"belajar ikhlas, kakak."from me to me to you.
Tuhan telah bekalkan kita ramai kawan, ramai kenalan, ramai sahabat dan ramai bantuan. kita sudah semestinya rasa gembira, bersyukur dan tak tahu nak rasa apa lagi dah.
apa yang penting, kita rasa dihargai.
rasa berharga yang hadir tu, kadang membuat kita rasa, 'aku tak nak lepaskan dia. dia satu satunya sahabat aku.' kalau boleh kita nak bersama dia setiap ketika. kita nak berdua dengan dia sahaja. walau di mana dan ketika. kalau dia tak ada, kita rasa bosan, tak ada 'life'. kunun.
sampai satu masa, dia pergi. tak jauh pun. cuma dia duduk menetap dalam hati orang lain. dia lagi banyak luang masa dengan kawan baru dia.
saat tu kita rasa, 'kenapa perlu ada penyibuk?' kita rasa macam nak cucuh cucuh kata pengeji. kita rasa macam nak tolak jauh jauh kawan baru dia. kita rasa macam kita dah tak ada guna di mata dia. kita sakit hati. mata ni, rasa macam berhabuk. rasa nak letak wiper, ok. hati, rasa macam nak hempas hempas dekat simen. biar kita puas, kang nangis tak berlagu.
"belajar ikhlas, kakak." kata umi. Dia hadirkan dia dalam hidup kita atas satu sebab, ikhlas. tang mana ikhlas kita diuji ni? saat ada orang ketiga.
ya, ketiga.
malu dengan diri. bila kita cupp seseorang sebagai milik kita. padahal, dia milik Tuhan. ohh, kalau Tuhan tarik nyawa dia, kau nak marah Tuhan lah? ke kau nak ikhlas kan hati je? reda kan?
macam tulah sebaliknya. hidup ni, sebuah perkongsian. bak kata mat sleh sharing is caring. caring is loving.
sungguh, aku tak faham dengan rasa ni.
YOU ARE READING
HAKIKAT MANUSIA. ✔
Historia Corta(antologi cerpen dan puisi) hakikat manusia; berdosa. dosa dan manusia itu memang tak dapat berpisah. kerana manusia itu sifatnya bukan sempurna. hanya Tuhan yang Maha Sempurna. sebagai manusia pelbagai ragam dan perkara pelik yang suka dibuat. si...