hari ini aku rasa terpanggil untuk berkongsi coretan kecil saudaraku. coretan ini datang dari blog sebenarnya. aku kira bagus juga isinya. tak apalah baca saja.
Aku & Kopiah.
Sudah lewat malam dan aku belum terfikir nak melabuhkan kelopak mata aku. Maka, aku mencapai laptop aku sambil menulis coretan kecil ini. Malam yang sejuk membeku buat aku rasa lapar pun ada. Ahh mainan semua tu. Hahahaha.
Aku & Kopiah.
Dakwah.
Semua orang boleh jadi pendakwah, sesiapa sahaja yang memegang kata "La ilahaillallah", maka dia seorang pendakwah. Pendakwah? Amar makruf nahi mungkar sudah menjadi tanggungjawab.
Aku pendakwah, kau pendakwah dan semua umat Islam atas muka bumi ini boleh digelar sebagai pendakwah.
Namun sejauh mana kita mengaplikasikan diri sebagai pendakwah?Kadang aku terfikir, apa yang membuatkan aku wajib berdakwah? Sedangkan ramai lagi ustaz ustazah boleh bagi ilmu agama yang hebat untuk sedarkan manusia.
Aku mengaku, nak jadi pendakwah yang ikhlas sumpah susah! Baru dakwah alam maya beb. Aku respect kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW yang sanggup jalankan dakwah dari sekecil-kecil zarah sehingga sebesar-besar mata dunia.
Apa yang aku boleh bagi untuk dakwah?
Apa sajalah perkara baik yang boleh aku berikan untuk mad'u (orang yang didakwah) pada zaman ini? Aku pun kotor beb.
Malu, malu bila orang pandang kita mulia sebab rajin berdakwah
Tapi aib aku jauh sekali dengan apa yang aku sampaikan.Kalau kau nak jumpa daei yang ikhlas, aku ada riaknya.
Kalau kau nak tengok daei yang takda syahwat, bukan aku orangnya.
Kalau kau nak lihat daei yang boleh jaga percakapan dia mengingati Allah,
aku rasa itu bukan aku.Aku malu, sumpah malu.
Bukan malu untuk berdakwah, tapi aku malu apabila Allah pandang murka pada aku dekat bumi ni.
Bukankah di akhirat nanti akan adanya orang alim yang dicampakkan ke dalam neraka,
bila ditanya mengapa, maka jawapannya adalah mereka orang yang sering mengatakan kebaikan kepada orang lain, tetapi dalam masa yang sama dia melakukan maksiat kepada Allah SWT.Aku taknak jadi munafik, aku taknak jadi hipokrit.
Demi Allah, aku kena belajar ikhlas.
Aku dakwah demi diri aku sendiri, aku nak berubah. Aku taknak dakwah sebab nama, biarlah aku miskin dunia, tapi kaya di akhirat.
Biarlah aku sekadar picisan di bumi. namun aku nak jadi terkenal pada penduduk langit.
Semoga aku istiqamah, dalam masa yang sama aku kena baiki diri aku.
Qudwah qabla dakwah right? (Contoh sebelum ajakan)
So, let action speaks louder than words.
Aku cuba untuk tidak ambil pedulikan tentang expectation manusia yang judging 24/7 untuk memuaskan hati mereka. Sebab aku juga manusia, berdarah apabila terjatuh.
Aku cuma perlu penuhkan tuntutan aku dengan Allah azzawajalla.
Sungguh, di dunia perlu aku sukakan Tuhan, insha Allah di akhirat nanti Tuhan pula akan sukakan aku. Doakan!
Same goes to you yang tengah baca sekarang ni. Hehe.
Semoga istiqamah sebagai hamba Allah, umat Muhammad SAW, anak yang soleh solehah & syabab yang matang dalam agama.
Kejayaan dakwah aku bukan ditentukan oleh manusia, tetapi Dia,
Rabbku.Bukan manusia;
"Sebab, kau sama sekali bukan Tuhan aku." -Mato.
by : keghasaqan.
YOU ARE READING
HAKIKAT MANUSIA. ✔
Short Story(antologi cerpen dan puisi) hakikat manusia; berdosa. dosa dan manusia itu memang tak dapat berpisah. kerana manusia itu sifatnya bukan sempurna. hanya Tuhan yang Maha Sempurna. sebagai manusia pelbagai ragam dan perkara pelik yang suka dibuat. si...