pesan aku, hidup jangan ikut orang.
bukan apa, kalau kita terlalu selesa bersandar dengan seseorang, lambat laun bila dia bangun kita jatuh juga betul tak?
apa yang paling penting, kau tak boleh nak ingat semua orang akan ada untuk kau. sebab, orang lain pun ada masalah sendiri.
kalau kau rasa kau patut disayangi kau silap. orang tak akan buang masa nak sayangkan kau. kecuali kalau kau sayang diri kau dulu.
apa guna kau nak berkecil hati bila kawan yang kau anggap kawan baik tak anggap kau kawan pun.
aku tanya lagi,
apa guna kau nak merajuk kalau dia buat tak endah dengan kau? dia datang pujuk ke? tak.
sebab tu, jangan sandar dekat manusia. sandar dekat Allah.
*****
"kenapa kau nampak macam dah tak rapat dengan dia?" tanya Aqilah.
"haa? siapa dia?" tanya Aishah semula. bingung dengan apa yang ditanya tadi.
"yelah, si Hani tu. kau nampak macam dah tak rapat dengan dia." kata Aqilah. Aishah mengangkat bahu tidak tahu. Aqilah hanya memandang Aishah kosong.
"kau gaduh ke?" tanya Aqilah lagi.
"mana ada. aku tak pernah nak cari gaduh dengan dia. dia yang mudah sangat terasa." jawab Aishah.
"haa, ni kes gaduh lah ni. ish, tak eloklah gaduh gaduh ni. kitakan tak lama lagi nak habis belajar." kata Aqilah. Aishah menjuihkan bibir.
"aku tak anggap ni pergaduhan. masing masing dah besar. dah lama kawan. pandailah hadam perangai kawan sendiri. kalau kerja nak mengongkong je, susah jugak. aku tak suka nak membahagi perasaan aku ni. even dia kawan, tapi dia kena ingat bukan dia seorang je kawan aku. aku ada berpuluh lagi kawan dekat luar sana. dia tak boleh ingat aku ni akan selalu dengan dia. akan selalu jaga hati dia. tak. aku ada hati aku sendiri. kalau dia rasa dia nak merajuk sakan, silakan. tapi, jangan pernah dia berani cakap aku punca semua benda ni berlaku. entah lah weh, aku dah penat. dunia aku sendiri tunggang langgang. kena jaga orang lain. ahh, rimas tahu tak?" panjang lebar Aishah berleter. kecewa benar nampaknya.
"wush, sabar sabar." Aqilah menenangkan Aishah, tangannya tidak habis mengusap usap belakang badan Aishah.
"yelah, aku terfikir jugak, kalau selamanya kita nak harapkan orang pun tak boleh. kita tak boleh desak dia akan sentiasa dengan kita. mungkin masa merubah dia jadi begitu? atau mungkin kita sendiri punca." sambung Aqilah. Aishah mengangguk.
****
cerita ni, ada budak kongsi dengan aku. biasalah kalau yang nama budak. gaduh, baik pastu gaduh balik.
YOU ARE READING
HAKIKAT MANUSIA. ✔
Nouvelles(antologi cerpen dan puisi) hakikat manusia; berdosa. dosa dan manusia itu memang tak dapat berpisah. kerana manusia itu sifatnya bukan sempurna. hanya Tuhan yang Maha Sempurna. sebagai manusia pelbagai ragam dan perkara pelik yang suka dibuat. si...