Errne keluar dari perut kereta milik Dato'Sofi, dia membawa barang-barang dapur yang baru dibelinya keluar sekali. Suasana rumah Dato'Sofi kelihatan sunyi pada pagi itu, mungkin juga kerana ketiadaan dia dan isterinya di rumah pada hari tersebut.
"Assalamualaikum." Errne menanggalkan seliparnya yang berjenama Doss, matanya mengerling sekilas kasut sukan berjenama Nike di hadapan pintu rumahnya itu. "Siapa punya? Tak pernah nampak pun." Errne mengabaikan soalan yang bermain di mindanya dan melangkah ke dapur, kelihatan bibik Siti di sana.
"Bibik, tolong letakkan barang-barang ni dekat tempatnya ya. Saya nak naik kejap." Bibik Siti akur, dia mengangguk perlahan dan meletakkan barang-brang tersebut seperti arahan Errne. Errne melangkah naik ke tingkat atas selepas mengucapkan terima kasih, dia menuju ke biliknya yang terletak di barat rumah itu.
"I nak you kesan lokasi Datin Kamaliya pada hari tu." Terhenti langkah Errne saat mendengar suara Suraya dari bilik bersebelahannya itu, dia memandang pintu bilik Suraya yang terbuka sedikit. Timbul tanda tanya di kotak fikirannya. Gambaran kasut tadi turut terimbau kembali.
Siapa tu?
Aku mendekati pintu bilik Suraya, kemudian aku intai ke dalam biliknya. Kelihatan Suraya yang sedang bercakap dengan seorang lelaki yang seperti ku kenali dengan nada yang series. Lelaki yang membelakangi aku ini berpakaian serba hitam, dia hanya berdiri tegak memandang Suraya yang sedang bercakap tentang rancangannya.
Wait rancangan apa ni?
Datin Kamaliya?
"Bila you dah dapat kesan lokasi dia, you cepat-cepat bagitau I. Masa tu lah I akan berlakon depan dia, dan I akan pastikan dia ambil I jadi calon menantu untuk my favorite boy, Daniel ha! ha! Misi you sekarang just pastikan, Daniel tak rapat dengan mana-mana perempuan dalam masa satu bulan!"
Suraya bercakap sambil berjalan ke kiri dan kanan, terlakar senyuman kepastian saat dia menyebut "I akan pastikan dia ambil I jadi calon menantu untuk my favorite boy, Daniel ha! ha!"
Tapi siapa Daniel? Calon menantu?
"Kalau ada pun, I nak you hapuskan perempuan tu! Bunuh pun tak pa!"
Terbeliak mata aku
Bunuh?!
Biar betul? Takkan Suraya berubah sampai macam ni? Sanggup dia upah orang untuk membunuh? Demi untuk mendapat seorang lelaki yang bernama Daniel? Ya Allah..
"Baiklah."
Terkejut aku apabila lelaki itu berpusing ke belakang menuju ke pintu, apa yang lebih mengejutkan lelaki itu adalah Ryan yang juga merupakan abang angkat aku. Cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik, tubuhku aku sandarkan pada pintu. Mulutku aku tutup dengan tangan sementara peluh mula memercik di dahi kerana terkejut.
Ryan bersekutu dengan Suraya?
Ya Allah, dah berapa lama ni?
"Ingat Ryan! I percayakan you."
Aku dapat tangkap suara Suraya yang perlahan tetapi tegas. Air liur ku seakan sukar ditelan saat ini.
Tak mungkin Ryan akan buat semua tu.
Selama ni Ryan yang aku kenal adalah seorang yang sangat baik. Dia bantu ayah bangunkan syarikat. Dia bantu keluarga aku di saat terjatuh. Dia sungguh patuh kepada keluarga ini.
Membunuh?
Tak mungkin. Jauh sekali tanggapanku tentang itu terhadapnya.
Ryan, aku harap kau takkan buat semua tu. Ya Allah, apa dah terjadi selama ni? Suraya..
YOU ARE READING
Calon Menantu Untuk Mummy
Genç Kurgu"Satu bulan" What?Menantu?Weyh! Aku bercinta pun tak pernah! Kenapa mummy tiba-tiba minta menantu? Aaaa!! Kusut fikiran aku jadinya! Aku sayang mummy, aku tak nak hampakan permintaannya. Tapi, apa yang harus aku lakukan? Tak kahwin, adik aku tak dap...