43.

84 9 0
                                    

azan berkumandang. aku segera mengambil wuduk. memandangkan bilik wuduk masih lengang, aku tak perlu berebut nak dapatkan satu paip.

usai berwuduk, aku masuk ke dalam surau. mahu solat qabliah dulu.

"saf..." imam menyeru. aku segera mengambil tempat. masih ramai yang leka diluar surau. malu pula aku dengan jemaah perempuan yang sudah satu saf penuh. saf pertama lelaki hanya separuh sahaja yang penuh.

takbir diangkat.

ahh, fokusku terganggu. sahabat sebelah ini rukuknya menarik perhatian aku. aduh.

dia rukuk dengan keadaan tangannya terletak jauh daripada lutut. tangannya memegang pergelangan kaki. aduh.

selesai solat dan berdoa. aku termangu sendirian. sahabat sebelahku tadi sudah pergi setelah selesai bersalaman dengan orang kirinya dan aku.

aku serba salah. aku jadi teringat dengan statement "kalau kau tak tegur, nanti dia tanya dekat akhirat. apa kau nak jawab?"

nak tegur ke tak?

dua hari berlalu. sahabat tersebut makin hari makin kerap pulak solat sebelah aku. mungkin memang Allah mudahkan cara aku untuk tegur. tapi, aku yang yak nak bertindak.

petang tu.

"assalamualaikum, akhi. nak tegur sikit boleh?"

"waalaikumusalam. ya? okay. silakan."

"emm, pasal solat kau. waktu rukuk tangan kau terlalu jauh dari lutut."

"ohh..."

"kalau boleh, jangan jauh sangat. sebab kita nak samakan ketinggian badan kita waktu rukuk. biar sama lurus dengan makmum lain."

"ohh...okay. terima kasih, bro."

"kau jangan salah faham. aku tegur ni bukan nak kata aku bagus dalam solat ke apa. tak. even solat aku pun aku tak tahu dah okay atau belum. apatah lagi mahu ke tahap sempurna. tapi, kita semua kena try lah ke arah pembaikan bukan?"

"ya lah. thanks lagi sekali, bro. terima kasih tegur."

"yalah, mana tahu kita lupa. Tuhan hantar aku datang untuk tegur kealpaan kau. siapa tahu. ada hikmah. terima kasih jugak, menerima dengan baik."

"baik...baik...terima kasih, sahabat."

akhirnya, aku lega. penerimaan dia juga tidak seperti yang aku jangkakan. dia okay. dia dapat terima teguran aku akhirnya.

Alhamdulillah...



HAKIKAT MANUSIA. ✔Where stories live. Discover now