aku tak bisa
hidup tanpamu
umpama malam lena
tak datang bertandanglagu ukays bermain main dalam minda mentahku. sambil tu, aku sungguh gian ingin mendownload semua lagu milik ukays dan simpan buat perkasam dalam telefon.
aku leka berfikir. bagaimana dan di mana boleh aku dapatkan lagu ukays banyak banyak tanpa perlu menghabiskan data.
tanpa memanjangkan fikir, baru aku sedar. ayah ada simpan cd ukays tu. makanya, tak perlulah aku nak bersusah payah.
aku segera keluar dan menghampiri kereta ayah. nasib baik hari ni ayah cuti. tak payah tunggu dia balik kerja baru nak ambik.
masa tangan aku hampir mencapai kotak khas yang memegang cd cd yang ada. sempat tu, otak aku memproses apa ada kebaikannya mendengar lagu lagu begini. mulalah, terngiang...
"lebih baik ko ngaji, dari nyanyi. takde pekdahnya, tombol!"
pekikan abang aku masa tu, terimbas balik. haa, sudah. rasa bersalah menghantui diri. aku tersandar lemah di kerusi pemandu.
perlahan lahan aku mengangkat punggungku menjauhi kereta. pintu kututup dan aku masuk semula ke rumah tanpa cd.
niat aku sebentar tadi terbantut.
selamat dari perkara lagha. fuhh...
sori, syai. aku nak jadi baik bro.
YOU ARE READING
HAKIKAT MANUSIA. ✔
Historia Corta(antologi cerpen dan puisi) hakikat manusia; berdosa. dosa dan manusia itu memang tak dapat berpisah. kerana manusia itu sifatnya bukan sempurna. hanya Tuhan yang Maha Sempurna. sebagai manusia pelbagai ragam dan perkara pelik yang suka dibuat. si...