48.

106 9 0
                                    

dugaan datang tanpa teguran.
tahu tahu saja ia menjelma.
waktu itu kau baru nak ingat Tuhan.
selama ni hidup mendabik dada.

ingat kau sudah mahu jatuh,
kau dia tarik konon membantu.
kau patuh,
hulur tangan terima kasih kau talu.

bangkit kau dari kesedihan.
dia dengar setiap keluhan.
kau terasa kelapangan.
kau sudah anggap dia kawan.

lama lama,
kawan kau pergi.
tak jauh mana.
cuma berpindah hati.

arahnya kepada orang lain.
kau jadi cemburu.

mula kau balik pada Tuhan.
Tuhan yang selalu setia.
kau lepaskan semua kekecewaan.
tanpa sedar Tuhan hantar hiba,
biar kau ingat kat Dia.

kawan kau masih begitu.
beza kau sudah bangun.
masih tabah bawah naungan Tuhan.
kau senyum melihat dia bahagia.
walau hati kau terhancur,
cebisan demi cebisan.

HAKIKAT MANUSIA. ✔Where stories live. Discover now