Bab 9

4.2K 113 5
                                    

Malamnya merupakan majlis resepsi untuk pihak pengantin lelaki, majlis tersebut dilangsungkan di hotel milik keluarga Dato'Kamal. Orang ramai mula membanjiri dewan hotel tersebut pada pukul 9:20pm.

Di sebuah bilik, Dino, Ayoy dan Daniel sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis tersebut. Sama seperti pagi tadi, Daniel yang akan menjadi pengapit bagi pihak lelaki.

"Woi Niel!"

"Woi?" Aku memasang butang baju melayu yang terakhir, hanya tinggal kami bertiga sahaja lagi termasuk pengantin. Bukan sengaja, cuma tadi ada kerja kena buat, kerja membuta! Hahaha.. masa check in petang tadi, kami bertiga terus terlelap kerana kepenatan. Bangun-bangun ja, dah pukul 7:15pm. Mandi pun nak dekat 2 jam sepupu aku ni, entahlah dah macam perempuan.

Rasanya kami takkan sedar kalau Eric tak minta kad pendua bilik ni tadi, tapi nasiblah kami ni ada tugas masing-masing. Aku memang pengapit, so kena jalan dengan pengantin sekali. Dino dengan Ayoy pula terus tukar plan, nak jadi pengiring pengantin. Bila pengantin dah duduk nanti, terus mula persembahan silat. Eric bagi ja, lagipun, cuma dorang dua ja yang bersilat tu. Tak adalah kacau sangat.

Hmm.. nampaknya ada 4 orang pengiring lah nanti.

"Tak payah lah senyum-senyum. Ingat pengapit belah perempuan kah?"

Ayoy mula mengusik, kuang asam kau! -,-

"Apa senyum-senyum pula? Kau tak nampak aku tengah buat muka apa ni?"

Aku buat muka tak boleh blah, pecah ketawa budak bedua ni. Apa? Hodoh sangat kah???

"Weyhh.. buruk giler muka kau! Ni kalau Ika tengok memang kau out of list!"

Aku pandang Dino, apa dia cakap tadi? Ika?

"Apa kau cakap? Ika? Kau kenal kah perempuan tu?" Dino dan Ayoy berhenti ketawa, Ayoy juga turut memandang Dino.

"A.. alah.. kan dia kiranya sepupu aku juga. Masa habis bersilat pagi tadi baru aku perasan dia tu cousin aku." Jelas Dino, tapi kenapa aku rasa dia sorok sesuatu erk?

"Ohh.. cenggituh. Tapi, tau pula kau nama dia Ika erk?" Aku pakai songkok di kepala dengan kemas, kemudian aku memperkemaskan sedikit baju melayu warna ungu ni.

"Haha.. perempuan kan? Tapi aku tak ngorat dia sebab tak adalah hot sangat. Cukup aku tanya nama sudah lah. Tapi, tak sangka pula an kau yang akan dapat." Dino pandang aku sambil jongketkan dua-dua kening dia.

"Mak aii.. aku? Dapat? Pernah kau tengok aku mengorat perempuan?" Aku ketawa di penghujung ayat.

"Watch out bro, your jodoh is coming." Dino tersengih, kemudian melangkah ke muka pintu. Dia memakai seliparnya.

"Aku jalan pergi bilik Eric dulu, nak juga aku tengok muka abang aku masa tengah make up. Manalah tahu jadi Katy Perry kah. Hahaha!"

Amboi budak ni, aku rasa si Eric tu lelaki, apa pula sama dengan Katy Perry? Kalau Perry yang Phineas and Ferb betullah agaknya XP

》》》》》》》》》》》》》》》》

Aku dan Ayoy menunggu di luar bilik persiapan pengantin, mereka keluar bersama-sama dengan Dino dan dua orang jurusolek, seorang lelaki seorang perempuan. Aku tengok muka Eric tak adalah berubah sangat, betulkah dia ni pakai make up? Macam tak caye je.

"Hah, jom lah."

"Eh, Ika mana?" Syazana menoleh ke belakang mencari Ika, alah.. pengapit belah perempuan tu!

Ting!

Pintu lif terbuka, orang yang dicari oleh Syazana keluar dari lif tersebut.

"Ika, pergi mana tadi?" Soal Syazana, "Aaa.. Ika jumpa kawan. Kebetulan keluarga dia bercuti lepastu tinggal dekat hotel ni." Ika menguntum senyuman.

Calon Menantu Untuk MummyWhere stories live. Discover now