setiap hari yang pernah kita jejak. yang pernah kita singgah, tanpa kita sedar telah meninggalkan kita. dalam ketika kita terbuai lena. kita terlupa. ada yang sedang memerhati.
setiap masa yang berlalu terlampau pantas. kata orang tua ku, "masa ini hanya sisa dan bakinya sedang dihabiskan." aku menelan liur.
sangat laju waktu berlari. seperti baru semalam aku dilahirkan. tiba tiba aku berubah menjadi seorang remaja yang dipenuhi dengan tanggungjawab.
aku bersantai di balkoni. menggarap setiap deruan angin yang menyentuh kulit muka. mengibas rambutku lembut. membawa rasa nyaman kepada makhlukNya.
ke manakah bakal aku sambung riwayat hidup ini? adakah di syurga? adakah ke neraka? bagaimana dengan setiap amalanku? adakah Dia terima? atau ibadahku sendiri menghina tuannya kerana leka?
sungguh aku tidak mampu menahan hati daripada rasa yang satu ini. aku takut. gusar memikirkan perjalanan yang bakal aku tempuhi tidak lama lagi.
"masa ini hanya sisa dan bakinya sedang dihabiskan."
aku mati akal.
bilakah hari itu?
adakah aku terselamat?
atau aku terjelepuk hina di hadapanNya?
ke manakah aku bakal dicampakkan?
apa aku akan berjumpa dengan kekasihNya?
adakah aku bakal bahagia di samping bidadari dan bidadara di sana?
apa aku akan tenang dan bergembira merehatkan diriku tanpa urusan dunia?
atau,
aku penat menanggung derita?
apa aku akan dibelenggu di dalam nereka?
atau aku bakal dibenci dan dihina oleh malaikat penjaga di sana?
apa aku...
hahh. aku menghabiskan sisa air yang tumpah dari tubir mata. aku tak mampu membayangkan nasib diri sekiranya neraka tempatku.
Ya Allah Engkau Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau.
Engkau ciptakan aku, dan aku hambaMu.
dan aku berada dalam janjiMu, menurut kemampuanku.
aku berlindung denganMu, daripada kejahatan yang kulakukan.
aku sedari nikmatMu kepadaku.
dan ku sedari akan dosa dosaku.
ampuni aku.
ampuni aku.
ampuni aku kerna sesungguhnya tiada yang layak mengampunkan dosa,
kecuali Engkau.
YOU ARE READING
HAKIKAT MANUSIA. ✔
Short Story(antologi cerpen dan puisi) hakikat manusia; berdosa. dosa dan manusia itu memang tak dapat berpisah. kerana manusia itu sifatnya bukan sempurna. hanya Tuhan yang Maha Sempurna. sebagai manusia pelbagai ragam dan perkara pelik yang suka dibuat. si...