fattah keras.
"cu, tak baik macam ni. itukan orang tua fattah, fattah nak ke mak dengan ayah fattah jadi macam nenek?" tanya orang tua itu sambil menyeka air mata. fattah memandang neneknya sayu. dia tahu, neneknya menanggung pilu.
"assalamualaikum." tiba tiba pintu diketuk. fattah bangun dan membuka pintu. terdapat tiga orang lelaki separuh umur sedang memandangnya. fattah pelik.
"ya?" tanya fattah. tanpa bicara, lelaki lelaki tadi menariknya kasar.
"hei, kenapa ni?" tanya fattah terkulat kulat.
"balik! kau balik sekarang! rumah ni dah lima tahun tak berpenghuni! balik!" jawab samad.
"tapi tadi ada nenek saya!" bantah fattah.
"itu bukan nenek kau!" jawab amin pula. bidin menangguk.
"tak..tak! nenek!" jerit fattah. sekelip mata, rumah yang kemas dan kukuh tadi, hanya tinggal tiang sahaja. pokok pokok yang berselirat juga wujud di situ. semua roboh, tiada yang tinggal. fattah masih tertanya tanya dalam hati apa sebenarnya berlaku. namun, dia tak mampu meluahkan.
YOU ARE READING
HAKIKAT MANUSIA. ✔
Historia Corta(antologi cerpen dan puisi) hakikat manusia; berdosa. dosa dan manusia itu memang tak dapat berpisah. kerana manusia itu sifatnya bukan sempurna. hanya Tuhan yang Maha Sempurna. sebagai manusia pelbagai ragam dan perkara pelik yang suka dibuat. si...