Aku diserang perasaan risau dan takut apabila tiada kelibat Hani di mana-mana dalam kedai ni.
Ya Allah. Di mana adik aku ni? Aku dah pesan supaya jangan main jauh-jauh, cukup dalam kedai ni.
"Aniz. Kenapa?" Aku toleh ke belakang memandang Ain.
"Ain. Adik aku hilang lah. Aku tak jumpa dia dekat mana-mana. Aku buntu Ain!" Air mata mula bertakung di birai mata, aku benar-benar takut jika apa-apa terjadi kepadanya.
Hani bukan seperti budak biasa. Dia terlalu lincah dan sukar dikawal. Jika kemahuannya tidak dituruti, pasti dia akan mengamuk dan cuba melakukan perkara yang bukan-bukan.
Tidak seperti budak biasa, mereka akan menangis dan merengek. Tapi tidak pada Hani.
Aku masih ingat lagi, apabila dia mengetahui yang aku bakal berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja sembilan dan dia mahu mengikuti ku tetapi ayah tidak benarkan. Akibatnya, dia mengugut untuk menikam dirinya sendiri. Oleh sebab tu, ayah telah tetapkan peraturan. Hanya pada waktu cuti dia boleh berjumpa denganku memandangkan dia masih bersekolah. Malah keputusan peperiksaannya juga mesti cemerlang.
Hani budak yang berani, dan suka akan cabaran. Dia menyahut cabaran ayah. Setiap kali peperiksaan, dia mendapat tempat pertama dan dianugerahkan anugerah pelajar cemerlang. Oleh itu, ayah terpaksa tunaikan janji. Setiap kali hujung minggu akan menghantarnya ke rumah yang aku dan Ain sewa. Kemudian mengambilnya pulang.
Kadangkala aku kesian melihat ayah, satu hari aku cuba memujuk Hani supaya tidak selalu berjumpa denganku. Tetapi akhirnya, dia berlari ke tengah jalan raya dan mengugut aku untuk membunuh diri. Sejak tu, aku hanya berdiam dan berikhtiar. Semoga Hani berubah.
Bukan tidak pernah ayah, ibu dan aku cuba mengubati kedegilannya. Sudah banyak ustaz yang kami jumpa, namun Hani tetap sama. Sehingga Hani naik jemu, dan dia tidak mahu lagi dibawa berubat jika ayah dan ibu mengajaknya. Jadi buat masa sekarang, terpaksalah ayah mengikuti kemahuannya, ataupun, aku yang akan pulang ke kampung.
"Kau sabar Aniz, cuba tanya diorang yang lain. Manalah tahu dia dekat tempat diorangkan? Kau bukan tak tahu dia suka berkawan." Aku cuba menghubungi kawan-kawanku yang lain, mereka juga bekerja di shopping mall ni. Macam mana aku kenal dorang? Hani lah, suka sangat berkawan. Habis semua orang nak dibuatnya kawan. Macam-macam tektik dia guna untuk jadikan dorang kawan. Hmm.. Hani.. Hani..
"Tak ada."
"Tak nampak lah."
"Dia tak ada kat sini."
Air mataku tumpah apabila sorang-sorang cakap mereka tak nampak Hani. Ya Allah.. di mana dia?
"Eh, kenapa Aniz?" Encik Idham menghampiri aku dan Ain. Encik Idham ni bos aku. Pada mulanya aku menghadapi kesukaran untuk membawa Hani ke tempat kerja setiap kali dia tinggal bersamaku, tapi setelah aku menceritakan segalanya dan dengan rayuan comel Hani sekali, akhirnya dia memberi kebenaran supaya aku boleh membawa Hani ke kedai ni. Tapi dengan syarat, bila aku ramai customer, Hani tak boleh kacau.
"Bos, Hani hilang. Kami tak tahu dia pergi mana." Ain mejawab bagi pihak ku.
"Ain. Aku pergi cari dia dulu lah." Aku bingkas bangun. Aku tak boleh duduk diam!
"Aniz, kalau tak jumpa juga. Buatlah announcment." Aku hanya mengangguk dengan kata-kata Encik Idham. Kemudian aku mula berjalan ke sana sini mencari Hani. Orang yang lalu lalang juga aku soal dengan berpandukan gambar Hani pada skrin handphone ku, tapi semuanya menjawab tak pernah nampak. Hani dekat mana dik?
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
"Hmm.. bestnya tengok wayang tadi! Thank you abang bawa Hani tengok wayang!"
YOU ARE READING
Calon Menantu Untuk Mummy
Teen Fiction"Satu bulan" What?Menantu?Weyh! Aku bercinta pun tak pernah! Kenapa mummy tiba-tiba minta menantu? Aaaa!! Kusut fikiran aku jadinya! Aku sayang mummy, aku tak nak hampakan permintaannya. Tapi, apa yang harus aku lakukan? Tak kahwin, adik aku tak dap...