aku masih memeluk buku teks Syariah dari tadi. namun, satu selakan pun aku belum berjaya adakan. ada selak. tapi, selak tengok nama pemilik buku teks tersebut bagi tahun tahun sebelum tu.
dalam kepala aku masih membayangkan kejayaan itu ada jika aku berusaha. parah. cita cita tinggi. kadang mengalahkan tingginya bangunan burj khalifa.
aku masih begitu. diam tidak bertindak. buku teks Syariah masih kemas tersisip di sebalik lengan. aku merenung dinding ruang tamu rumah ini. kosong. sama kosong dengan hatiku.
sejak seminggu yang lalu lagi. semasa awal cuti persekolahan baik selepas mukhayam beransur pergi dengan momen momen belajar yang indah, aku sudah menyusun latihan sejarah bersama buku modul integrasi kbat tulisan Dr. Rafaai bekas cikgu sejarahku suatu ketika dahulu. tidak lupa buku teks sejarah tingkatan lima aku selitkan dan aku sadaikan di atas tilam. namun, tak sampai tiga latihan kertas dua pun aku dapat habiskan. aku mengalah awal. entah kenapa.
begitulah hari cuti aku. daripada aku balik 'kem' sampai hari ni. masih tak mampu nak selak helaian kertas yang tak sampai beberapa gram tu pun. eh?
adalah juga aku berusaha mencari artikel tentang kisah sejarah dahulu kala di Asia Tenggara di laman google. namun, masih tak mampu menarik minat aku.
aku membuka aplikasi wattpad untuk ke beberapa ribu kalinya. aku menulis apa apa yang terlintas dalam kepala. masih begitu. tekan tekan keyboard, padam padam. tak ada idea.
aku pun keluar daripada ruangan menulis dan cuba mencari cerita cerita yang berunsurkan sains fiksyen dan historical. adalah jumpa yang berkenan. aku baca. best dan menarik minat. menghidupkan jiwa aku. namun hampa. author tak update untuk part baru seterusnya.
sampai lah aku jumpa cerita yang berjudul Fragmen. kisah sejarahnya wow. ada yang aku terlepas pandang selama ni semasa di sekolah, diceritakan dengan penuh ghairah dalam karya tersebut. namun, sama juga. hampa. penulis tak update part baru. ughh.
aku keluar daripada aplikasi wattpad dan membawa Zenfone C ku ke pusratel. suis ditekan dan telefonku mulai menyerap setiap tenaga yang terbekalkan. aku duduk di kerusi dan masih begitu.
buku teks Syariah yang gagal aku serap ilmunya aku simpan di dalam rak buku teks di ruang belajar. kini, aku mengeluarkan buku latihan fizik dan nota contengan yang pernah aku nukilkan sambil mendengar celoteh cikgu di hadapan kelas. harap menjadi lah usaha ini.
kalau tak mampu baca sejarah. cuba baca buku lain. tak fizik, bio. tak bio, kimia. tak pun, buat latihan matematik dengan addmath. desis hatiku.
biar lah usaha itu sedikit. daripada tidak ada langsung. setiap orang ada pilihan masing masing. tapi, jangan melebey sampai lupa yang kau tu nak SPM! hah.
YOU ARE READING
HAKIKAT MANUSIA. ✔
Nouvelles(antologi cerpen dan puisi) hakikat manusia; berdosa. dosa dan manusia itu memang tak dapat berpisah. kerana manusia itu sifatnya bukan sempurna. hanya Tuhan yang Maha Sempurna. sebagai manusia pelbagai ragam dan perkara pelik yang suka dibuat. si...