Bab 2

9.9K 258 26
                                    

2 tahun telah berlalu sejak kepergian abang, kini Daniel berada di tingkatan 5 dan Dahlia di tingkatan 2. Ya Allah, wajah Daniel saling tak tumpah macam abang masa sekolah menengah dulu, Dahlia? Dahlia ikut saya lah hehe... Dahlia dapat 5A tau abang dalam UPSR dia, tahun depan dia PT3, harap-harap dia berjaya dapat score A semuanya. Macam yang Daniel buat masa PMR dulu. Daniel sekarang? Emm..

"DANIEL BANGUN!!!"

Hwuaarrgghh!! Jeritan mummy hanya membuat aku menggeliat kecil, alahai tak sanggup rasanya nak bangun awal-awal ni. Awal kah? Haha..

Splash!

Yes! Nampaknya hari ni aku dapat mandi free lagi. Dan aku kenal si penyimbah air ni, siapa lagi kalau bukan.

"DAHLIA!!"

Aku bangkit dari baringku lalu mengejar adik kesayanganku ini. Grrr! Tak guneee! Rasanya tahun ni, hampir setiap hari dia siram aku. Cehh, nak tolong mummy bangunkan aku konon. Pergi jalan daaa!!

Orang biasa cakap bersenam 30 minit dah memadai kan? Ha.. kami senaman 30 saat jerr XD haha.. 28 saat dalam bilik aku, 2 saat lagi dua langkah untuk membelok ke bilik Dahlia.

Buk!

"Aduh!"

Ha.. yang ni memang hobi, pastinya lepas berkejar-kejaran di dalam bilikku, hidung aku yang mengalahkan mancung Zizan Razak ni akan terhantuk pada pintu bilik Dahlia. "Tak guna kau gendut!!"

Adik aku tu tak adalah gendut mana, cuma pipi ja chubby tapi badan kurus macam papan, tak padan betul.

Tengok aku ni

Handsome, putih, aip! Bukan putih sebab Qu puteh Qu puteh barulah putih atau Shake Shake You Alls tu, tapi ni original. Repeat! ORIGINAL putih tau. Maklumlah, daddy aku ada keturunan orang puteh, mummy pula sumandak Sabah. Tu yang bila putih campur putih jadinya Peputih. Aha.. kan? Then.. aku ni cute, macho, badan aku nak cakap sado, tak lah sado sangat, sedang-sedang ja. Tak adalah ketak-ketak sangat otot aku ni macam Sharnaz Ahmad okey. Rambut, jangan cakap, memang smart giler. Bibir pun nipis je. Tak adalah nipis sangat, sedang-sedang. Tapi charming erk. Aish.. terpuji diri sendiri pula ahahaha..

Maaf aku memang ada penyakit suka puji diri sendiri. Sesiapa ada ubat tak? Tapi memang susahlah kan kalau dah terlajak handsome ni. Tengok, aku puji diri sendiri lagi, aish.. memang susah nak hilang. Sebab dah jadi tabiat kot. Well, aku kan tergolong dalam budak paling handsome dekat sekolah. Aish.. puji lagi haha XD

"Daniel, apa tercegat lagi tu? Pergi lah mandi. Lepas tu solat subuh sama-sama. Hari ni last paper SPM kan? Dah, cepat siap!" Mummy memberi arahan kepadaku yang sedang memicit hidung menahan kesakitan. Aduh, rasa macam nak patah dah ni. "Ya lah ma. Niel mandi dulu." Kataku lalu melangkah masuk ke dalam bilik semula.

Datin Kamaliya menggeleng-gelengkan kepalanya. Ada-ada sahaja karenah anak-anaknya ini. Baginya Daniel dan Dahlia umpama matahari dan bulan yang sentiasa bersinar menerangi hidupnya. Selepas pemergian suaminya, mereka berdua telah menjadi orang penting dalam hidupnya. Mereka membuat dia bangun dari tidur, dan meneruskan hidup bersama memori cinta suaminya, bukan memori cinta Suraya tau XD Melihat Daniel sahaja, mengingatkan kisah dia dan suaminya dahulu sewaktu di kahwin paksa tanpa kerelaan mereka berdua. Perangainya sebiji macam Daniel.

Bangun payah nak dikejut, suka berangan, membuli adik-adiknya dan.. manja? Ya.. Daniel sangat manja kepadanya. Tidak dinafikan lagi, ia sebiji dengan perangai suaminya. Tapi mujurlah kepintaran dan kecekapan suaminya jatuh kepada kedua-dua anaknya. Apa yang dia harapkan kini, semoga anak-anaknya tidak terjebak dengan najis dadah. Sebagaimana suaminya dahulu yang pernah terjebak dalam musuh nombor satu negara itu.

Calon Menantu Untuk MummyWhere stories live. Discover now