Bab 25

1.7K 63 0
                                    

Seorang lelaki sedang melangkah ke restoran yang berada tidak jauh dari tempat parking keretanya. Apabila dilihat dari fizikalnya, dia mempunyai kulit yang cerah, agak sado dan mempunyai ketinggian dalam 183cm. Dia mengenakan kemeja merah dengan seluar slack warna hitam pada tubuhnya, kasut kerja berwarna hitam pula dipakai di bahagian kaki. Kaca mata hitam disangkut pada tangkai hidung. Rambutnya yang ditiup oleh angin dan ditambah lagi dengan satu butang baju di bahagian atas terbuka cukup menyerlahkan aura kelakiannya. Begitu juga aura kekacakannya.

Hey! Hey! It's me lah! Tengku Azim -,-

Dah author, jangan puji lebih-lebih, nanti bakal abang ipar aku marah ><

Memang betul dia, si Daniel Afzari tu nombor satu kacak, tapi sweet nya aku yang lebih ok XP

Alright, back to the story --

Aku berjalan masuk ke dalam restoran milik keluarga Asyraf, kelihatan orang-orang yang aku panggil semalam sudah menghuni dua buah meja. Restoran ni memang dah jadi tempat lepak kitorang sejak masing-masing dah mula bekerja, asal nak breakfast, lunch or nak dinner sama-sama, sini ja lah destinasinya. Tukang masaknya memanglah si Acap. Lepak kat sini berapa jam pun dorang tak kesah, dah lah tu dapat discount pula kekadang XP

Aku repeat erk, KEKADANG.

"Sorry bro, lambat." Aku bersalaman dengan Wafiy, Nazif, Adib dan Asyraf.  Aku hanya mengangkat tangan kepada buah hati mereka masing-masing, Syakilah, Athirah, Nurul Aniz dan Ain Edryna. Buah hati aku ja tak ada, maklumlah dia ada kelas~

Adib akhirnya membuat keputusan untuk kembali bersama Syakilah selepas peristiwa dia dikejar abang sado tu 😂. Malah mereka telah melangsungkan majlis pertunangan mereka pada bulan lepas. Now, call Adib as Mr. Fiance. Hmm.. aku bila? Huhu..

Nazif pula, nasiblah dia kejar Nadia untuk cari Athirah masa tu. Kalau tak melepas~ Alhamdulillah, pembedahan mak Athirah berjalan lancar. Dia dapat diselamatkan. Desas desusu mengatakan yang tak lama lagi nak langsung.

Wafiy ngan Acap? Entahlah dorang ni, yang sorang rapat dengan Aniz yang sorang rapat dengan si Ain tu. Couple kah atau tidak, tak diketahui. Tapi yang kami tahu dorang memang simpan perasaan pada masing-masing. Selalu juga hangout sama-sama. Tengok sekarang, aku tak ajak pun si Aniz dengan Ain tu jumpa, terpacak juga dekat sini.

Okey.. okey.. please rahsiakan benda tu jangan bagitau kat dorang erk wkwkwk XP

Hmm.. kalau tengok, semua kawan-kawan Daniel termasuk aku dah ada yang berpunya dan ada yang tengah on the way. Si Daniel tu? Bila? Haihh.. mentadak.. mentadak... kau memang nak janda depan rumah aku tu kah?

"Ada apa bro nak jumpa kitorang ni?" Soal Wafiy, aku duduk di hadapan Asyraf sebelah Nazif. Wajah mereka satu-satu aku tenung. Kemudian aku berdehem 3 kali.

"Aku.. nak... kahwin." Mula-mula semua buat muka terkejut, macam zombie. Lepastu semua bersorak gembira macam si Hagemaru, ada yang excited sangat sampai macam tak boleh nak bernafas. Huhu.. teruk dorang ni XD

Syakilah dan Athirah mengucapkan tahniah kepada aku. Aku hanya tersenyun segaris. Agak-agak dorang gembira tak kalau aku cerita syarat Dahlia?

"Tahniah bro! Weyh, kau biar betul? Wow, finally bro!" Adib menepuk bahuku, "Akhirnya, akan tamat juga zaman bujang Mr. Playboy ni. Hahaha!" Sampuk Wafiy.

"Tapi!" Semua terus senyap macam patung cendana bila aku cakap 'tapi', anak mata mereka semua tepat memandang aku. Dah macam kamera pun ada XD Laser pun boleh juga, nasib tak tembus muka aku yang sweet ni, aip! XP

"Dahlia bagi syarat." Semua saling berpandangan, jelas kehairanan di wajah mereka. "Apa syaratnya?" Serentak mereka bertanya, ceyh, dah macam koir pula dorang kali ni, dah tu muka macam zombie -,-

Calon Menantu Untuk MummyWhere stories live. Discover now