Bab 22

1.8K 65 2
                                    

Aku memandang diriku, baju T-shirt warna blue black aku sarungkan di tubuh, jeans hitam pula aku sarungkan di kaki. Di kaki aku hanya memakai sandle berwarna hitam biru, ditambah pula dengan minyak wangi jenama Polo.

Mataku mengerling jam tangan yang terlilit kemas di pergelangan tangan, hari ni aku akan bertemu Nadia. Katanya nak bagitau sesuatu. Dari semalam aku tanya tentang apa tapi dia cuma cakap..

"Tunggu esok ja lah."

Hmm.. macam tu lah.

Aku memandang Daniel dan mereka yang lain sedang asyik bermain video game dari dalam cafe. Amboi.. gembira kanak-kanak riang tu. Mentang-mentang result dah keluar. Boleh lah santai..

"Nazif." Aku toleh ke belakang, suara aku cukup kenali menyapa di telinga. Nadia sedang berdiri bersama seorang perempuan di sisinya. Aku berdiri menghadap mereka, senyuman aku ukirkan untuk Nadia. Muka Nadia dan muka perempuan tu kelihatan risau. Kenapa dorang ni?

***

Erghh! Aku tak percaya dengan apa yang baru aku dengar dari mulut 'Nadia sebenar'. Apa ni? Aku ditipu?

"Nazif, maaf. Tapi saya bukan Nadia. Saya Athirah. Dia Nadia." Aku pandang Athirah yang aku sangkakan selama ini Nadia, kemudian aku pandang Nadia yang sebenarnya. Bukti di depan mata aku tatap.

Segala chat aku dan Nadia tidak ada pada handphone Athirah yang aku sangkakan Nadia, tetapi ada pada Nadia yang sebenar. Malah terdapat mesej dimana Nadia sebenar meminta Nadia palsu atau Athirah menyamar menjadi dirinya.

Nadia yang sebenar agak berbeza dengan Nadia palsu, Nadia yang sebenar ni, freehair, rambut berwarna pula tu, baju sendat dan singkat, jauh sekali dengan Nadia palsu yang lebih menjaga auratnya.

"Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau tipu?" Aku menunduk, aku tak sanggup nak pandang Nadia palsu yang aku sayang atau nama sebenarnya Athirah.

"Maaf Nazif, tapi saya perlukan duit.." remuk hati aku! Dia perlukan duit sampai nak menipu aku?! How kejam?!

"Berambus." Aku tak sanggup nak dengar suara dia lagi, aku tak sanggup nak pandang dia lagi, fikiran aku celaru, sampai aku terkasar dengan mereka. Tapi.. Kenapa aku ditipu hanya kerana duit? Kenapa aku diperbodohkan?Air mata aku mengalir, sakit hati aku tak terkata.

"Nazif.. saya minta maaf." Aku dengar suara Athirah menangis, aku menggeleng, dia berlari meninggalkan aku dan Nadia. "Nazif, kau tak patut marah dia. Kau sepatutnya marah aku!"

Aku kesat air mata kemudian memandang Nadia dengan muka nak makan orang, ya! Aku memang nak makan minah ni. Berani dia tipu aku!

"Kau berambus." Kataku dengan suara yang dingin, aku rasa kalau dia tak dengar cakap aku mungkin api amarah dalam hati aku ni akan meletup. "Ok! Aku akan berambus! Tapi, aku cuma nak kau tau yang Athirah sanggup tipu kau sebab dia perlukan duit untuk mak dia yang akan menjalankan pembedahan. Aku yang paksa dia menyamar jadi aku! Pada mulanya aku cuma nak tahu kau ni orang yang macam mana. Tapi lepas Athirah cakap kau ni orang yang baik, aku tak sampai hati nak tipu orang baik macam kau! Aku tau kau ikhlas sayangkan Nadia tu atau nama sebenarnya Athirah. Sebab tu aku tak sanggup nak munculkan diri aku depan kau. Aku ni playgirl! Kau terlalu baik. Kau sesuai untuk Athirah! Dan Athirah, betul-betul sayangkan kau!"

Nadia berdiri, "Aku harap kau maafkan dia Nazif. Kesian mak dia." Nadia meninggalkan aku yang diam membisu. Aku berfikir sejenak, betulkah semua ni?

Aku sayangkan Athirah yang aku anggap Nadia. Tapi sekarang aku marah sebab dia tipu aku. Tapi, dia tipu aku sebab dia perlukan duit untuk mak dia yang akan menjalankan pembedahan. Dia dipaksa oleh Nadia sebenar. Maksudnya, pada mulanya dia tak nak, tapi dia buat juga demi mak dia.

Calon Menantu Untuk MummyWhere stories live. Discover now