sebagai manusia. kita parut cari masa dan beri masa. pada siapa?
pada diri.
diri ni dah penat mungkin dengan dunia. pernah rasa?
futur.
kecewa sampai tahap dapat mengubah sahsiah kau sebagai seorang muslim.
tipu kalau tak.
kita seringkali leka dengan sekeliling. selalu kita penuhi dengan apa yang kita suka. sebab tu, hati kita mudah jatuh. sebab mengharap daripada manusia.
sandar pada Allah lah, beb. bersandar sampai tahap bergantung.
start ajar.
ajar diri kita terima perkara yang patut sejak awal kita terima. iaitu, Islam.
Islam tu luas. syumul dan lengkap. Islam itu addin. bukan hanya ISLAM pada pengenalan diri.
mengaku Islam. tapi lihat atas bawah. aurat masih terbuka. masih berfoya foya. masih lupa dengan masa.
cuba ajar diri. kejar nikmat Allah. kejar redha Allah. kejar segala galanya tentang Allah.
ingatkan Dia, Dia ingat kau balik.
saat azan. gegaslah. jangan ditunggu.
saat gundah. istighfarlah. jangan mendungu.
saat takut. berdoalah. jangan berserah dahulu.
semua itu, adalah kayu ukur betapa kau hidup kerana Dia, bukan kerana kau dipaksa atau terpaksa. bukan kerana engkau terpilih.
saat futur menyapa.
jangan cepat kau ikut agendanya. kau mampu untuk kuat lagi. kau mampu untuk lawan! lawanlah!
ya. yang berkata ini juga selalu saja futur. jatuh, ingat mahu berhenti dari segala. tapi, saat fikirkan umat. aku kena bangun.
cemuhan?
biar.
lepaskan. maafkan.
"kau bukan bagus sangat... memang tak dapat lah apa yang kau mimpikan."
ayat yang akan membawa kau ke jalan futur. lawan!
"ke mana sahaja Dia bawa aku terbang, di situ jua aku hinggap. aku masih ada Dia."
ya, bersangka baik dengan Tuhan.
ingat.
cari masa untuk ajar diri kau kenal kembali siapa Tuhan.
biar sampai merangkak. biar sampai terhinjut tempang. tak apa. asal kau tahu destinasi kau mahu menuju syurga.
senyum untuk hari ini. jangan teruskan dengan kefuturan.
dan seperkara,
diri kita, kita yang jaga. kita yang pujuk. kita yang belai.jangan tunggu datangnya bidadari atau putera raja menyemai cinta.
tiada makna.
bercintalah dengan Allah sebelum apa apa.
YOU ARE READING
HAKIKAT MANUSIA. ✔
Historia Corta(antologi cerpen dan puisi) hakikat manusia; berdosa. dosa dan manusia itu memang tak dapat berpisah. kerana manusia itu sifatnya bukan sempurna. hanya Tuhan yang Maha Sempurna. sebagai manusia pelbagai ragam dan perkara pelik yang suka dibuat. si...